Anak Selalu Demam? Ini Tip Penting Yang Mama Kena Praktikkan
Bila anak demam, mamalah orang yang paling susah hati. Kesannya si ibu yang tak lena tidur. Apatah lagi, anak kerap demam malam. Siang hari, si kecil ini cukup aktif tetapi apabila malam tubuhnya mula panas dan diserang demam.
Untuk pantau anak-anak yang sedang demam, ini ada beberapa tip yang mama-mama boleh amalkan. Moga dapat membantu mama-mama agar dapat memantau anak yang demam terutama pada waktu malam.
1. KETAHUI TAHAP DEMAM ANAK
Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Sediakan termometer bagi menyukat suhu tubuh anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah di antara 36- 37.4 darjah Celsius. Ketahui tahap demam anak anda berpandukan suhu berikut:
• Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius
• Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius
• Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius
2. KAEDAH JERLUM
‘Sponging’ atau menjerlum kepala anak anda merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu tubuh. Cara untuk melakukan menjelum adalah:
Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil.
* Rendamkan tuala dan perahkan airnya.
* Kemudian, lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan.
* Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua dan biarkan ia di situ.
* Akhir sekali, lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
3. BERIKAN UBAT IKUT DOS DAN KETEPATAN
Ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar jika diberi mengikut sukatan dan jangka waktu yang ditetapkan.
Ubat ini selamat untuk bayi seawal usia dua bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan tidak melebihi empat dos sehari.
4. GALAKKAN ANAK MINUM BANYAK AIR
Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap. Jika anak masih kecil, anda sebagai ibu bapa haruslah rajin memberikan anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya.
5. PAKAIKAN PAKAIAN NIPIS
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya untuk anak yang mengalami demam malam. Pakaian tebal akan meningkatkan suhu tubuh. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia agen penyerap peluh yang baik dan anak- anak anda juga lebih selesa.
Ingat ibu ayah, jangan sesekali abaikan kalau anak demam sebab sekelip mata macam-macam boleh jadi!
ARTIKEL INI DIOLAH DARIPADA ARTIKEL ASAL MINGGUAN WANITA
Kredit top image: Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI