Kuantiti makanan anak bukan ukuran untuk menilai bahawa anak sihat dan juga cukup nutrisinya. Tidak semestinya bayi perlu menghabiskan satu mangkuk puree. Dietitian, Puan Fizah Sobri berkongsi kuantiti yang betul mengikut tahap umur bayi tersebut.
KUANTITI BUKAN UKURAN
Salam mommies..Saya nak ingatkan lagi sekali ye; Kuantiti bukan ukuran anak makan sihat pada usia sebelum 8bulan!
Aim adalah untuk pengenalan tekstur lebih kepada kuantiti sebab diet kebanyakan masih dari susu baby; ❤Umur 6-8 bulan
perlu 1-3 sudu besar sahaja 2-3 kali sehari makan
IKLAN
❤Umur 9-12 bulan
boleh ambil 3-5 sudu besar 3-5 kali sehari makan (termasuk snek)
Saya melihat terlalu ramai mommies apabila mula sahaja pengenalan makanan pelengkap terus nak bagi sehingga satu mangkuk habis dan terus 3x sehari
Ini juga antara sebab bayi boleh jadi sembelit apabila memberi makanan pelengkap yang banyak dan terlalu kerap pada awal awal waktu
Usus bayi perlukan masa untuk biasakan diet baby yang baru..iaitu dari hanya mengambil susu selama 6 bulan kepada makanan yang pelbagai..
IKLAN
Bagilah masa…jangan banding anak anda dengan anak orang lain..sikit sikit bagi..sikit sikit naikkan..sikit sikit pengenalan kepada makanan lain..sabar ye mommies,tau excited tu.
Mommies juga jangan lupa fokus kepada perubahan tekstur makanan dari puree/kisar/cair kepada lenyek kepada cincang dan seterusnya makanan lembut
IKLAN
Ingat ye mommies fokus utama adalah untuk memperkenalkan tekstur serta makanan yang pelbagai kategori (karbohidrat,serat,protein)daripada kuantiti makanan
Jika anak mommies maintain kenaikan berat yang konsisten dan tidak jatuh ke line warna kuning mommies is doing a great job
Jangan stress ye..consistent..and keep up the healthy food intro
Anak sulung selebriti terkenal Indonesia, Nikita Willy iaitu Issa Xander Djokosoetono yang baru berusia 6 bulan sudah pun diajar makan sendiri atau dikenali sebagai baby led weaning (BLW) yang mana memerlukan bayi tersebut menyuap makanan sendiri tanpa bantuan penjaga.
Difahamkan, cara didikan dikenali sebagai baby led weaning (BLW) ini bertujuan supaya si bayi boleh makan makanan padat dan tidak hanya bubur semata-mata.
Nikita turut berkongsi perjalanan tumbesaran dan pemakanan bayinya itu bersama pengikutnya di Instagram.
Tambahnya lagi, atas nasihat doktor anaknya mula makan seawal usia hampir 6 bulan dan disebabkan mereka banyak ‘travel’ mereka terpaksa mengajar anak cara BLW ini
Selain ayam, Nikita turut menyediakan ikan salmon, serta sayur-sayuran lain yang di telah dipotong kecil untuk memudahkan bayinya menyuap sendiri makanan ke dalam mulut.
Namun anda digalakkan memberi makanan jejari (Finger Food) apabila bayi mencecah usia 7-8 bulan dan dibawah pengawasan orang dewasa untuk mengelakkan daripada bayi tercekik. Pastikan makanan jejari tersebut lembut supaya mudah dikunyah.
Strawberi buah yang memiliki warna yang menarik dan tinggi kandungan vitamin. Ironinya, buah ini juga cenderung mewujudkan tindak balas alahan yang tidak diingini. Jadi, bolehkah memberi bayi makan strawberi? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Reaksi alahan yang biasa ditunjukkan seperti ruam dan gatal-gatal, terutama apabila buah menyentuh kulit di sekitar mulut. Namun, ada masanya tindak balas yang teruk mungkin boleh berlaku yang melibatkan bengkak di dalam kerongkong. Simptom lain yang turut boleh berlaku adalah seperti timbul keradangan pada kulit, muntah, loya, cirit-birit, kesukaran bernafas, dan jika individu tersebut mempunyai asma atau ekzema, ia berisiko akan menjadi lebih teruk.
Bila masa yang sesuai perkenalkan strawberi?
Pakar mempunyai pendapat dan garis panduan yang berbeza tentang kesesuaian buah strawberi untuk diperkenalkan diet pemakan bayi. Terdapat pendapat yang mengesyorkan untuk menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya setahun sebelum memberikan kepada mereka.
Walau bagaimanapun, di Amerika Syarikat, laporan dari American Academy of Pediatrics, menyatakan garis panduan ini telah diubahsuai untuk membolehkan bayi memakan strawberi seawal usia 6 bulan.
Keliru bukan? Sebagai ibu bapa, mesti anda tidak tahu mahu mengikut pendapat yang mana.
Untuk memudahkan keadaan dan agar tidak mencetuskan sebarang risiko kepada bayi, sebaiknya, strawberi diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas 12 bulan, bersama makanan lain yang turut mempunyai potensi untuk mencetuskan tindak balas alahan.
Tetapi jika terdapat sejarah keluarga yang mempunyai alahan, adalah lebih baik untuk menunggu tempoh yang lebih lama. Anda boleh bertanyakan kepada pakar pediatrik untuk sebarang kepastian.
Kombinasi makanan
Strawberi boleh dicampurkan dengan beberapa pilihan makanan untuk menjadikan makanan bayi lebih lazat. Berikut adalah beberapa cadangan kombinasi makanan:
Buah-buahan. Puri strawberi yang dicampurkan dengan puri buah-buahan lain akan memberikan rasa yang hebat. Antara buah-buahan yang menjadi pilihan seperti mangga dan pic.
Bijirin bayi: tambahan strawberi bersama pelbagai jenis pilihan bijirin bayi. Anda turut boleh mencampurkan tepung yang diperbuat daripada beras dan oat untuk menghasilkan bubur yang lazat.
Susu dan yogurt. Merupakan kombinasi klasik yang digemari oleh individu dewasa dan kanak-kanak. Campuran strawberi dan susu lembu adalah sesuai untuk diberikan selepas bayi berusia 12 bulan.
Kebaikan strawberi
Menguatkan sistem imun
Strawberi kaya dengan vitamin C, antioksidan dan fitokimia yang berperanan untuk menjaga sistem imun agar sentiasa sihat. Sistem imun yang lebih kuat dapat meningkatkan ketahanan bayi terhadap beberapa patogen yang menyebabkan penyakit.
2. Meningkatkan sistem saraf
Fitokimia yang terdapat dalam strawberi menawarkan beberapa manfaat kepada sistem saraf, termasuk meningkatkan fungsi otak.
3. Baik untuk sistem peredaran darah
Kalium dalam strawberi memberikan peranan kepada kesihatan umum bayi, mengembangkan saluran darah dan mempertingkatkan tahap kesihatan sistem peredaran darah secara keseluruhan.
4. Tulang kekal sihat
Strawberi mengandungi kalsium, fosforus, fluorida yang memainkan peranan penting dalam menguatkan tulang – amat penting untuk pembesaran bayi.
Cara pemakanan, teknik mengepam dan ‘mindset’ yang betul sangat penting untuk ibu menyusu di bulan Ramadan nanti. Ada yang risau susu akan drop dan mungkin cepat lapar selepas mengepam atau menyusukan anak.
Bagaimanapun, ada beberapa cara yang boleh dilakukan ikut kesesuaian badan ibu untuk pastikan kekal bertenaga dan dapat terus membekalkan susu.
Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom caranya menghasilkan pengeluaran susu dan bertenaga boleh dicuba ketika waktu bersahur.
Pengalaman saya bila sahur makan berat seperti nasi, pukul 10 pagi bila tengah mengepam tu terasa juga berkeroncong perut. Menggigil lapar pun ya juga.
Jadi saya suka gantikan dengan oat, kurma dan susu. Paling favourite, susu + kurma blend! Smoothie yang menyedapkan dan in shaa Allah sampai pukul 2 petang tu boleh maintain lagi turun naik tangga.
Kebetulan pula kat pasar raya sejak bulan Mac hari tu dah mula jual kurma, terus saya beli buat stok.
Biasanya saya guna dua bahan je.
1. Susu segar 2. Kurma 3 biji
Lepas tu blend. Saya suka guna air sejuk untuk blend. Rasa segar sampai ke perut. Bilangan kurma tu bolehlah adjust ikut kesesuaian.
Mak-mak yang tak berapa gemar minum susu atau makan kurma bolehlah cuba kaedah ni. Biasanya bila cuba, ramai yang boleh terima.
Rasa macam susu farm fresh perisa kurma tu tau. Hehe. Selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!