Minggu ini Pa&Ma TV yang bertajuk “Little Farm” Dekatkan Anak Dengan Alam merungkai keistimewaan dan kelebihan anak-anak yang didedahkan kepada alam dan haiwan. Banyak kelebihan yang mereka dapat melalui perhubungan mereka dengan pendedahan alam.
Menerusi rancangan Pa&Ma Squad, Dr Iqbal telah menemubual En Ridzuan dan anaknya Hannah yang berusia 8 tahun.
Menurut perkogsian Dr Iqbal, bermula umur anak-anak 8 tahun mereka boleh mula bercucuk tanam, menyiram dan pelbagai lagi aktiviti di kebun yang boleh dilakukan.
Tetapi di umur ini, kanak-kanak sangat perlukan pantauan daripada orang dewasa. Bila anak-anak lakukan aktiviti ini, banyak kebaikan yang akan dapat.
Kanak-kanak zaman sekarang lebih banyak masa di hadapan skrin seperti TV, handphone, gadjet. Bila dia lakukan aktiviti seperti ini dia akan lebih menghargai alam dan boleh belajar pelbagai benda baru yang boleh merangsang minda.
Sedikit tip yang dikongsi oleh Dr.Iqbal untuk menarik minat kanak-kanak untuk bercucuk tanam;
-Mendalami ilmu berkebun dari buku-buku yang sesuai dengan unur
-Untuk mendapat hasil tanaman yang baik, kesabaran amat diperlukan
-Menanam pelbagai bentuk tanaman untuk menarik minat kanak-kanak
https://web.facebook.com/majalahpama/videos/687853205154273/
https://web.facebook.com/majalahpama/videos/687853205154273/
Nak tahu lebih lanjut, anda boleh tonton ulangan Pa&Ma TV pada 27 September ini, hari Ahad 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Dapat Baby Tak Lama Lagi? Ini 7 Sunnah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam
Kehadiran cahaya mata adalah satu perkara yang amat dinantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Ini adalah saat yang paling membahagiakan bagi mana-mana pasangan.
Namun disebalik kebahagian tersebut ada amanah yang perlu dilaksana oleh bakal ibu bapa:
Sesuai dengan firman Allah dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.
(49)لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ
(50)أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
1. MENGAZANKAN BAYI
Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.
Menurut Dr Muhammad Noor, adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.
2. MENTAHNIK
Mentahnik adalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak mendapati kurma untuk mentahnik, maka boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
3. MENAMAKAN BAYI PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan.
4. MENCUKUR RAMBUT
Mencukur rambut sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim. Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas.
Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang orang kita panggil ‘cukur jambul’. Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya. Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang menyerupai budaya Hindu.
5. AQIQAH
Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad. Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)
Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak.
6. BERSUNAT
Terdapat banyak kebaikan bersunat dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran. Contohnya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.
7. SUJUD SYUKUR
Melakukan sujud syukur merupakan salah satu tanda kesyukuran kepada Allah apabila dikurniakan sesuatu nikmat atau terlepas daripada bahaya.
Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah. (Riwayat Abu Dawud)
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dan berkat doa semua kita dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati dan sayang pada agama insyaAllah.
Kredit: Qurban.com
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Urus 3 Anak Selang Setahun, Kerja Rumah Semua Beres. Rahsianya Mak Bangun ‘Super’ Awal
Menguruskan anak kecil sendirian dengan urusan rumah agak mencabar. Apatah lagi jika anak adalah kembar dan bayi bawah setahun setahun.
Diana Nasir, kakak kepada pelakon Anzalna Nasri berkongsi tentang tips yang digunakan menguruskan anak-anak dan kehidupan seharian. Tanpa pembantu rumah pun tidak menimbulkan masalah asalkan tahu mainkan peranan dan trik uruskan anak. bangun awal dan latih anak awal menolong salah satunya.
Ibu kepada 3 anak comel ini mendedahkan apa yang yang dilakukan setiap hari agar semuanya beres. Walau pun tanpa pembantu atau maid, Diana boleh menguruskan si kembar Anggun Darleesa, Anggun Darleena yang lahir pada 7 Januari 2017 dan Anggun Darniella, dilahirkan pada 10 November 2018 dengan baik.
[Artikel berkaitan: Jangan Stres Tengok Bentuk Badan Dah Lain Lepas Bersalin. Diana Nasir Kongsi Tip, Bagilah Dulu Masa]
I get asked a lot on “how do l manage 3 kids under 3?”, “ do l have a maid / helper?” and “ who does all the house chores?”.. Well, the answer to these questions are – ? Me, Myself and I! 24/7! No maid no problemo.. How do l do it???
#1. KURANGKAN MASA DENGAN TELEFON
Less time on the phone! This is like the most important thing!
#2: BANGUN SUPER AWAL
Be an early bird! I wake up super early so l can get all the house cleaning done, washing, bath & etc before the girls wake up. Sementara waiting for the girls bangkit, l dapat rest sekejap.
#3. KENA ADA RUTIN
Routine – Have routines for your day and the kids and you will be able to manage better!
#4. LATIH ANAK MENOLONG
Train yo ur kids to help around! Walaupon Darleesa and Darleena baru 2 years+ they help me so much around the house.. They clean up their own mess, help me carry barang and so on. They gotta start young right!
#5. SEDIAKAN SNEK KEGEMARAN
Prepare your kids fav munchy! So bile anak2 throw tantrum keluarkan ‘senjata’ makanan! It helps! LOL!
#6. DAPATKAN BANTUAN SUAMI
If you’re having a bad day, ITS OK! cepat2 pray agar husband finish work early! If tak berkesan juga, CALL HUSBAND SURUH BALIK NOW, like right NOW! ?
Lower your expectations mommas! Everything doesn’t need to be perfect! You are allowed to have a messy house, messy hair and messy kids! Just enjoy and cherish your time with them. I believe that if a momma is at peace the kids are usually too.
#proudtohandlethemallbymyself walaupun kdg nk menangis rasa. Hehe
View this post on InstagramA post shared by Lady D (@diananasir86) on
Ramai juga ibu-ibu setuju dengan perkongsian Diana ini. Tidak perlu menjadi sempurna sepanjang masa tetapi lakukan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
No maid no problem…
“As real as it gets?? no maid is not a problem at all. Help ourselves before we seek out help.” @kochikthecat
Memang jadi singa sometimes
“Kita sama sis Dee ? sep sikit ?? i have 3 kids and i handle everything. I pun fully housewife. No maid. Eventhough my oldest son 4y but tiga2 boboysss. Phew ? it’s not easy ok nak handle boboys ni. Memang umi jadi singa sometimes ? ? #proudtohandlethemallbymyself walaupun kdg nk menangis rasa. Hehe.” @narifahlee
Hebatnya
“Sy baru anak sorang, rumah kecik pun dah stress x leh handle. Hebat nya akak. ❤️❤️.” @atikahkesyorge
Sumber: diananasir86
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selalu Sangat Cerita Pada Orang Tentang Anak, Salahkah Obses Dengan Anak Sendiri?
Ramai ibu bapa di luar sana yang Obses dengan anak sendiri. Persoalannya, apakah tanda ibu bapa itu obses dengan anak sendiri?
Berikut merupakan jawapannya:
- Anda beberapa kali dalam sehari mengemas kini media sosial anda dengan menceritakan setiap perkara yang anak anda lakukan.
- Anda sangat kerap memuat naik foto dan video berkenaan anak anda di media sosial.
- Setiap perbualan anda adalah berkenaan anak anda.
- Setiap aktiviti harian anda adalah berkisarkan anak anda sahaja seperti mencuci pakaian, menukar pakaian atau menyuapkan makanan mereka.
- Anda sangat gemar mengenakan pakaian yang sama dengan anak anda.
- Anda mula mengabaikan ahli keluarga dan sahabat handai anda.
- Anda mula hilang minat dengan kehidupan sosial anda.
- Anda tidak percaya untuk meninggalkan anak anda dengan orang lain.
- Anda secara tidak sedar mula putus hubungan anda dengan orang lain yang dahulu pernah rapat dengan anda.
- Anda sangat mudah teruja dengan setiap perkembangan anak anda walaupun ia adalah sesuatu yang kecil seperti perkataan pertama anak anda.
Adakah tanda-tanda ini terdapat pada anda? Jika ada, cuba muhasabah diri dan berbincang bersama pasangan anda untuk mengelakkan diri anda dari terjerumus menjadi ibu bapa yang sangat obses dengan anak lalu terjerumus ke arah budaya tidak sihat yang dikenali sebagai budaya ‘sharenting’.
Budaya ‘sharenting’
Menurut dua kajian berkaitan yang dijalankan oleh Mariea Grubbs Hoy, profesor dari College of Communication and Information dan Alexa K. Fox, pembantu profesor dari University of Akron, budaya ‘sharenting’ berlaku akibat ibu bapa baru terutamanya yang masih baharu senang terpengaruh dengan ibu bapa lain dan perasaan sendiri lalu dengan mudah berkongsi segala butir peribadi anak seperti nama, tarikh lahir dan paling bahaya, foto dan video mereka.
Menurut mereka, perkongsian informasi seperti ini mungkin sudah dianggap sebagai norma masa kini namun sebenarnya akan menjejaskan privasi dan reputasi anak malahan turut mengundang bahaya kepada keselamatan mereka!
Konklusinya, tidak salah jika anda terlalu obses dengan anak sendiri kerana ia adalah satu perasaan alami yang akan berlaku kepada setiap ibu bapa tetapi jangan terlalu keterlaluan. Ini kerana budaya ‘sharenting’ boleh mengundang bahaya kepada keselamatan anak anda.
Kredit: Hello Doktor
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI