Kesihatan

Anak Selalu Dengan Gajet Ada Risiko Rabun, Guna Formula Yang Doktor Saran Elak Mata Rosak Sebab Gajet!

Share

Hari ini gajet sudah menjadi keperluan kepada setiap lapisan umur. walaupun ramai yang tahu gajet tidak baik untuk diberikan kepada si kecil, namun masalah ini seakan tiada jalan penyelesaiannya.

Memang tidak digalakkan sama sekali memberikan anak-anak yang berusia dua tahun ke bawah menggunakan gajet. Malah untuk anak yang lebih besar pula ibu bapa seharusnya mengehadkan penggunaan supaya tidak memberi kesan kepada mata dan juga sikap si kecil.

Apa yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang kisah seorang kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh yang teruk kerana pendedahan kepada gajet mungkin boleh dijadikan iktibar kepada semua ibu bapa.

Menurutnya juga ada satu formula yang telah disarankan oleh American Optometric Association yang mudah untuk dilakukan bagi mengelakkan kerosakkan pada mata anak malah juga mata orang dewasa yang sering menghadap gajet.

Ikuti perkongsiannya:

Sejak baca kisah tragis yang berlaku pada adik Xiao Man, saya tak berani dah nak biarkan anak saya duk menghadap smartphone lama-lama.

Dah lah umur adik tu lebih kurang sebaya je dengan umur anak saya.

Mak ayah adik Xiao Man ni sebenarnya jenis yang tak berapa strict pasal penggunaan gajet. Masa umur setahun lagi dia dah dibiarkan bermain dengan handphone.

Pada awalnya parent adik Xiao Man ni senang hati sangat sangat. Ye lah, anak tu senyap je dan tak banyak ragam bila dapat gajet.

Tu yang kadang dibiarkan je walau sampai berjam-jam lamanya.

Cuma bila adik Xiao Man mencecah umur 2 tahun, perangai dia dah mula berubah jadi pelik.

Dia asyik duk kecil-kecilkan mata bila pandang sesuatu. Dahi pun selalu berkerut-kerut.

Akhirnya pada suatu hari, mak ayah dia bawaklah jumpa doktor mata sebab dah tak tahan risau sangat tengok keadaan macam tu.

Bila diperiksa, rupanya kedua-dua belah mata Xiao Man dah rosak dan dia disahkan mengalami rabun jauh yang amat teruk!

Tambah menyedihkan, doktor jugak beritahu yang damage tu irreversible.

Sebab tu kita ni kena berjaga-jaga betul kalau si kecil kita tu jenis yang susah nak berenggang dengan gajet.

Perhatikan kalau-kalau mata anak kita tu selalu jadi merah-merah, duk terkelip-kelip je dan kemudian gosok sana sini tak berhenti boleh jadi mata dia dah terlampau kering (dry eyes).

Kalau kita tak hiraukan, sikit masa lagi dia akan mula mengamuk dan mengadu sakit kepala kesan daripada Eye Strain.

American Optometric Association sebenarnya ada recommend satu formula mudah ni untuk elakkan damage pada mata anak kita.

Namanya formula 20/20/20.

  • Setiap 20 minit, kena ingatkan anak kita tu untuk stop main smartphone atau gajet.
  • Mintak si kecil tu rehat dan pandang ke arah objek yang jauhnya 20 kaki (lebih kurang 6 meter).
  • Benda ni sekurang-kurangnya kena buat selama 20 saat.

Formula ni simple je tapi efeknya sangat besar pada kesihatan mata si comel kita tu.

Tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ye. Mata anak kita tu kalau dah rosak, dia akan tanggung akibatnya seumur hidup dia.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

P/S: Oh ya, formula ni terpakai untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas je tau.

Untuk yang berumur 0 – 2 tahun, patutnya kena elak terus dari handphone ni melainkan untuk video call singkat bersama keluarga je.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Baca: Muka Anak Bengkak Lepas 3 Hari Tahan Sakit Gigi. Suka Makan Manis & Tak Berus Gigi Setiap hari Jadi Punca

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Published by
SAHR