Echolalia adalah situasi di mana kanak-kanak mengulang semula apa yang mereka dengar. Bila orang dewasa bercakap, anak akan ulang balik semua perkataan tersebut. Bagaimana cara yang betul untuk berkomunikasi dengan anak Echolalia?

Cik Aishah Kassim, Pakar Speech Language Pathology daripada Asihah Kassim Academy berkongsi Tip cara bercakap dengan anak Echolalia (ANAK ULANG APA YANG KITA CAKAP) untuk panduan ibu bapa diluar sana.

Echolalia ni biasanya terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan iaitu;

1. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autism – Perlu dapatkan penilaian dan nasihat dari professional ya. Jangan pulak assume anak mengulang je autism.

2. Kanak-kanak masih tidak faham apa yang mereka perlu katakan. Contohnya, masih tak tahu untuk jawab soalan yang diberikan. Biasa terjadi pada kanak-kanak yang tengah belajar bercakap.

Tapi untuk kedua-dua situasi, ada cara untuk anda membantu kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang betul.

1. Cara adalah dengan menterjemah apa yang perlu anak katakan mengikut situasi yang sesuai. Berikan ayat atau perkataan yang perlu anak sebut berkaitan situasi. Dengan cara ini kanak-kanak boleh berlajar ayat yang betul utk mereka guna.

2. Kurangkan/elakkan bertanya banyak soalan dan memberi arahan. Sebab nanti anak akan echo apa yang anda cakap dan menjadikan ayat tersebut tak sesuai untuk mereka guna nanti.

Fahami apa yang anak anda cuba katakan, barulah anda boleh beri input yang betul

Sumber: Aishah Kassim

Tinggalkan Komen