Anak Selalu Mengantuk Pagi-Pagi Nak Ke Sekolah, Biasakan Bagi Makan Epal Merah

Share

Bagi anak-anak yang bersekolah, terutama di sekolah rendah alasan mengantuk itu biasa setiap kali bangun pagi. Sesekali akan ada juga drama air mata. Jadi ibu bapa terpaksa bersabar untuk pujuk anak supaya mood ok.

Namun ada masanya, terlepas juga rasa marah itu jika ibu bapa nak cepat. Untuk memastikan anak-anak tidak mengantuk lagi bangun ke sekolah, ibu bapa boleh cuba amalkan bagi buah epal.

Menerusi perkongsian Puan Ainini Zainal, buah epal merah bagus untuk kerana mempunyai khasiat dan vitamin untuk badan anak.

ANAK SELALU MENGANTUK PAGI-PAGI NAK KE SEKOLAH?

Anak-anak tak perlukan kafein daripada minuman kopi dan sebagainya untuk bagi mereka segar nak ke sekolah. BAGI MEREKA EPAL. Epal merah. Yang hijau kurang sesuai untuk perut anak waktu pagi.

• Epal adalah caffeine-free, ia mempunyai natural sugar yang memberikan kesan serupa seperti kafein pada badan.

•Khasiat vitamin daripada epal akan bertindak sebagai bahan yang akan ‘stimulate’ badan anak untuk segar dan tak buat mereka mudah mengantuk.

• Lebih kurang 13g natural sugar ini, tidak seperti kafein, yang biasanya akan mencetuskan isu seperti mood swings atau anxiety bagi sesetengah yang mengambil kopi. It’s an apple with lots of goodness. Khasiat banyak.

• Badan anak rasa bertenaga sebab tenaga daripada natural glucose tu dan ia dihadamkan dengan baik di samping baik untuk sel sel badan anak.

• Epal kaya nutrien, vitamin, phytonutrients, antioksidan dan serat yang membantu badan kekal cergas.

• Nak jadikan epal sarapan setiap hari pun bagus sangat, sebab ia ada lebih kurang 90 kalori (kalau saiz sederhana), kiranya untuk sarapan sebelum ke sekolah tu ok sangat.

• Sistem penghadaman anak juga lebih sihat dengan pengambilan epal pada waktu pagi.

Contoh menu epal yang lain untuk anak selain daripada makan begitu terus sebiji:
• Makan bersama homemade Granola, potong kecil dan hidangkan bersama.
• Makan bersama overnight oat.
• Cincang dan curahkan sedikit madu dan taburkan Chia Seeds.
• Jadikan Apple Pancake dan serve sekali bersama hirisan epal fresh sama.
• Jadikan smoothie.

Kredit: Ainini Zainal

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy