Syukur Aisya selamat walaupun mukanya teruk. Ini reaksi awal ibu kepada bayi perempuan, yang diculik individu tidak dikenali selepas kediaman keluarganya di Kampung Parit Lanjut Sungai Terap, Muar, dipecah masuk awal pagi semalam.
Bayi berusia 17 bulan itu, Nur Aisyah Hasmizan dijumpai di kawasan semak berdekatan sebuah pencawang elektrik di sekitar Muar, kira-kira jam 4 petang semalam.
Media sebelum ini melaporkan, anak bongsu kepada Hasmizan Othman, 35 tahun dan Siti Noorfadila Yusofe, 30 tahun, disedari hilang sekitar 5 pagi semalam, selepas ibunya bangun untuk bersahur.
Menurut laporan polis, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar 3 hingga 5 pagi, ketika kesemua ahli keluarga termasuk neneknya sedang tidur.
Bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk pemeriksaan lanjut, dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sebelum ini, Siti Noorfadila telah memuat naik status di facebooknya dengan meminta kerjasama dari orang ramai membantu mengesan bayinya yang diculik.
Anak saya masih belum jumpa..tolong sangat-sangat sebarkan selagi semua mampu. Saya tak kuat nak lalui ujian ni.. semua anak saya nyawa saya..tolong laaa.tolong siapa dendam dengan saya dan suami tolong sangat pulangkan kembali aisya..aisya tak salah… nak bunuh saya sekali pun sebab benci saya sanggup janji pulangkan anak saya kembali… tolong la bantu saya… dia hilang ketika saya tidur.. memang tak sedar langsung apa yang berlaku.
Sementara itu, melalui status terkini Facebook Siti Noofadila juga dia berterima kasih kepada semua warga Malaysia atas doa dan membantu menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Aisya.
Terima kasih sangat-sangat untuk skuad #PDRM dari semua unit dia atas segala tindakan anda. Alhamdullilah Aisya selamat walaupun mukanya teruk.
Takpe kita boleh rawat ya sayang. Nanti Aisya comel semula..Saya tak sempat balas kesemua komen dari anda,pm dari anda ..kerana terlalu banyak.. Terima kasih pada semua yang membantu..
Kepada semua mohon terus berdoa untuk Aisya kembali sihat..Dia masih dalam keadaan trauma.
Foto: Berita Harian & Viral Media Johor