Kes yang tular semalam membabitkan seorang pengasuh yang mengasari dua bayi di bawah asuhannya di sebuah taska di Skudai, Johor Bharu mengundang kecaman orang ramai.
Tidak hanya bertindak mengasari seorang bayi lelaki dan perempuan malah pelaku turut menampar kepala selain meniup wajah mangsa supaya berhenti menangis.
Perbuatan itu pastinya mengundang rasa amarah orang ramai yang tidak sanggup melihat aksi itu.
Seorang ibu tampil berkongsi kisah video itu malah mendakwa salah seorang bayi yang diperlakukan itu adalah anak bongsunya.
Dia mengecam suara bayi tersebut adalah anaknya malah turut mendakwa beberapa barang yang terpapar dalam video itu memang kepunyaan anaknya.
“Ya anak saya yang kena. Alas tilam, suara, kain bedung, botol tu semua Adam punya, ” luahnya hiba menerusi Insta Storynya.
Ads
Malah tambah terkilan lagi, akuinya guru dan pengasuh yang sama juga turut mengasuh anak sulungnya sejak berusia empat bulan lagi.
“Kenapa ticher kenapa?
“Kita cari jalan yang terbaik okay, ” tulisnya lagi menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Ads
Memetik laporan Kosmo Online, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman mamat berkata, wanita berusia 21 tahun itu berjaya ditahan di kawasan Bandar Selesa Jaya Skudai jam 2 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Kredit: Kisah Dunia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Sekarang setiap pagi sebelum ke tempat kerja, pusara arwah isteri tempat saya dan anak-anak melepaskan rindu. Inilah tempat persinggahan sejak isteri meninggalkan kami sekeluarga,”Itu luahan bapa kepada dua anak, Ahmad Mu’arif Ahmad Khairuddin, 30, yang masih sukar menerima hakikat isterinya sudah meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.
Meninggal selepas 2 minggu lahirkan anak
Menerusi laporan BH, Ahmad Mu’arif yang kini terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada dua anak mereka yang masih kecil berkata isterinya, Fitryayumi Jamaris, 29, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Selayang pada 23 Ogos lalu, dua minggu selepas melahirkan anak kedua mereka.
“Arwah isteri saya dijangkiti COVID-19 ketika usia kandungan hampir mencecah lapan bulan, saya sendiri tidak pasti dari mana dia dapat virus itu.
“Kami bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan premis itu ditutup, kami tidak dapat bekerja dan banyak duduk di rumah.
“Isteri saya kemudiannya dimasukkan ke Hospital Selayang dan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada 8 Ogos lalu,” katanya yang memberitahu, selepas itu arwah ditidurkan kerana kadar oksigen menurun, bahkan tidak sempat melihat dan menyentuh bayi dilahirkannya.
“Minggu pertama ditidurkan, keadaan isteri saya nampak semakin baik dengan kadar oksigen stabil. Namun, pada minggu kedua, oksigen mula menurun dan terus merosot sehinggalah dia dijemput Ilahi pada pagi, 23 Ogos lalu,” katanya.
Anak sulung kerap bertanya, tidur pegang gambar ibu
Selepas isteri tiada, terasa dunia saya gelap dan tidak tahu bagaimana nak teruskan hidup. Apa yang saya boleh lakukan sekarang, setiap hari singgah ke pusaranya, bacakan doa dan turut bercerita kepadanya hari-hari yang saya lalui tanpanya bersama anak-anak.
“Itulah kekuatan saya, bila mengunjungi pusara arwah isteri. Tidak kira hujan ribut pun saya redah, ada ketika saya bawa anak sulung yang berumur tiga tahun kerana dia masih setiap hari kerap bertanya mengenai ibunya, bahkan tidur pun memegang gambar arwah,” katanya.
Kisah pemergian Fitryayumi turut dikongsikan di laman web ‘Memorial COVID-19 Malaysia’ yang dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat pandemik itu di negara ini.
Ibu tolong jaga anak-anak buat sementara waktu
Ahmad Mu’arif berkata, kehidupannya turut berubah sepenuhnya kerana perlu memberi perhatian kepada dua anak iaitu Ahmad Qhutbie Zayyan, 3 dan Ahmad Qhutbie Zaffran, yang baru berusia sebulan.
“Buat masa ini, anak-anak dijaga oleh ibu saya yang bekerja di sekolah sebagai pekerja pembersihan, memandangkan sekolah ditutup, jadi dia menjaga sementara.
“Saya mungkin terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan lebih fleksibel selepas ini apabila ibu sudah mula bekerja semula kerana perlu menjaga anak-anak,” katanya yang bekerja sebagai jurujual pakaian.
Harap dipermudahkan urusan membesarkan anak
Ahmad Mu’arif berkata, pendapatannya yang sedia terjejas kerana pandemik COVID-19 semakin membebankan selepas isterinya meninggal dunia.
“Dulu boleh berkongsi dengan isteri untuk bayar rumah sewa dan uruskan keperluan anak, tetapi semuanya kini terletak di bahu saya seorang.
“Bayangkan, untuk uruskan jenazah isteri pun saya hanya ada RM500 wang simpanan dan mujur duit itu cukup untuk mengupah khidmat pengurusan jenazah swasta,” katanya.
Beliau turut berharap pihak berkuasa memudahkan pengurusan COVID-19 khususnya bagi membuat tuntutan dan bantuan seperti zakat.
“Saya harap kerajaan pertimbangkan peruntukan untuk anak-anak kepada mangsa COVID-19, mudahkan juga urusan bantuan zakat kerana contohnya sekarang, saya tidak boleh memohon (zakat) kerana perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan lagi untuk dokumen lengkap perubatan dikeluarkan pihak hospital,” katanya.
Mu’arif turut berharap golongan bapa tunggal turut dibantu, dengan bantuan sewajarnya diberikan untuk kebajikan anak-anak yang masih kecil terutama berkaitan penjagaan dan asuhan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, media melaporkan mengenai kes kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang meninggal dunia dipercayai lemas selepas terlangkup dalam sebuah besen di bilik air rumah pengasuhnya di Batu Maung, Pulau Pinang.
Melalui laporan terbaru Harian Metro, kes kematian adik Sophia Fateha binti Wan Farhan Danial itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, keputusan hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak berkenaan telah diperoleh dari Hospital Pulau Pinang (HPP).
Melalui hasil bedah siasat itu juga mendapati berlaku kebocoran pada organ perut yang menyebabkan pendarahan dan pembekuan sistem darah.
Kecederaan itu kemungkinan berdasarkan usaha pengasuh ketika memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) bagi menyelamatkan mangsa selepas terlangkup dalam besen berisi air. Tiada unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan dikesan pada mangsa.
Pada hari Selasa (2 Mac) lalu, Sophia ditemui dalam keadaan terlangkup dalam besen berisi air selepas ditinggalkan sementara di dalam bilik air di rumah pengasuhnya. Pada waktu kejadian juga, pengasuh wanita berkenaan mahu mengambil tuala.
Sewaktu pengasuh kembali semula ke bilik air, di dapati Sophia sudah berada dalam keadaan terlangkup pada masa itu. Mangsa dipercayai masih sedarkan diri, namun beransur lemah setengah jam kemudian sebelum dihantar menaiki ambulans ke HPP.
Selepas beberapa jam dalam keadaan kritikal, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.
Jenazah Sophia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang, Permatang Damar Laut. Manakala, pengasuh wanita tersebut telah direman selama empat hari sehingga 7 Mac bagi membantu siasatan kes.
“Kami dah maafkan pengasuh”
Sementara itu, melalui hantaran di FB Wan Farhan Danial, dia ada memuat naik status memohon agar orang ramai tidak membesarkan lagi isu ini dan tidak menyalahkan pengasuh.
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga turut memaafkan pengasuh anaknya dan memohon kemaafan kepada pihak pengasuh untuk segala tanggapan yang dibuat sepanjang isu ini mendapat perhatian ramai.
Semuanya dah ketentuan ilahi. Alhamdulillah… sudah terjawab segala persoalan… pengasuh tidak bersalah…
Saya juga ingin menyatakan bahawa kami telah memaafkan serta memohon kemaafan kepada pihak pengasuh untuk segala salah faham yang timbul sepanjang isu ini dan mohon jasa baik semua agar tidak membesarkan lagi isu ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lana Nordin, selebriti tempatan telah mengesahkan anak keduanya, William Daus Mckienzie (3 bulan) akan menjalani pembedahan jantung isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana masalah injap (Aortic Stenosis).
Lana berkata, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat.
Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.
Begitupun tumbesaran William sangat positif apabila berat badannya naik dari 4 kilogram (kg) kepada 6 kg kini.
Masalah dialami anaknya membabitkan injap aorta yang sempit dan akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.
William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak
Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.
Terima Kasih Kalau Ada Yang Sudi Bantu.. Tapi
Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.
Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti
Dalam waktu sama, Lana turut memberitahu memandangkan situasi kesihatan William tidak menentu, dia sekeluarga akan menetap lebih lama di sini.
Saya bersedia untuk kembali bekerja. Kepada mana-mana produksi atau pengarah yang mahu melamar, mereka boleh terus menghubungi saya
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.