Sebagai ibu bapa kadang-kadang kita buntu apa yang harus dilakukan apabila anak-anak susah nak mendengar kata. Pelbagai cara sudah dilakukan dan semuanya tak jalan? Apa lagi yang perlu dilakukan? Ikuti perkongsian artikel ini.
“Doktor, anak saya ni tak dengar kata. Ada cara tak nak bagi dia dengar kata?”
Jika nasihat dan teguran tak berkesan untuk mengubah tingkah laku anak, maka ibubapa perlu gunakan tindakan kerana “action” speaks louder than word”
Ada 2 tindakan yang boleh diamalkan ibubapa untuk kita bentuk tingkah laku anak-anak dengan berkesan. Pertama, gunakan ganjaran. Kedua, gunakan denda.
ℹ PENGUKUHAH adalah penggunaan ganjaran untuk menggalakkan anak-anak ulangi lakukan tingkah laku yang baik. Ada 2 jenis pengukuhan yang anda perlu ketahui:
1. Pengukuhan Positif*
Ganjaran dalam bentuk pemberian sesuatu yang disenangi anak. Contonhya: apabila anak siapkan kerja sekolah, kita beri dia tonton televisyen lebih lama sedikit daripada biasa.
2. Pengukuhan Negatif*
Ganjaran dalam bentuk pengurangan sesuatu yang TAK disenangi anak. Contonhya: apabila anak siapkan kerja sekolah, kita kata tak payah cuci pinggan langsung hari tu.
ℹ HUKUMAN adalah penggunaan denda untuk tegah anak-anak daripada mengulangi sesuatu tingkah laku yang tidak baik. Ada 2 jenis hukuman yang anda perlu ketahui:
1. Hukuman Positif
Hukuman dalam bentuk pemberian sesuatu yang TAK disenangi oleh anak. Contohnya: apabila anak conteng dinding, kita suruh dia cuci pinggan lebih banyak daripada biasa.
2. Hukuman Negatif
Hukuman dalam bentuk pengurangan sesuatu yang disenangi anak. Contohnya: apabila anak conteng dinding, kita tak beri dia tonton televisyen langsung pada hari itu.
— Boleh faham, kan?
⚠️Positif* dalam konsep ini bukan maksud baik, dan negatif bukan maksudnya tidak baik. Positif di sini bermaksud pemberian, manakala negatif pula bermaksud mengurangkan.
Kalian boleh gunakan gabungan dua-dua cara untuk dapatkan kesan yang lebih baik. Namun begitu, jika tak suka mendenda, maka gunakanlah ganjaran sewajarnya.
Namun, perlu ingat untuk kurangkan ganjaran perlahan-lahan agar anak tidak jadi seseorang yang meminta-minta(demanding) dan hanya lakukan kebaikan jika diberi ganjaran.
Nampak, dua dua cara pun ada baik dan buruknya. Kita kena pandai sesuaikan dengan situasi. Jangan sampai anak memanipulasi kita pula.
Selain itu, teknik ini boleh digunapakai untuk bentuk tingkah laku di semua peringkat umur, asalkan ganjaran dan dendanya sesuai dengan umur individu itu.
Semoga bermanfaat! Oh ya, denda tau, bukan dera. Dera tak boleh. Hehe.
Kredit: Dr.Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)