Setiap anak yang dilahirkan perkembangannya berbeza-beza. Ibu ayah tak boleh nak samakan semuanya. Ada sesetengah kanak-kanak sememangnya dikenali sebagai anak yang aktif. Ada juga yang jenis pemalu dan pendiam.
Boleh dikatakan kebanyakan anak kita dalam kategori aktif. Maksudnya mereka lebih suka meneroka perkara-perkara yang berada di sekeliling mereka berbanding duduk diam untuk melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya ini merupakan petanda yang baik kerana menunjukkan fizikal anak yang sihat.
Bagaimanapun, anak-anak kecil ini perlu dilatih untuk fokus dalam melakukan sesuatu perkara kerana ia sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Macam mana nak pastikan anak-anak kita kekal fokus dengan sesuatu yang mereka lakukan terutama yang berada di peringkat usia sekolah rendah? Ini jawapan yang dikongsikan oleh Terapis Pertuturan / Bahasa, Puan Ruby Atika.
Cara untuk tingkatkan tumpuan kanak-kanak usia sekolah rendah:
1) Kurangkan masa di depan TV, tapi alih perhatian kepada buku cerita. Komik pun tak apa.
2) Doodle. Beli sketch book dan bimbing anak untuk lukis gambar-gambar mudah.
3) Ajar anak main saidina.
4) Lego-lego kecil yang dipasang jadi kereta, kapal terbang atau motor.
5) Membaca label-label yang ada pada bungkusan makanan seperti kandungan nutrien, alamat, tarikh luput, cadangan penyediaan.
6) Kira jumlah nombor pada no plate kereta.
7) Suruh anak sidai baju di ampaian. Kalau 1 bakul baju, dia kena tumpu buat hingga habis sebakul.
Boleh juga tanya anak soalan sifir secara rawak dan anak jawab secara spontan. Kalau dia baru darjah 1,2, tanya soalan tambah/tolak.
9) Menulis diari pribadi harian. Ni bagus supaya dia berlatih menulis.
10) Buat jadual harian. Dari awal bangun pagi hinggalah tidur malam.
Moga dapat membantu dalam memastikan anak-anak kita berjaya. Kejayaan setiap anak ini bergantung pada usaha ibu bapa juga. Jika sekadar membiarkan anak lakukan sendiri sehingga besar, itu silap. Didikan dan tunjuk ajar penting untuk membentuk kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah diri.
Kredit: Ruby Atika
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)