Letih ambil ubat.” Kak Kiah melepaskan keluhannya.

Anak Selalu Sakit, Belajar Pun Cepat Lupa Ada Sebabnya, Pakar Otak Berikan Jawapannya, Take Note Mama!

Kak Kiah bekerja sebagai operator pengeluaran. Pendapatan tidak seberapa. Kalau kerja lebih masa, dapatlah lebihan sedikit. Tinggal di Bayan Lepas tidak murah. Apatah lagi menyewa. Suami pun bekerja di sektor yang sama. Pulang ke kampung terserempak dengan Kak Kiah.

“Anak-anak selalu sakit apa?” soal saya meminta kepastian.

“Asyik demam jer budak-budak ni. Si Alif masa UPSR pun boleh demam. Akak risau keputusan dia teruk. Dalam sebulan mesti sekali atau dua kali demam. Ubat penuh dalam peti ais.

Anak Selalu Sakit, Belajar Pun Cepat Lupa Ada Sebabnya, Pakar Otak Berikan Jawapannya, Take Note Mama!

Kadang-kadang malas nak pergi klinik. Akak la jadi doktornya. Bagi dia orang makan ubat –ubat yang tak habis.” jelas Kak Kiah penuh semangat.

IKLAN

“Maaf Kak. Selalu anak-anak makan apa?” saya cuba mencari pangkal isu.

“Makan nasi macam biasa. Malam biasanya belilah apa-apa kat pasar malam ke. Burger ke.” kata Kak Kiah lagi.

“Makanan ringan anak-anak makan tak?” soal saya lagi.

“Itulah favourite dia orang. Dari segala jenis keropok, gula-gula, asam-asam, ais krim dan mee segera. Hari-hari mesti makan.”

IKLAN

Saya tarik nafas panjang. Masa berbual dengan Kak Kiah anak-anak Kak Kiah masing-masing menjinjing junk food.

Junk food atau makanan ringan melemahkan sistem imun kanak-kanak.

Anak Selalu Sakit, Belajar Pun Cepat Lupa Ada Sebabnya, Pakar Otak Berikan Jawapannya, Take Note Mama!

 

Apabila sistem imun lemah, penyakit dengan bangganya menghampiri. Tubuh mereka jadi sarang pembiakan penyakit. Virus mudah hinggap.

IKLAN

Junk food juga ganggu otak. Bahagian utama gangguan ialah hippocampus- tempat memori. Ganggu proses belajar. Apabila belajar paling susah nak lekat. Berulang kali pun pelajaran tak masuk. Menjadi benak.

Hantar tuisyen terbaik pun tidak akan membantu. Hantar pula ke kem motivasi. Habis duit berkoyan-koyan. Balik ke rumah masih tiada perubahan.

Tuisyen atau kem motivasi itu umpama software. Walau software itu baik, andai hardware iaitu otak tidak baik masakan software dapat dimuat naik ke hardware?

Baiki hardware. Baiki otak.

Usah beri racun pada otak. Makanan ringan bukan makanan. Makanan ringan adalah racun. Usah kita racun anak dan diri sendiri.

Jaga otak, otak akan jaga kita.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI