Letih ambil ubat.” Kak Kiah melepaskan keluhannya.
Kak Kiah bekerja sebagai operator pengeluaran. Pendapatan tidak seberapa. Kalau kerja lebih masa, dapatlah lebihan sedikit. Tinggal di Bayan Lepas tidak murah. Apatah lagi menyewa. Suami pun bekerja di sektor yang sama. Pulang ke kampung terserempak dengan Kak Kiah.
“Anak-anak selalu sakit apa?” soal saya meminta kepastian.
“Asyik demam jer budak-budak ni. Si Alif masa UPSR pun boleh demam. Akak risau keputusan dia teruk. Dalam sebulan mesti sekali atau dua kali demam. Ubat penuh dalam peti ais.
Kadang-kadang malas nak pergi klinik. Akak la jadi doktornya. Bagi dia orang makan ubat –ubat yang tak habis.” jelas Kak Kiah penuh semangat.
Ads
“Maaf Kak. Selalu anak-anak makan apa?” saya cuba mencari pangkal isu.
“Makan nasi macam biasa. Malam biasanya belilah apa-apa kat pasar malam ke. Burger ke.” kata Kak Kiah lagi.
“Makanan ringan anak-anak makan tak?” soal saya lagi.
“Itulah favourite dia orang. Dari segala jenis keropok, gula-gula, asam-asam, ais krim dan mee segera. Hari-hari mesti makan.”
Ads
Saya tarik nafas panjang. Masa berbual dengan Kak Kiah anak-anak Kak Kiah masing-masing menjinjing junk food.
Junk food atau makanan ringan melemahkan sistemimun kanak-kanak.
Apabila sistem imun lemah, penyakit dengan bangganya menghampiri. Tubuh mereka jadi sarang pembiakan penyakit. Virus mudah hinggap.
Ads
Junk food juga ganggu otak. Bahagian utama gangguan ialah hippocampus- tempat memori. Ganggu proses belajar. Apabila belajar paling susah nak lekat. Berulang kali pun pelajaran tak masuk. Menjadi benak.
Hantar tuisyen terbaik pun tidak akan membantu. Hantar pula ke kem motivasi. Habis duit berkoyan-koyan. Balik ke rumah masih tiada perubahan.
Tuisyen atau kem motivasi itu umpama software. Walau software itu baik, andai hardware iaitu otak tidak baik masakan software dapat dimuat naik ke hardware?
Baiki hardware. Baiki otak.
Usah beri racun pada otak. Makanan ringan bukan makanan. Makanan ringan adalah racun. Usah kita racun anak dan diri sendiri.
Jaga otak, otak akan jaga kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sembelit 70% disebabkan dari pemakanan anak yang kurang tepat. Sembelit akibat susu adalah jarang sekali dan jika ya bukan disebabkan komposisi susu tersebut malah lebih kepada cara bancuhan susu yang kurang tepat.
Cuba baca dengan selanjutnya apakah punca utama sembelit bagi bayi dan kanak kanak umur 6 bulan dan ke atas.
SUSU TIDAK BERSALAH
Banyak comment saya baca apabila anak sembelit sarankan untuk tukar susu
Tetapi itu bukan solution/jawapan utama
S.E.M.B.E.L.I.T
Maksudnya najis yang keras (jika di skala Bristol type 1) dan boleh mengakibatkan kesakitan bila nak membuang
Kalau kita yang dewasa pun rasa sakit dan pedih apa lagi kalau baby. Apa yang ibubapa boleh buat jika anak sembelit?
Apabila anak sembelit perlu tengok dari pelbagai sudut;
1. Adakah air yang diambil mencukupi?
6-12bln perlu 800ml sehari
2. Adakah serat diambil mencukupi?
Untuk lawas serat yang dimaksudkan adalah serat tidak larut air yang datang dari sayur sayuran hijau dan kulit buah
3. Adakah anak aktif?
Merangkak, berjalan, meniti,bergolek..boleh buat exercise kaki bagi najis lancar
4. Pengambilan probiotik Natural probiotik datang dari yoghurt,cheese manakala yang bukan natural datang dari probiotic granules (serbuk)..tidak perlu ambil setiap hari..seminggu sekali pun ok
Jika masih sembelit setelah semua perkara di atas dah buat dan sembelit lebih dari 3 hari SILA JUMPA DENGAN DOKTOR PERUBATAN. Kalau dibiarkan boleh jadi haemorrhoid seperti di bawah;
Jangan ambil supplement/herbal tradisional yang tidak tahu keberkesanannya (atas cadangan makcik bawang sebelah rumah)
Dan jangan buat perkara berikut jika anak sembelit;
1. Kurangkan pengambilan susu
– Susu breastmilk definitely teruskan
– Susu fm jika dah lama(lebih seminggu) perkenalkan teruskan dengan kuantiti dan bancuhan sekarang
2. Kurangkan makanan
– Teruskan kuantiti yang baisa diambil tetapi pastikan ada penambahan serat dan air jika tidak mencukupi
3. Jangan bagi probiotic drinks
– Kebanyakan probiotic drinks amat manis dan tidak sesuai untuk bayi bawah 12 bulan
Lepas pembedahan penting untuk meningkatkan imuniti bagi mencegah penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
Bagi memastikan keadaan ini terkawal, ambil langkah untuk kurangkan stres. Bersenam 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca Quran 4-5 muka surat setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap beracun, semburan racun serangga dan pewangi d irumah juga dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodoran.
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food, junk food, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.
Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-muih, ais krim , coklat dan lain-lain, Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.
Makan 70% bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai, buah naga dan lain-lain.
Saya galakkan makan ulam-ulam , sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 biji lobak, 2 batang saderi. Atau 1/4 buah betik dan ¼ nenas (khas seminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jag, masuk peti ais semalaman.
Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau bijirin lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buahan atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan kacang tanah. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
Makan tengah hari – cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat
Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vinegar . Masak sup sayur kobis, lobak, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal daripada sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih dengan brown rice.
Suplemen yang perlu untuk menpercepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamin, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga gojiberi, lain-lain jenis beri, spirulina, rumpai laut.
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan diet sihat, maka diet militari 3 hari mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk tujuan itu.
Namun mendengarkan namanya yang agak lasak itu, ramai yang takut untuk mencuba kerana khuatir terpaksa menjalani diet yang ketat selama beberapa hari.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan diet militari 3 hari dan adakah ia berkesan? Relaks, jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu jawapannya!
Apa itu diet militari 3 hari?
Untuk pengetahuan anda, diet ini adalah antara diet yang paling popular di dunia dan dikatakan mampu mengurangkan 5 kg berat badan dalam masa seminggu.
Ia dinamakan sebagai military diet kerana berasal daripada diet para askar di Amerika Syarikat yang berhasrat mengekalkan berat badan yang ideal lagi sihat.
Diet militari 3 hari akan melibatkan anda mengikuti pelan diet yang agak ketat selama 3 hari diikuti pula dengan cheat day selama 4 hari pula sejurus selepas itu.
Diet ini mungkin akan berlangsung selama beberapa minggu lamanya dengan turutan yang sama sehinggalah berat badan yang ingin dicapai oleh anda tertunai.
Persoalannya, bagaimana cara diet ini dilakukan? Adakah ia akan melibatkan pelan makan dengan waspada selama 3 hari dan makan seperti biasa selama 4 hari?
Bagaimana buat diet militari 3 hari?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, diet sihat ini terbahagi kepada 2 fasa yakni fasa 3 hari dan fasa 4 hari yang akan dijalankan selama 7 hari.
Untuk 3 hari yang pertama, anda mesti mengikuti diet rendah kalori untuk sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam tanpa snek di antara waktu makan.
Selama 3 hari yang sangat penting ini, jumlah kalori yang dibenarkan untuk diambil hanyalah sekitar 1,100 ke 1,400 kalori sehari – agak rendah bagi orang dewasa!
Untuk 4 hari yang seterusnya pula, anda boleh amal diet sihat dengan sedikit kelonggaran namun dengan syarat kalori dalam sehari itu tidak boleh terlalu tinggi.
Jadi, memang benar bahawa ia melibatkan pelan makan dengan waspada selama 3 hari dan makan seperti biasa selama 4 hari yang akan berulang dalam beberapa minggu.
Contoh menu yang boleh dicuba dalam diet ini!
Tidak tahu apa jenis makanan atau minuman yang perlu diambil sepanjang menjalani diet militari 3 hari ini? Tenang, anda boleh cuba contoh menu di bawah ini:
Hari pertama
Untuk hari pertama, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,400 kalori.
Sarapan pagi
Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
Separuh limau gedang
Secawan kopi atau teh
Makan tengah hari
Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
Separuh ikan tuna
Secawan kopi atau teh
Hari kedua
Untuk hari kedua, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,200 kalori.
Sarapan pagi
Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
Sebiji telur rebus
Separuh pisang
Secawan kopi atau teh
Makan tengah hari
Sebiji telur rebus
Secawan keju kotej
5 biji biskut
Secawan kopi atau teh
Makan malam
2 biji sosej tanpa roti
Separuh cawan lobak dan brokoli
Separuh pisang
Separuh cawan aiskrim
Hari ketiga
Untuk hari ketiga, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,100 kalori.
Sarapan pagi
Sebiji keju cheddar
5 biji biskut
Sebiji epal
Secawan kopi atau teh
Makan tengah hari
Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
Sebiji telur (bebas cara masakan)
Secawan kopi atau teh
Makan malam
Secawan ikan tuna
Separuh pisang
Secawan aiskrim
Justeru, adalah penting untuk anda tahu semasa ketiga-tiga hari ini anda digalakkan untuk minum air kosong dengan cukup seperti mana yang disarankan oleh pakar.
Untuk 4 hari berikutnya pula, tiada sebarang garis panduan yang diberikan kerana anda bebas mengambil apa-apa jenis makanan dan minuman namun dengan syarat.
Syarat tersebut adalah anda harus memastikan pengambilan kalori dalam sehari tidak lebih daripada 1,500 untuk mengelakkan pertambahan kalori yang tidak perlu.
Adakah diet militari ini berkesan?
Meskipun diet sihat ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun pengehadan pengambilan kalori sudah pasti akan dapat mengurangkan berat badan anda.
Jadi, boleh dikatakan bahawa diet ini adalah berkesan dan tidak berisiko tinggi kerana ia langsung tidak melibatkan hari untuk anda tak mengambil makan atau minum.
Namun, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor atau pakar diet terlebih dahulu sebelum anda memutuskan untuk cuba diet militari 3 hari ini ya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.