Anak selalu sakit dan demam? Ada beberapa sebab yang ibu bapa perlu ketahui supaya mudah untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar masalah ini tidak berlarutan.
Mesti ibu bapa tertanya-tanya di mana agaknya silap dalam menjaga anak-anak? Adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Menurut DoktorBudak.com, sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.
TERDEDAH PADA VIRUS DI PUSAT JAGAAN
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
SELALU MAKAN MAKANAN RINGAN
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrient mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
Ads
ANAK TAK CUKUP TIDUR
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
ANAK KURANG BERGERAK AKTIF
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ads
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
BERKONGSI BARANG
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
Ads
MANGSA ASAP ROKOK
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
SISTEM IMUNISASI ANAK SEDANG BERKEMBANG
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan berkurang semakin apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak comel tengok bayi umur 0-3 bulan baring dan pandang sekeliling tanpa faham apa-apa. Tapi awas ya ibu ayah, jangan cakap atau buat perkara yang tidak elok sebab bayi umur ini cuma ada minda bawah sedar jadi dia serap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Dr Rozieta Shaary atau dikenali sebagai Ibu Rose berkongsi apa bayi baru lahir hingga umur 3 bulan yang dianggap tak tahu apa-apa boleh buat. Walaupun baring melentang tetapi sebenarnya si kecil belajar banyak perkara dari pemerhatian dan pendengaran.
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu.
Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin mengangah sahaja.
Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja baby terbaring. Paling tidak pun bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.
Awas dengan apa yang anda cakap!
Namun, ibu bapa yang bijak tahu, pada usia ini anak tiada minda sedar. Yang wujud cuma yang bawah sedar. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar, serap lagi!
Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa ya. Sedar-sedar bila anak pandai bercakap, akhlaknya kasar dan perkataannya kasar. Dari mana datangnya ya? Sebenarnya dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!
Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu. Bila dia besar sikit, si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah.
Hmmmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan!
Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input, bacakan buku yang banyak gambar. Tapi janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!
Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda. Lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya. Bersembang? Ya bersembang, kata nak anak cepat bercakap.
Sumber: iburose.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian ini diharap dapat membantu bagi yang merancang percutian bersama keluarga terutama apabila mempunyai bayi kecil. Lebih menarik bajet hanya RM2000 yang disediakan untuk percutian selama 6 hari 5 malam berbaloi untuk dikongsi bersama.
Menurut Puan Asnyra Roslan tak perlu nak berhabis banyak jika hendak pergi melancong. Baginya kena pastikan diri membuat kajian untuk pergi ke sesuatu tempat dan biasanya dengan perancangan yang betul akan mendapat harga yang murah.
Berbanding percutian last minute yang selalunya mengakibatkan kos menjadi tinggi dan banyak perkara yang best akan terlepas semasa percutian. Lebih istimewa, semua bajet ini hanya untuk 4 dewasa disebabkan kebanyakan perkara untuk bayi semuanya percuma!
Jom ikuti bagaimana Puan Asnyra merancang percutiannya dan itenari percutiannya selama 6 hari 5 malam di Perth Australia. Nak hotel murah boleh klik sini.
Gunakan kod promo ini untuk harga istimewa.
Perlu membuat perancangan sebelum pergi melancong
10 TIP PERCUTIAN KE PERTH
KOS 6 HARI 5 MALAM (nak hotel murah klik sini) 1.Flight ticket : RM580 per person (tgh promo. Beli tiket 2 bulan sebelum pergi) 2.Luggage : RM160 (20kg pergi & balik) – per person : RM40 3.Visa : RM20/person – Wiya Travel (info@wiyatravel.com) 4.Apartment Airbnb 5mins to Kings Park (6days 5nights utk 4org) – 1 malam : RM390 – 5 malam : RM2050 (termasuk RM100 service fee) – so per person : RM513 (6d5n) 5.Aries Car Rental (Car rental paling murah kt Perth. Car rental ni org Malaysia punya. Harga ni termasuk baby seat RM90, wajib ambil ya kalau tak kena saman 550aud) – RM780 – so per person : RM195 6.Minyak kereta sepanjang 6hari 5malam cuma 72aud (RM216). Ni termasuk pergi tempat jauh (Pinnacles & Lancelin) – per person : RM54 7.Parking kereta : Mostly tempat attraction free je. Cuma dalam Perth city & Fremantle kena bayar. Tak mahal pun. Budget lah dlm RM30 seminggu. Dalam RM8 per person. 8.Simkad Optus : 2aud. Utk 5hari 10aud je. Internet 500mb/day. Cukup utk guna waze. 9.Attractions yg kena bayar : – Caversham : 27aud – Araluen : 15aud – Naik train @Araluen : 5aud – Sandboard Rental : 10aud (sewa 1 board je pastu share2 sebab sorang naik 5kali je max pastu dah penat) – The Pinnacles : 12aud per car Attraction per person : RM207 10.Makan best & wajib pergi dekat Perth : – Chicken Charcoal express dianella. Lamb ribs dia mmg terbaik. – Corica Pastry. Apple strudel sedap! Cream puff dia pun best! – Danish patisserie ( ni time kami pergi tutup sebab bukal smpai jam 2pm je). – Kailis Fish & Chips. Ni tempat wajib pergi kalau dtg Fremantle. – Coffee milk jenama Dare. Mmg sedap. Asyik beli je. – Chicken gozleme Total budget makan2 tanpa berjimat roughly : RM400 (termasuk shopping groceries utk masak sendiri) So makan per person : RM100 TOTAL BUDGET KE PERTH TANPA BERJIMAT HANYA SEKITAR RM1900 JE. Boleh try totalkan sendiri semua yang dah tulis di atas. Oh lupa. Dah termasuk 50aud kami kena saman sebab tak bayar parking. Kami ingtkan satu tempat tu free sebab tak jumpa mesin bayar. Sigh. So semua yg nk bawa kereta make sure confirmkan betul2 tempat nk parking tu free or berbayar. Semua bajet ni sesuai kalau pegi berempat. Kalau pergi berlima (full 1 kereta) lagi jimat sebab semua bahagi 5. Kalau pergi berdua lain budget nya ITINERARY TEMPAT MENARI YANG DILAWATI HARI PERTAMA – sampai airport petang, beli simkad optus – ambil kereta sewa – check in apartment – malam after solat, pergi groceries – then singgah esplanade, Elizabeth Quay & Bell Tower HARI KEDUA – Margaret Choc Factory – Vineyard (sebelah choc factory) – Cheese factory (yg ni kitorg tak masuk and kt depan choc factory je, just berhenti utk amek gmbr sebab cantik sgt laluan nk ke cheese factory ni) – Caversham Wildlife Park – Megabes factory Malaga ( ni tempat beli souvenir paling murah dekat perth. Org malaysia punya. Ada few kedai souvenir megabes ni dekat perth, tp kt factory ni murah sbb owner dia ckp kilang ni diorg punya and tak perlu bayar sewa sebab tu murah. Megabes factory ni dekat je dgn caversham. – Tempat solat : Masjid Mirrabooka. 10mins je dari megabes factory – Woolworth (shopping groceries) HARI KETIGA – Araluen Botanic Garden : 1jam dari Perth – Masjid Perth – Corica Pastry : wajib rasa apple strudel dia! Mmg sedap and famous. 22aud satu set. – Hay street HARI KEEMPAT – Charcoal Chicken express Dianella (sedap sgt esp lamb ribs dia. And cheap too!) – Blue boat house – Uni Western Australia – Rainbow sea container, fremantle – Bathers Bay – Kailis Fish Market – Fremantle Esplanade Park – Coles (supermarket best & murah) HARI KELIMA (200km+ dari Perth) – The Pinnacles – Hangover bay : dekat je dari Pinnacles – Lancelin Sand Dunes – Lancelin Beach : kami solat kt park sebalah Lancelin Beach. Toilet dia lengkap ada air and siap ada shower lg. – BigW (supermarket jual corelle murah. Dekat supermarket lain ada jual jugak tapi BigW byk pilihan) HARI KEENAM – check out hotel – Kings Park – drop car rental dekat airport – flight balik Malaysia
TIPS MELANCONG DENGAN BAYI :
1.Bawa mainan dalam kapalterbang. As bawa busy board baby. Mmg best busy board ni! Im a free mama on board. Phew! 2.Jaga mood and makan anak 3.Bawa ubat-ubatan anak 4.As guna baby carrier boba air sebab senang nk lipat-lipat. Dan kalau nak bawa stroller bawak yang ringan Boleh sewa stroller & baby carrier. Kalau nk sewa As punya boba air pun boleh.
Tempat menarik yang dilawati oleh keluarga ini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama ayah yang baru dapat bayi tu mesti excited kan? Mesti dah rancang macam-macam untuk main dengan bayi. Tapi macam mana nak main dengan bayi? Asyik tidur je bayi tu kan?
Menurut Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, tummy time tu kalau kita terjemahkan sebiji-sebiji nama dia Masa Perut. Maksudnya, anak berada di atas perutnya. Orang kampung saya panggil MENIARAP.
Laaah.. Apasal tak sebut meniarap je dari tadi kan senang? Sebab….. Tummy Time bunyinya macam lagi kebabom
Ni saya ada kongsikan sikit kebaikan Tummy Time untuk Mama Ayah baca:
RANSANG KOMUNIKASI
Sambil meniarap sambil cakap dengan baby, sambil tepuk-tepuk. Kita bagi stimulasi untuk tingkatkan ‘auditory attention’ baby.
Kalau nak seronok lagi, meniarapkan baby atas perut Mama Ayah. Bagi baby nampak muka kita lagi rapat. Haaa… baru betul Tummy Time di atas Tummy Daddy.
KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU & LENGAN
Ini semua otot-otot utama yang akan bantu baby anda belajar menghisap susu dengan lebih efisien, angkat kepala ke kiri kanan, belajar merayap dan merangkak dengan lebih mudah.
Otot-otot yang kuat ini pun penting untuk keselamatan bayi. Kot lah baby anda tertidur meniarap atau mengiring, dia cukup kuat untuk pusingkan kepalanya dan selamatkan hidungnya dari tersembam dan lemas (semoga Allah jauhkan).
STIMULASI SENSORI DARI SEKITAR
Masa meniarap, bayi dapat tengok persekitarannya. Tidaklah tengok siling dan lubang hidung Mama je bila asyik terlentang kan (alaa… gurau pun tak boleh).
Bila bayi dapat tengok persekitaran, bayi akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input dari sekitarnya.
ELAK ‘FLAT HEAD’
‘Flat Head’ atau kepala rata ni bukan untuk nampak kepala bayi tu cantik bulat je tau. Bila bayi tak kuat otot lehernya, bayi akan ada risiko baring di sebelah bahagian je. Maka, sebelah bahagian tu akan ‘flat’. Namanya plagiocephaly. Boleh Google ye.
KURANGKAN KEMBUNG PERUT
Cuba try test bagi bayi meniarap setiap kali lepas menyusu. “Burrrppp!” punya kuat bayi tu nanti. Maka, kuranglah risiko bayi kembung perut dan kuranglah potensi bayi meragam. Kata orang kampung saya, “Happy Baby, Happy Mama, Happy Daddy”. Gitteeww.
Jadi, bila boleh mula Tummy Time?
Eh. Baby baru sehari pun dah boleh Tummy Time tau. Tapi, kejap je la. Dalam seminit dua lepas siap menyusu tu.
Ni ada sikit tips untuk Mama Ayah berikan Tummy Time” kepada bayi:
Boleh diberikan pada bayi seawal usia 1 hari.
Mulakan dengan meletakkan bayi pada riba ibu atau dia atas bantal dan mengusap bahagian belakang bayi. Ini akan membantu bayi berasa selesa dengan posisi meniarap (pastikan posisi bahagian kepala bayi lebih tinggi dari punggung pada permulaan ini).
Apabila bayi kelihatan lebih “alert” semasa meniarap di riba atau bantal, meniarapkan bayi di atas lantai atau tilam yang sedikit keras (tidak terlalu terbenam. Jika mahu letak bayi di atas comforter, pastikan tidak tebal kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas jika bayi menyembamkan muka ke bawah).
Mulakan tummy time selama 3-5 minit dahulu dan tambahkan masa bila bayi semakin selesa dan semakin lama mengangkat kepala dalam posisi meniarap.
Letak cermin kecil di hadapan bayi semasa bayi meniarap supaya bayi terstimulasi untuk melihat refleksinya pada cermin.
Meniarap bersama bayi dan berborak dengannya (bayi bawah usia 1 bulan hanya mempunyai jarak penglihatan sejauh lebih kurang 13-15 cm. Jadi, anda perlu berada rapat agar bayi anda dapat melihat anda).
Gunakan permainan berbunyi-bunyi untuk meransang bayi anda melihat ke arah bunyi tersebut.
Pastikan anda ada bersama sepanjang aktiviti tummy time untuk bayi kecil. Elakkan dari membiarkan bayi tidur tanpa pengawasan semasa meniarap.
Apabila bayi sudah pandai terlentangkan badannya dari posisi meniarap, itu menunjukkan bayi anda punya kekuatan atas tubuh yang lebih baik. Ia adalah 1 pencapaian!