Mendidik anak menjadi seorang yang pintar dan cerdas adalah impian setiap ibu bapa. Namun, di zaman serba moden ini, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dihadapi, termasuklah pengaruh persekitaran yang semakin mencabar.
Dengan teknologi dan internet yang mudah diakses, kanak-kanak kini lebih cepat terdedah kepada dunia maya berbanding generasi terdahulu.
Ini membuatkan ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam memantau perkembangan anak-anak, terutama dari segi kesihatan mental dan kemampuan kognitif mereka.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kelemahan memori anak-anak, namun ramai ibu bapa tidak menyedari kesannya sehingga terlambat.
Pendedahan berlebihan kepada permainan video, penggunaan media sosial yang tidak terkawal, dan gaya hidup yang kurang aktif boleh mengganggu perkembangan otak anak, sekali gus mempengaruhi prestasi mereka di sekolah dan kehidupan seharian.
Di samping itu, tabiat seperti tidur tidak mencukupi atau tonton TV secara berlebihan turut menjadi faktor yang perlu diberi perhatian.
Bagi ibu bapa yang mahu memahami dengan lebih mendalam mengenai punca memori anak-anak lemah, anda boleh ikuti perkongsian dari Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, yang sering membincangkan topik ini di Instagram miliknya.
Ads
Dalam perkongsian beliau, banyak tip berguna yang boleh dijadikan panduan untuk membantu anak-anak meningkatkan daya ingatan mereka dan memastikan mereka berkembang dengan sihat, baik dari segi fizikal mahupun mental.
Mari kita ikuti nasihat beliau untuk lebih faham bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak.
1. Main Game
Tak salah nak main game, tapi jangan berlebihan. Game boleh jadi punca gangguan, belajar pun tak fokus apabila terlalu asyik bermain game.
Ads
2. Tidur Pastikan tidur tepat pada waktunya. Jika tidur lambat, ia akan mengganggu kualiti tidur. Perkembangan otak paling banyak berlaku ketika tidur.
3. Kurang Aktiviti Luar
Jangan lupa buat aktiviti luar seperti melompat, berlari, dan menikmati alam sekitar. Ini sangat penting untuk perkembangan otak anak. Kalau terlalu terperap di rumah, kecergasan mental tidak akan berkembang dengan baik.
Ads
4. Terlalu Asyik dengan Media Sosial Anak-anak di bawah 18 tahun, terutama yang masih bersekolah, tak sepatutnya terlibat dengan media sosial secara berlebihan. Media sosial boleh jadi punca stres dan ketagihan dopamine, yang tak elok untuk perkembangan mental.
5. Tonton TV Berlebihan Pantau masa anak-anak tengok TV. Jika dibiarkan berlebihan, ia boleh melemahkan memori mereka.
Dia juga berharap para ibu bapa mengambil serius mengenai lima perkara ini untuk kebaikan anak-anak.
Datin Anne Ngasri kongsi kegembiraan pencapaian SPM anak – “Mama bangga dengan ‘result’ SPM Warits.” Datin Anne Ngasri berkongsi kegembiraan dengan kejayaan yang diraih anaknya, Abdul Warits Abdul Wafi dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Datin Anne Ngasri Kongsi Kegembiran Pencapaian SPM Anak
Keputusan SPM baru sahaja diumumkan. Ramailah ibu bapa yang berkongsi kejayaan anak masing-masing. Seperti juga ibu bapa yang lain, Anne atau Nasriah Ngasri, 40, turut berkongsi kegembiraan di Instagramnya. Beliau menulis kata-kata ucapan yang bermakna kepada Warits serta semua pihak yang membantu kejayaannya.
Perkongsian Datin Anne Ngasri tidak terkecuali dalam meraikan keputusan anak sulungnya, Abdul Warits.
“Mama Bangga Dengan ‘Result’ SPM Warits”
Alhamdulillah Syukur padaMu Ya Allah. Mama sgt bangga dengan result SPM Warits.
Terima kasih kepada semua yang ada saat perjalanan membesarkan @imwarits terutamanya Papa Sumali, keluarga, guru-guru hebat serta sahabat-sahabat terutama teman-teman Warits yang mendorong kejayaannya….
Turut terharu melihat kejayaan anak-anak lain juga….Terima kasih atas doa semua…
Menjengah ke ruangan komen, selain ucapan tahniah daripada warga maya, tidak kurang juga yang memuji penampilan dua beranak itu yang dikatakan seperti kakak dan adik. Rakan-rakan artis juga tidak terkecuali meninggalkan komen.
Berikut antara jejak-jejak komen di laman Instagram Datin Anne Ngasri.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, petang semalam.
Kanak-kanak itu, Madrafataha Indal Bangsawan dikatakan turun ke Bawah selepas disuruh ibunya mengambil makanan dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.59 malam tadi.
“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan warga tempatan turun ke tempat parkir selepas disuruh ibunya untuk mengambil makanan dalam kereta sekitar jam 2.20 petang.
“Kanak-kanak itu turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah.
“Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya.
“Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa digambarkan berbadan kurus, berkulit cerah, rambut di paras bahu serta berketinggian 150 sentimeter.
Katanya, mangsa kali terakhir dilihat berpakaian baju t-shirt berwarna hijau dan berseluar ‘track’ hitam.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki anak ramai. Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail selamat menimang cahaya mata ke-12 mereka sekitar jam 3.43 petang Isnin.
Pasangan yang viral menerusi perkongsian satu akaun di Tik Tok itu sudah pun mendirikan rumahtangga selama 19 tahun dan ia merupakan rezeki anak ke 12 pasangan ini.
Memetik laporan Harian Metro, Shamsuri yang menimang cahaya mata lelaki itu meluahkan rasa syukur kerana masih dikurniakan lagi rezeki untuk menimang cahaya mata dan berasa sangat lega kerana urusan isterinya untuk melahirkan anak dipermudahkan.
“Alhamdulillah, perasaan sangat teruja dan bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan kehamilan isteri dan tidak alami alahan sehingga dia selamat bersalin.
“Sebenarnya, bukan hanya saya dan isteri malah anak lain pun teruja dapat adik baru. Sebagai suami, saya ucapkan terima kasih kepada isteri atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata kami.
“Sukar nak mencari seorang isteri yang tabah, penyayang, tenang serta bertanggungjawab sepertinya malah dia adalah tulang belakang serta penguat semangat saya,” katanya berkongsi.
Shamsuri, 39 yang merupakan seorang pengamal perubatan tidak menolak jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi pada masa akan datang.
“Jika ada rezeki, saya nak lagi kerana anak pun anugerah Allah SWT.
“Anak pun pembawa rezeki dan menjadi penguat hubungan serta pengikat kasih sayang dengan isteri sepanjang 19 tahun kami berumah tangga,” luahnya.
Terdahulu, kisah hidup Shamsuri dan isterinya pernah tular di TikTok dan meraih perhatian wargamaya kerana dikurniakan 11 cahaya mata terdiri daripada enam lelaki serta lima perempuan.