Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, Seremban, petang (22 Februari).

Kepala bayi tersangkut kain buaian

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kanak-kanak terbabit ditidurkan di dalam bilik oleh pengasuh.

“Anak Saya Tak Pernah Tidur Buai.” Bayi Meninggal Leher Tersangkut Kain Buaian
Gambar Hiasan

“Kanak-kanak itu diberikan susu sebelum ditidurkan kira-kira jam 12.30 tengah hari. Pengasuh berkenaan keluar dari bilik itu jam 2 petang untuk melakukan tugas lain.

“Pengasuh masuk semula ke bilik sejam kemudian dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL MENARIK [Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Pasangan Berederet Anak Lelaki, Teringin Anak Perempuan, Dr Kongsi Tipnya!]

Pengasuh terus buat CPR

Beliau berkata, pengasuh terus mengambil kanak-kanak itu daripada buaian dan melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi kanak-kanak itu gagal bernafas semula dan pengasuh terus membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan.

Ads
“Anak Saya Tak Pernah Tidur Buai.” Bayi Meninggal Leher Tersangkut Kain Buaian
Gambar Hiasan

“Kanak-kanak itu sempat dirawat doktor, namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang,” katanya.

Nanda berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badannya berada di dalam buaian.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, untuk bedah siasat bagi siasatan lanjut,” katanya.

Anak tak pernah tidur dalam buaian

Sementara itu, bapa kepada Nour Rania Asyifaa, Yuseri Yusoff berkata anak bongsunya itu, sebelum ini tidak pernah tidur dalam buaian. Malah ketika hari kejadian anaknya berada dalam keadaan baik sebelum dihantar ke pengasuh

“Sebelum ini, anak saya tidak pernah tidur dalam buaian tapi ketika kejadian pengasuh letakkan dalam buaian kerana dia susah hendak tidur.

“Saya terkejut apabila isteri hubungi memaklumkan pengasuh beritahu anak sudah tidak bernafas dan mereka hantar ke Klinik Kesihatan Sendayan pada pukul 3.45 petang, selepas setengah jam doktor beri bantuan pernafasan anak sudah ‘tiada’,” katanya.

Ads
“Anak Saya Tak Pernah Tidur Buai.” Bayi Meninggal Leher Tersangkut Kain Buaian
Yuseri (dua kanan) sugul ketika menunggu proses bedah siasat bayinya. – Kredit: Utusan

Dua kali diuji kehilangan anak

Kejadian itu menjadi ujian berganda kepada pasangan berkenaan apabila pernah kehilangan anak kedua mereka ketika masih bayi pada 2020.

Yuseri berkata, dia menghantar anaknya ke pusat jagaan berkenaan sejak setahun lalu malah anak sulung berusia tujuh tahun juga pernah dihantar ke pusat jagaan sama sebelum ini.

“Saya terima kejadian ini kerana perkara sudah berlaku, yang selebihnya saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Ads

“Pihak pusat jagaan ada meminta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini dan difahamkan pihak polis ada merakamkan percakapan ibu bapa lain yang menghantar anak ke pusat jagaan itu,” katanya.

Kredit: Berita Harian & Utusan

“Anak Saya Tak Pernah Tidur Buai.” Bayi Meninggal Leher Tersangkut Kain Buaian

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI