Anak muntah selepas makan? Adakah keadaan tersebut kerap terjadi? Jika ya, mungkin si kecil alami penyakit ganjil gangguan ruminasi. Ikuti penjelasan lanjut tentangnya.
Mengapa anak muntah selepas makan?
Jika si kecil kerap muntah atau mengeluarkan kembali makanan yang selepas beberapa jam waktu makan, terdapat kemungkinan mereka mengalami masalah gangguan ruminasi (rumination syndrome).
Selalunya, seorang kanak-kanak dengan keadaan ini akan makan secara normal, tetapi selepas 1 atau 2 jam, makan yang tidak dicerna akan masuk kembali ke mulut daripada tekak.
Situasi anak muntah selepas makan tersebut akan berlaku saban hari, setiap kali selesai waktu hidangan.
Perkataan ruminasi (rumination) berasal daripada lembu atau binatang yang melakukan proses mengeluarkan kembali makanan yang ditelan kembali ke mulut atau dikenali sebagai regurgitate. Ia proses pencernaan normal bagi haiwan tersebut.
Gangguan itu pernah dianggap sebagai penyakit ganjil yang menjejaskan kanak-kanak dengan ketidakupayaan mental.
Namun kini, pakar perubatan menyedari bahawa ia boleh dialami oleh mana-mana individu.
Seringkali keadaan tersebut berlaku pada bayi yang berusia antara 3 hingga 12 bulan dan kanak-kanak dengan gangguan kognitif.
Umumnya, sindrom tersebut adalah gangguan yang jarang berlaku sama ada kepada kanak-kanak, remaja, mahupun individu dewasa.
Ads
Fahami simptom penyakit ganjil gangguan ruminasi
Bercakap tentang keadaan muntah selepas makan, mesti anda membayangkan keadaan muntah yang bersepah itu, kan?
Tetapi gangguan penyakit ganjil ruminasi ini adalah berbeza daripada muntah biasa.
Muntah ruminasi, keadaan makanan tidak dicerna dan selalunya masih mempunyai rasa yang sama seperti kali pertama ia dimakan.
Individu dengan keadaan ruminasi akan melakukan proses regurgitate selepas makan. Ia berlaku apabila makanan yang ditelan naik kembali ke bahagian tekak dan mulut.
Masalah anak muntah selepas makan itu bukan dilakukan secara terpaksa atau tidak sengaja seperti muntah biasa.
Ads
Gejala lain yang boleh berlaku, termasuklah:
Mengalami masalah nafas berbau
Kehilangan berat
Senak atau sakit perut
Pereputan gigi
Mulut atau bibir kering
Gejala dan simptom yang dialami sama ada bagi kanak-kanak atau individu dewasa adalah sama.
Individu dewasa lebih cenderung untuk memuntahkan makanan yang kembali ke mulut daripada tekak. Manakala kanak-kanak pula akan cenderung mengunyah dan menelan kembali makanan tersebut.
Memahami punca anak muntah selepas makan
Faktor yang menjadi penyebab kepada gangguan penyakit ganjil ini masih tidak diketahui. Tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada perkembangannya, seperti:
Penyakit fizikal atau tekanan yang teruk boleh mencetuskan tingkah laku tersebut
Pengabaian atau hubungan yang tidak normal antara anak dengan ibu atau penjaga menyebabkan si kecil mengalami masalah berkaitan aspek keselesaan diri. Bagi sesetengah kanak-kanak mengunyah boleh memberikan ketenangan
Ia mungkin cara untuk kanak-kanak mendapat perhatian
Ia dipercayai sebagai manifestasi penyakit mental seperti kemurungan atau kegelisahan
Mengenal pasti gangguan ruminasi
Oleh sebab keadaan yang berlaku seakan muntah, penyakit ganjil ini selalu disalah diagnosis sebagai gangguan muntah, gangguan gastrik atau penyakit refluks gastroesofagus.
Untuk mendiagnosis gangguan ini, doktor mungkin akan bertanyakan keadaan seperti:
Ads
Apakah rupa dan rasa makanan yang di ruminasi? Adakah keadaan ia masih kelihatan sama dan terasa seperti sebelumnya?
Tempoh anak muntah selepas makan atau berlakunya regurgitate?
Adakah gangguan penyakit ganjil itu membangunkan anak daripada tidur?
Adakah anak mengambil ubat merawat refluks dan keberkesanannya?
Walau bagaimanapun, beberapa ujian darah dan pengimejan boleh dilakukan untuk mengenal pasti penyebab lain simptom muntah dan menilai tahap dehidrasi dan kekurangan zat makanan.
Merawat masalah anak muntah selepas makan
Untuk mengatasi masalah penyakit ganjil ini akan tertumpu kepada perubahan tingkah laku anak.
Beberapa pendekatan boleh digunakan seperti:
Mengubah postur anak semasa dan selepas makan
Menggalakkan lebih banyak interaksi antara anak dan ibu semasa makan, memberikan lebih perhatian kepada si kecil
Mengurangkan gangguan semasa menyusu
Menjadikan waktu makan lebih santai dan menggembirakan
Mengubah fokus anak ketika dia mula mengalami ruminasi
Memberikan sesuatu yang masam atau pahit di lidah ketika dia mula muntah
Menjalani psikoterapi bagi ibu dan/ atau keluarga mungkin dapat membantu meningkatkan komunikasi dan menangani rasa negatif disebabkan tingkah laku dan penyakit ganjil tersebut.
Tidak terdapat sebarang ubat yang boleh digunakan untuk mengatasi gangguan ruminasi ini.
Tidak menjejaskan keadaan fizikal
Berita baiknya, gangguan ruminasi ini tidak mendatangkan masalah yang besar kepada keadaan fizikal individu.
Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan masalah pada esofagus. Bagi sesetengah remaja dengan sindrom ini, ia boleh menyebabkan penurunan kecil berat badan.
Anda disarankan untuk melakukan rundingan dengan doktor untuk mengenal pasti gejala dan psikologi tingkah laku bagi menghentikan gangguan ruminasi daripada berulang.
Gula dan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan. Golongan ini sangat menggemarinya kerana gula adalah makanan yang sedap. Ia memberikan kepuasan dan kegembiraan setiap kali mengambilnya.
Tidak salah untuk memberikan anak anda makanan-makanna manis seperti coklat dan aiskrim, dengan syarat, ia perlu dikawal. Namun, air berkarbonat adalah berbeza. Kawalan yang lebih keras perlu diberikan. Mengapa? Baca 5 sebab di bawah untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
1. Air gas menyebabkan ketagihan
Ada beberapa kandungan di dalamnya yang boleh menyebabkan ketagihan. Antaranya adalah kafein. Selain itu, gula sendiri dan pemanis tiruan juga melakukan hal sama.
Jadi, jangan terkejut jika anak anda mengamuk untuk mendapatkan air gas selepas anda memberikannya beberapa kali.
2. Tiada khasiat
Air berkarbonat tidak mengandungi kalori dan hanya membuatkan anak anda kenyang. Jadi, anak anda akan kurang makan makanan lain sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, kalsium dan magnesium.
3. Menjejaskan otak anak anda
Tempoh kanak-kanak adalah satu tempoh yang sangat kritikal dalam pembesaran, terutamanya pembesaran otak. Diet semasa umur ini adalah sangat penting.
Monosodium glutamate (MSG) mungkin tersembunyi di dalam asid sitrik di dalam air gas. Bahan ini boleh menjejaskan neuron otak. Begitu juga dengan pemanis tiruan, aspartame.
4. Menganggu tingkah laku anda anak
Banyak sebab yang mungkin membuatkan tingkah laku anak anda berubah. Antaranya adalah kafein, pemanis tiruan dan gula yang tinggi. Menurut kajian, kanak-kanak yang kerap minum air gas lebih agresif dan susah memberikan perhatian.
5. Merosakkan gigi
Gula dan asid sitrik di dalam air ini tidak sihat untuk gigi. Ia boleh menghakis enamel pada gigi dan menyebabkan gigi rosak.
Fakta menakutkan. Dalam jurnal saintifik Alzheimer’s & Dementia 2017. Ujian OTAK ke atas 4000 orang. Mereka ini suka minum minuman bergas atau air jus sehari dua kali atau 3 kali atau lebih seminggu.
Otak mereka diukur. Prestasi otak dinilai. Hasilnya menakutkan.
1. OTAK peminum minuman bergas atau jus komersil MENGECIL
2.Hippocampus – pusat memori juga mengecil.
3.Tanda-tanda STROK meningkat.
4.Tanda-tanda NYANYUK juga jelas menjelma
5. Tiga kali ganda lebih tinggi untuk dapat strok dan dementia.
Mereka juga dapati kesan yang sama kepada yang hanya minum sekali sehari. Minuman bergas, jus, dan yogurt berperisa penuh dengan gula, Terlalu tinggi gula. Sewajarnya digelar racun manis. Bukan minuman.
Kalau ke Fast Food restoran mesti air macam ni yang ditawar. Dahlah ambil makan tak sihat, minuman beracun pula. Apapun mencegah lebih baik dari mengubati. Jauhi jangan dekati.
Siapa yang tak nak memiliki otak yang cerdas serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat,kan? Semua orang mahu! Sebaik mungkin kita cuba untuk mendapatkan tip terbaik.
Dengan pelbagai jenis makanan yang dijual sekarang, tak dinafikan ia boleh mempengaruhi anak-anak. Ternyata ibu bapa kena ambil berat mengenai pemakanan sekarang. Kena bertegas dan jangan bersikap sambil lewa.
Elakkan makanan ringan, pewarna yang tinggi, makanan segera, makanan tinggi kandungan garam dan yang ada bahan pengawet. Semua kategori makanan ini dikatakan dapat menjimatkan masa penyediaannya tapi kesan di sebaliknya sangat tidak elok untuk anak-anak dan diri kita sendiri.
Makanan Baik Untuk Otak
Bagaimanapun, dalam hal ini ramai dalam kalangan kita tak tahu makanan atau zat yang baik untuk otak terutama dalam menjaga fungsi serta kecerdasan otak.
Dengan makanan sihat, otak akan jadi lebih mudah untuk merakam serta mengolah informasi yang terakam dalam memori, lalu kemudiannya mengaitkan informasi tersebut.
Berdasarkan perkongsian Dr Otak/Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, ada 12 jenis makanan yang boleh powerkan otak dan baik untuk diamalkan seisi keluarga.
Antaranya adalah ikan, telur, blueberries, avocado, bayam, dark chocolate, kekacang, minyak kelapa, kunyit, pegaga, plain atau greek yogurt.
Bagaimanapun jangan terikat pada makanan ini sahaja tapi masih ada lagi sumber makanan lain yang boleh diamalkan dan akan dikongsikan lagi. Sekurang-kurangnya jika tak dapat buat semua bolehlah diamalkan separuh daripadanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas melahirkan anak, badan sudah semestinya kepenatan melampau kerana kehilangan banyak tenaga. Selain rehat yang mencukupi, pemakanan yang sihat dan segar juga antara yang diperlukan untuk cepat pulih.
Pun begitu, ibu harus bijak memilih makanan dan salah satu makanan yang penting ialah buah-buahan. Jadi, apakah buah yang boleh dimakan ketika pantang?
Ibu yang sedang berpantang perlulah mengambil pelbagai jenis makanan berkhasiat untuk menyokong pemulihan diri dan juga tumbesaran bayi.
Ramai ibu yang gemar menambah pelbagai jenis buah-buahan dalam diet harian. Pengambilan buah merupakan satu cara yang mudah untuk mendapatkan pelbagai nutrisi.
Antara buah yang boleh dimakan ketika pantang ialah pisang, mangga, avokado, betik dan banyak lagi.
Buah-buahan ini mengandungi serat yang baik untuk perut dan dapat mengurangkan risiko sembelit.
Buah pisang. Potassium merupakan makanan yang sangat penting untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Ibu perlukan sebanyak 5,100 mg potassium setiap hari. Sebiji pisang pula mengandungi 450 mg potassium.
Tembikai wangi. Buah ini mengandungi 50 gram vitamin C, hampir separuh daripada keperluan vitamin C harian ibu. Bukan itu sahaja, kandungan airnya juga lebih tinggi berbanding buah-buahan lain. Jadi, ia dapat membantu ibu kekal hidrat.
Beri biru. Salah satu kebaikan beri biru ialah kandungan antioksidannya yang tinggi. Antioksidan penting untuk memastikan daya tahan badan kekal kuat. Bukan itu sahaja, antioksidan ini juga boleh meresap masuk ke dalam susu ibu dan membawa manfaat untuk bayi.
Strawberi. Sedap dan berkhasiat! Selain itu, ia juga padat dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan kedua-dua ibu dan bayi. Buah strawberi mengandungi vitamin C, kalsium, potassium, magnesium dan zat besi.
Mangga. Buah mangga mengandungi banyak antioksidan dan vitamin K. Kandungan serat dan juga potassium di dalamnya dapat memastikan susu ibu kekal berkhasiat untuk bayi.
Elak makan buah-buahan ini
Selain buah yang boleh dimakan ketika pantang, ada juga beberapa buah-buahan yang perlu dielakkan.
Walau bagaimanapun, kesan sampingan buah-buahan ini berbeza mengikut individu.
Ada ibu yang boleh makan buah ini seperti biasa. Ada juga yang akan mengalami simptom seperti sakit perut, cirit-birit dan sebagainya.
Antara buah-buahan tersebut ialah:
Buah-buahan sitrus Buah-buahan ini mengandungi asid sitrik yang mungkin akan membawa mudarat pada sistem pencernaan anda. Jadi, elakkan buah-buahan yang masam ketika berpantang.
2. Ceri dan prun – Kedua-dua buah ini merupakan sejenis laksatif semula jadi. Jadi, ia akan membuatkan ibu lebih kerap ke tandas untuk membuang air besar.
Namun, sekiranya ibu mengalami sembelit, anda boleh ambil ceri dan prun untuk memudahkan pembuangan air besar.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...