Minggu ini Pa&Ma TV yang bertajuk “Little Farm” Dekatkan Anak Dengan Alam merungkai keistimewaan dan kelebihan anak-anak yang didedahkan kepada alam dan haiwan. Banyak kelebihan yang mereka dapat melalui perhubungan mereka dengan pendedahan alam.
Menerusi rancangan Pa&Ma Squad, Dr Iqbal telah menemubual En Ridzuan dan anaknya Hannah yang berusia 8 tahun.
Menurut perkogsian Dr Iqbal, bermula umur anak-anak 8 tahun mereka boleh mula bercucuk tanam, menyiram dan pelbagai lagi aktiviti di kebun yang boleh dilakukan.
Tetapi di umur ini, kanak-kanak sangat perlukan pantauan daripada orang dewasa. Bila anak-anak lakukan aktiviti ini, banyak kebaikan yang akan dapat.
Kanak-kanak zaman sekarang lebih banyak masa di hadapan skrin seperti TV, handphone, gadjet. Bila dia lakukan aktiviti seperti ini dia akan lebih menghargai alam dan boleh belajar pelbagai benda baru yang boleh merangsang minda.
Sedikit tip yang dikongsi oleh Dr.Iqbal untuk menarik minat kanak-kanak untuk bercucuk tanam;
-Mendalami ilmu berkebun dari buku-buku yang sesuai dengan unur
-Untuk mendapat hasil tanaman yang baik, kesabaran amat diperlukan
-Menanam pelbagai bentuk tanaman untuk menarik minat kanak-kanak
https://web.facebook.com/majalahpama/videos/687853205154273/
https://web.facebook.com/majalahpama/videos/687853205154273/
Nak tahu lebih lanjut, anda boleh tonton ulangan Pa&Ma TV pada 27 September ini, hari Ahad 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sama Macam Pejabat, Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar, Kreatif!
Sesi pembelajaran dari rumah atau PdPR yang dilaksanakan anak-anak kita di rumah kini menuntut lebih banyak fokus bukan hanya dari anak itu sendiri bahkan ibu bapa.
Bagi memantau pembelajaran anak di rumah, seorang ibu, Pn Hazlina Humaini tampil berkongsi cara mudah bagi membolehkan anak-anaknya belajar dengan selesa di rumah tanpa mengeluarkan belanja wang besar.
Cukup kreatif bila ibu ini menghasilkan ruang belajar seolah-olah berada di tempat kerja, siap dengan pembahagi ruang supaya anak-anak punya ruang belajar sendiri.
Menariknya kos yang digunakan cukuplah murah malah paling mudah hendak disediakan.
Ini cara saya buat station online anak-anak sebab semua nak berkumpul dekat-dekat terpaksalah mama guna dining table aje sebab 4 orang nak guna.
Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil WFH. Nampak lebih fokus cara macam ni.
Kos sekeping partition RM2.10, Total saya pakai 14 keping, jadi lebih kurang below RM30 sahaja.
Diorang suka lah sebab rasa ada tempat sendiri.
Lebih fokus anak-anak nak belajar sebab tak ada gangguan di sebelah.
Saya pun suka sebab mudah nak pantau anak-anak. Lagi pun bila keadaan kemas saya tak rasa serabut dengan cable-cable yang berselirat.
p/s: Ramai betul yang komen nampak screen ada roblox. Ini waktu petang dah habis time online class. Budak-budak ni pun dah pakai pyjamas hahahah.
Satu usaha yang bukan sedikit namun dengan cara ini bukan hanya buat anak lebih fokus belajar malah buat anak lebih seronok untuk belajar bersama-sama di ruang sendiri. Terbaiklah!
Artikel berkaitan: Projek Pokok Hiasan Bajet Model Kecik, Senang Nak Jaga
Suka Susun Manik Jadi Hiasan Cantik, Ajak Anak Buat Mantapkan Skil Motor Dia
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sayangkan Anak, Jangan Sampai Dia Minta Kita Letakkan Phone Untuk Layannya Main
Dalam sehari, berapa jam masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita? Keluar pagi buta, bila balik dah malam. Anak-anak seronok sambut kita balik. Kita mandi, solat dan makan, kita tengok tv, anak-anak bising, anak-anak datang tanya, nak bersembang, kita marah-marah…”Bising je la, pergi duduk sana”
Baru jumpa je, dah kena marah
Perkongsian dari Firdaus Shakirin yang sangat terkesan di hati kita sebagai ibu bapa ini boleh dijadikan peringatan bersama sepanjang membesarkan anak-anak.
Anak-anak nak cerita apa yang dia buat kat sekolah, mata kita tengok handphone…Tengok fb, tegok whatsapp, taip balas komen sambal tersenyum. Anak tengok je kelakuan kita, kalau dia tanya atau cakap lebih-lebih, kita marah dia lagi, maka dia senyap, dia tak kata apa-apa.
Bila anak-anak tidur, cuba kita tengok wajah anak-anak kita. Tenung muka anak-anak kita. Itu anak-anak kita dan kita orang tuanya. Semakin lama tengok, semakin rasa bersalah. Teringat kita marah dia tadi. Teringat yang kita tak layan dia, Buat tak tahu kat dia.
Seharian anak-anak kita tunggu kepulangan kita, lama kan…then macam tu sepatutnya kita layan dia?
Hari ni kita buat macam tu dekat anak-anak kita. Tunggu lagi 10-20 tahun, agak-agaknya anak-anak kita akan buat benda yang sama tak kat kita? Masa tu kita nak kata dia derhaka sebab tak layan kita, tak sembang dengan kita, buat tak tahu kat kita?
Kita yang didik dia macam tu…
Kita tak luang masa dengan anak-anak. Kita pentingkan handphone lagi daripada anak-anak. Cubalah letak tepi handphone kita tu bila kita dirumah. Luangkan masa dengar apa yang anak-anak cakap, nak cerita, main dengan dia orang, ajar dia orang kerja-kerja sekolah. Itu tugas kita sebagai ibu bapa.
Kalau kita terlepas saat-saat ini, kita tak kan boleh kembalikan lagi dah masa bersama mereka. Mereka akan terus membesar dan akan meninggalkan kita. Masa tu kita akan rasa sunyi dengan ketiadaan mereka.
Sumber: Firdaus Shakirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri ‘Datang Bulan’ Moodnya Swing. Suami Jaga Anak, Kemas Rumah Kira Ubat Isteri
Bila ‘datang bulan’, perempuan mula akan rasa tak selesa dan boleh dikatakan serba tak kena. Mood pun asyik swing je kesan dari perubahan hormon.
Ada tu yang rasa asyik nak marah sepanjang masa, buat serba benda rasa tak kena dan paling teruk yang terpaksa baring di atas katil ketika awal-awal datang bulan. Mungkin wanita yang dah berkahwin dan mempunyai anak keadaan ini sedikit terganggu.
Namun suami perlu faham dan tahu apa yang boleh dilakukan dalam tempoh sebulan sekali isteri berkeadaan macam ini. Walaupun tak sempurna seperti yang isteri lakukan, boleh uruskan rumah tangga dan anak dalam beberapa hari kira ok sangat.
Perkongsian dari Akhtar Syamir yang selalu menulis mengenai ilmu keibubapaan dan suami isteri ini cukup memberi inspirasi dan boleh dijadikan contoh buat semua pasangan suami isteri.
Pukul 3 pagi tadi isteri saya masih tak dapat tidur. Gelisah sangat. Pusing sana tak boleh, pusing sini tak boleh. Tandas dah 3,4 kali masuk keluar. Lama jugak duduk dalam tu. Perutnya memulas-mulas sebab period.
Pada ketika itu saya tak dapat nak membantu. Hanya sekadar cuba menenangkan dia, mengusap dan mengurut lembut perut dia yang sakit tu.
Dari dalam tandas dia whatsapp, “tidurlah dulu, I lama kat dalam ni. Tak larat dah nak keluar masuk tandas”. Kesian sangat. Nak cakap kuat, takut Daisy bangun pulak, lagi susah. Lepas tu, sempat juga saya tengok dia duduk baring, duduk baring sebelum saya terlelap.
Bangun pagi esoknya, saya lihat dia sedang tidur. Daisy pulak dah bangun dan ke sana sini atas katil tu. Memang tak duduk diam. Saya pun ambil dan baring bersama Daisy di tilam tepi katil, mengasingkannya dengan mama dia.
Lampin dia dah penuh rupanya, patutlah tak selesa. Saya tukarkan lampin dia walaupun sedikit mencabar. Budak kecik ni tak duduk diam dah sekarang. Pantang bukak lampin, nak menggaru bontot je kejenya. Tak padan dengan kecik. Hehe..
Bersedia Jadi Mr Mama
Lepas tu saya baringkan dia kat sebelah. Diam juga dalam setengah jam. Lepas tu bangun balik. Mata Daisy dah cerah, memang tak nak tidur dah budak ni. Saya pun bawa dia ke luar, mamanya terjaga perasan kami nak keluar bilik. Saya suruh dia tidur semula dan tutup pintu. Semalam dia tak cukup tidur, biarlah dia rehat.
Rupanya kat luar, si Akbar dan Jasmine dah bangun. Tv pun dah buka dengan Dave & Eva tengah menyanyi-nyanyi. Daisy pun dah jumpa mainan dia, lagipun dia dah pandai duduk tanpa jatuh dan merangkak ke sana sini dengan sendiri. Senang sikit saya nak ke dapur.
Saya gorengkan wedges untuk diorang sarapan. Nampak dapur sedikit tidak terurus. Tetapi perkara pertama saya buat ialah masak nasi. Saya tak nak Jasmine pergi sekolah tanpa makan dahulu.
Selepas itu saya basuh semua pinggan mangkuk dan kuali. Tenang je tengok hasil dia lepas tu. Lega sungguh rasanya. Saya terus panaskan lauk ayam masak asam pedas yang dah dimasak semalam. Saya suapkan kedua-dua anak. Bukan diorang tak boleh makan sendiri, tapi disebabkan nak cepat, saya suapkan sediri kedua-dua mereka. Sambil-sambil tu melayan si Jasmine buat latihan Matematik dan mengemas sedikit di ruang tamu.
Selesai diorang makan, mama dia pun bangun. Saya bawakan air sejuk dalam gelas dan bagi dia minum sambil usap kepala dia. “U ok tak?” tanya saya. “Ok sikit, terima kasih” katanya.
Bila dia keluar dari bilik, saya bagitau yang anak-anak dah makan, dapur dah kemas, nasi pun dah masak. Tersenyum manis dia kegembiraan dan kami berpelukan sambil bibirnya mengucapkan terima kasih.
Selepas panaskan lauk semalam, kami pun makan berdua. Anak-anak yang dah kenyang pun tak ganggu dah dan buat hal masing-masing. Suka saya sebab dapat mudahkan urusan dia dan kurangkan kesakitan dia. Senyuman manis dari wajah dia, itu je yang saya sentiasa dambakan.
Begitulah. Ada masanya kita sebagai suami kena peka bila waktunya tiba. Memang tak semua orang sama. Ada yang period ke tak period ke, tiada beza. Tapi ada yang memang sengsara setiap bulan.
Terpulang kepada kita sebagai suami untuk memandang ini sebagai perkara yang berat atau tidak mengendahkannya dan menganggap ianya perkara biasa. Ini bukan perkara yang biasa ye. Datang bulan ini bukan suatu perkara yang biasa. Tolong tanam ayat ini dalam kepala anda. Isteri kita memang sakit jika senggugut mereka datang. Ditambah dengan karenah anak-anak dan suami sendiri, ia boleh jadi satu waktu yang memberi tekanan yang amat kuat.
Itu sebabnya kita biasa dengar isteri mengamuk semasa period. Bukan disebabkan period itu sahaja, tetapi keadaan sekeliling dan suami yang tidak membantu juga menyumbang kepada tekanan itu.
Saya pernah dimaklumkan oleh DrLinda Mat Hassin, Pakar Hormon dari Radiant Clinique betapa semasa wanita mengalami period, hormon mereka menjadi amat tidak menentu dan suami sangat perlu memainkan peranan untuk membantu isteri melalui kitaran ini.
Yang paling penting ialah berhenti merasakan ianya perkara biasa. Keduanya, bantu mudahkan urusan isteri. Jika ada 10 perkara yang dilakukan isteri, ambil semua kalau boleh. Bukan lama pun. Seminggu je atau kurang dari itu. Tolong masak ke, mengemas ke, basuh pinggan ke atau apa-apa perkara biasa yang isteri lakukan.
Selain dari jangan menyumbang kepada kesakitan dia seperti membuat isteri marah, tolong jagakan juga anak-anak kerana anak-anak pun boleh mendatangkan tekanan tambahan kepada mereka.
Akhir sekali, antara sebab kita kena buat begini adalah untuk menyediakan suasana yang baik dan positif kerana kita tak tahu betapa naik turunnya mood mereka semasa period.
Artikel Berkaitan [Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk. Jangan Dua-Dua Ego, Baru Rumah Tangga Bahagia]
Jagalah isteri kita semasa mereka sakit sebegini, Kerana apabila tibanya masa kita perlu dijaga, kita pasti akan dijaga dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Ingatlah, apa yang kita beri hari ini, akan dibalas suatu hari nanti. Jika baik yang kita beri, baiklah juga akan kita terima. In Shaa Allah.
Semoga tiada lagi isteri yang melalui period tanpa bantuan suami. Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai yang sedar akan kepentingan perkara ini.
Sumber: Akhtar Syamir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI