“Anak saya ni slow sikit cikgu”, “alah bagus apanya, dekat rumah macam apa dah perangai” selalu tak kita melabel-labelkan anak depan orang ramai atau orang luar?
Hal ini sebenarnya teramatlah salah. Mengapa? Tulisan saudara kita, Encik Hazhari Ismail di facebooknya ini banyak benarnya. Ya..kita sendiri yang melabelkan anak-anak kita sehingga terbawa-bawa. Semua ini sifat negatif yang akhirnya memberi kesan kepada anak itu sendiri.
MELABEL ANAK
“Anak saya ni slow sikit.”
Manusia ini hidup di dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita adalah sama untuk dikatakan sebagai normal. Jika ada terlain sedikit, maka kita akan hukum orang yang tak sama dengan melabel mereka dengan macam-macam.
Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil dari pemerhatian biasa.
“Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa responsibilities ye cikgu.”
Ibu Ahmad melabel anaknya dari kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku di dalam beg untuk hari esoknya, pack barang, basuh pinggan dan sebagainya.
Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh di dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai di dalam benak minda Ahmad.
***
Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – merupakan satu bentuk jangkaan yang mampu mempengerahui perangai atau tingkah laku jangka panjang.
Ads
Ingat lagi report kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.
“Ain seorang pelajar yang pendiam.”
“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”
“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”
Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid yang baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan expectation yang kurang kepada murid.
Si kecil akan rebel di dalam kelas kerana terus-terusan mereka dilabel dengan benda yang negatif.
Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.
Ads
***
Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik. Walaubagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding yang baik adalah sesuatu yang zalim. Lagi menzalimkan adalah jika kita bagitahu orang lain tentang label yang digunakan.
Jika label buruk digunakan secara persisten, ia akan mengganggu emosi dan sifat daya saing anak-anak dan menjurus ke arah masalah mental.
Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?
(1) Terangkan keadaan yang berlaku, bukan fokus sifat anak-anak.
Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan minggu. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa.”
Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”
Elakkan menggunapakai perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkahlaku yang dah lepas-lepas.
Ads
(2) Label juga boleh jadi sesuatu yang tricky
Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akan berasa tertekan untuk menjadi yang paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate’ kelebihan seseorang.
Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk exam esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.
(3) Senang cerita, tak perlu nak label-label
Label yang diberikan berbeza dari orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk menjadi pandai.
Maka, ia adalah strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untuk mewujudkan motivasi.
Semasa anak masih kecil, memang ibu akan sediakan semua keperluan. Apatah lagi bagi ibu yang sentiasa penuh jadualnya dan tiada pembantu. Memang perlukan peruntukan masa dan tenaga juga untuk menyediakannya.
Sama seperti aktres cantik Fasha Sandha. Dia yang mengakui tiada pembantu untuk menguruskan anak-anaknya, menarik nafas lega bila tidak lagi perlu menyediakan kelengkapan susu anak apabila keluar.
HANYA MINUM SUSU DI RUMAH
Putra Rayfal Ramli, 4 tahun dan Putri Raysha Jemaima, 3 tahun pun sudah tidak perlukan susu ketika di luar sebaliknya hanya minum ketika di rumah sahaja. Fasha memberitahu tentang hal berkenaan di posting Instagramnya;
Leganya rasa hati ibu, ibu dah tak payah packing susu bila nak keluar, anak2 minum susu bila kat rumah je. Fuh lega sangat2.Pasti ibu2 faham apa yang i maksudkan, terutama ibu2 yang tak ada pembantu untuk anak2 macam i ♥️
Kebanyakan netizen di kalangan ibu memberikan komen yang hampir sama kepada posting berkenaan. Masing-masing berasa lega apabila fasa menyediakan keperluan susu anak akhirnya berlalu.
Sudah dua hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, namun masih lagi ada segelintir masyarakat yang tidak peka dengan keadaan penularan pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin mengganas.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan juga pihak berkuasa supaya orang ramai menghadkan pergerakan sebagai usaha supaya penularan virus dapat dibendung termasuklah mengadakan sekatan jalan raya dan juga kempen-kempen ‘Stay Home’ yang dibuat secara besar-besaran di media sosial.
Perintah yang dibuat bukan bermakna kita diberi cuti untuk bergerak bebas ke mana-mana. Hadkan pergerakan supaya penularan virus Covid-19 dapat dikurangkan dan seterusnya dihentikan. Bayangkan jika ada yang membawa anak-anak kecil keluar pada masa ini. Dalam masa yang sama kita tidak tahu siapa di sekeliling yang merupakan pembawa virus tersebut.
Menjadi kewajipan orang yang lebih dewasa untuk lebih peka dengan penjagaan kesihatan kanak-kanak yang masih kecil terutamanya. Mereka sudah pasti belum cukup arif atau mahir dengan apa yang disarankan seperti social distance, etika menutup mulut dengan betul, tidak bersalaman dan sebagainya. Oleh itu ibu bapa atau orang sekeliling yang lebih dewasa memainkan peranan untuk melindungi anak-anak yang masih kecil dari dijangkiti virus ini.
Dalam perkongsian Public Health Malaysia di Facebook mereka memberikan tip yang disarankan dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Universiti Malaya tentang tatacara melindungi kanak-kanak dari wabak Covid-19
Tip Melindungi Kanak-kanak Dari Covid-19
Melindungi dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan diambil bagi melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua.
Amalan social distancing – menjarakkan hubungan sosial amat penting untuk mengurangkan kadar penularan pandemik COVID-19.
Kejayaan pendekatan social distancing bergantung kepada pengelibatan semua individu dalam masyarakat.
Ayuh kita lakukan!
Pastikan mereka kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.
Pastikan mereka menutup mulut dengan etika yang betul apabila bersin atau batuk.
Pastikan mereka dihidangkan dengan makanan yang seimbang.
Jauhkkan mereka daripada orang yang sakit.
Elakkan anak-anak dari bersalaman dengan oang lain.
Pastikan mereka tidak menyentuh muka selepas menyentuh benda yang kotor dan berisiko.
Jaga diri anda dan juga keluarga ya! Ikut arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan supaya social distancing dapat diamalkan.
Bagi ibu yang baru melahirkan anak, menanti anak disuntik terutama meneria suntikan vaksin pastinya mendebarkan. Pelbagai perasaan mula muncul, bimbang anak menangis tak berhenti dan tak kurang juga bimbang anak demam selepas dicucuk.
Buang semua perasaan ni dan sebaiknya fikirkan yang positif sahaja. Dr Izzar Anwari, suami kepada pelakon Ummi Nazeera berkongsi tip yang dilakukan olehnya ketika mendapatkan suntikan vaksin buat anak sulung mereka, Ayra Aneesah.
Vaccine day for @ayra.aneesah ! Masa vaksinkan anak, tipsnya adalah kena distract anak SEBELUM, SEMASA & SELEPAS doktor inject. Baru dia lupa nak nangis. Panggil nama anak atau buat bunyi-bunyi. Dr. Bahrin pula ambil mainan yang warna terang-terang. ?
Ni Ayra ambil vaksin pneumococcal. Penting vaksin ni. Siapa nak tahu pasal vaksin pneumococcal ?
Dalam pada itu, doktor muda ini turut berkongsi ilmu dengan pengikutnya mengenai penyakit pneumokokal dan mengapa ia penting diambil oleh anak-anak kita.
Penyakit Pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Penyakit pneumokokal adalah serius dan boleh membawa MAUT.
Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (jangkitan saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan darah) , sinusitis (jangkitan sinus) dan otitis media ( jangkitan dalam telinga)
VAKSINASI adalah cara terbaik untuk MENCEGAH penyakit pneumokokal.
Menyedari kepentingan vaksin pneumokokal ini, kebanyakkan negara di dunia ni dah memasukkan vaksinasi pneumokokal ni ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan mereka tapi Malaysia belum lagi. So, parents kena dapatkan vaksin ni sendiri di klinik/hospital private.
Selain ambil semua vaksin(free) yang diwajibkan di klinik kerajaan tu, ada banyak lagi vaksin extra yang parents boleh ambil untuk anak. Tapi kena keluar duit sendiri la. Dan please ambil sekurang-kurangnya vaksin pneumokokal kalau parents nak pilih satu je extra sebab vaksin ni yang paling penting.
Di Malaysia ada 2 jenis vaksin pneumokokal iaitu Prevera13 dan Synflorix
Prevera13: Vaksin yang mahal sikit sebab dia cover 13 jenis(strain) bacteria pneumokokal. Synflorix : Vaksin ni murah sikit sebab dia cover 10 jenis bakteria pneumococcal.
Dua-dua vaksin ni kena ambil 4 dos total kalau first dose diberi semasa umur 6 bulan dan ke bawah. (Boleh diberi seawal umur 6 minggu)
Tapi, kalau first dose diberi semasa umur lebih 6-11 bulan , cuma perlu kasi 3 dose total. Jimat sikit la.?. Dah besar lagi pun boleh ambil vaksin ni. Tanya doktor mengenai dos dia.
Parents boleh tanya kat klinik jenis vaksin mana dia kasi. Call je klinik tanya harga.
So parents yang plan nak buat anak tu, masukkanlah sekali kos nak beri vaksinasi penumokokal dalam perancangan sekali ya dan berbincanglah dengan doktor dulu ya kalau ada apa-apa persoalan di kalbu (jadual dos vaksin etc). Jangan join group fb antivaksin pula. InsyaAllah demi kesihatan anak yang merupakan tanggungjawab kita.
Kredit: @Dr. Izzar Anwari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fenomena Walid Gegarkan Malaysia & Indonesia!
Siapa sangka, watak lelaki yang bawa ajaran sesat dalam drama "Walid" ni boleh jadi talk of the town bukan...