Anak Seawal Usia 4 Tahun Berbohong Sebab Takut Disalahkan. Puncanya Kerap Beri Hukuman Dan Marah

Share

Tidak ada ibu bapa yang ingin anaknya berbohong. Tetapi tahukah anda, bahawa seorang anak sudah pandai berbohong sejak berusia empat tahun? Persoalannya mengapa anak berbohong?

Adakah kerana mereka tidak mempunyai perangai yang baik, atau kerana berbohong adalah satu-satunya pilihan untuk memperoleh apa yang mereka inginkan? Semasa anak memasuki usia sekolah, biasanya berbohong dilakukan untuk mendapat apa yang mereka anggap berharga. Misalnya, untuk memperoleh benda yang diinginkan, mendapat penghargaan atau pujian.

Berbohong juga biasa dilakukan anak untuk menghindari sesuatu yang tidak menyenangkan, seperti menutupi perasaan takut atau hukuman. 5 alasan kenapa anak berbohong adalah:

1) Takut Disalahkan

Anak berbohong disebabkan pernah melalui pengalaman buruk ketika dia membuat kesalahan sebelum ini. Jika anak pernah menerima hukuman dari ibu atau ayah dan takut dimarahi, kebanyakan anak yang sedang membesar akan memilih cara berbohong.

Sebagai ibu bapa, elak dari terus memberi hukuman yang boleh membuatkan anak jadi fobia. Didiklah anak dengan psikologi dan anggap anak sebagai rakan baik. Cara ini boleh membina keyakinan dalam diri anak dan mereka bersedia untuk bercakap benar dan tidak akan menyorokkan sesuatu perkara melalui pembohongan.

2) Dilihat Lebih Hebat
Alasan lain anak berbohong, dia ingin dilihat lebih hebat dari yang sebenarnya dan ini terjadi pada anak yang sering dibandingkan dengan anak yang lain.

Rasa kurang percaya diri membuat anak sanggup berbohong semata-mata mahu menunjukkan dirinya adalah yang terbaik dari apa yang dimiliki sekarang. Apa lagi jika ia berada di lingkungan kelompok sosial yang hebat.

  • Anggap Tidak Ada Pilihan
    Sepanjang membesar, mungkin anak-anak dah di didik mengenai cara didikan yang tegas dan hanya ibu bapa yang boleh memberi arahan. Jadi anak selalu menganggap jika melakukan kesalahan ia seolah-olah sesuatu yang sukar untuk dimaafkan oleh orang tuanya. Apabila melakukan kesalahan anak pun akan selalu membayangi hukuman yang akan diterima.

  1. Tidak Ingin Kecewa
    Bila ibu bapa sentiasa meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk anak, secara tak langsung anak akan cuba berbohong semata-mata tidak mahu mengecewakan kedua ibu bapanya. Contoh dalam hal pelajaran sanggup berada di sekolah sampai ke petang tapi keputusan peperiksaan tidak seperti yang diharapkan.

Lagi dibiarkan anak akan rasa lagi terbeban sehingga menyebabkan masalah sosial kerana anak takut untuk pulang ke rumah.

5) Tidak Dihargai
Prinsip ibu bapa yang hanya mementingkan hasil dan tidak menyelami perasaan anak akan menyebabkan anak mudah untuk berbohong. Ini kerana anak merasakan tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya dari kedua ibu bapa.

 

 

Published by
Wan Amy