Anak Selesema Bawah Dua Tahun Tak Di Galakkan Bagi Ubat. Ada Lagi Cara Lain Lebih Selamat

Share

Ramai dikalangan ibu bapa yang selalu risau apabila anaknya mempunyai selesema. Lagi-lagi anak kecil yang bawah usia dua tahun.

Ibaratnya serba tak kena. Nak tidur tak boleh, menyusu pun tak selesa. Sampai ibu bapa pun boleh stres.

Tip-tip ini mungkin dapat membantu anda diluar sana:

1) Tak perlu pakai ubat selesema kerana ianya akan menyebabkan bayi mengantuk. Bila anak mengantuk dan tidur, ibu bapa tidak dapat detect anaknya dalam keadaan normal ataupun dalam keadaan yang berbahaya.

Kalau anak susah bernafas atau bernafas laju bawak je ke hospital jumpa doktor. Kita takut kalau bagi ubat selesema, akan menyebabkan anak kita nampak macam normal walhal tidak.

Bahkan, pemberian ubat selsema boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas.

2) Perlu diingatkan bahawa penyebab selsema pada kanak-kanak majoritinya adalah disebabkan jangkitan virus. Oleh itu, ianya akan baik dengan sendirinya tanpa perlu apa-apa ubat.

3) Kalau anak aktif bermain macam biasa, menyusu ataupun makan macam biasa dan tidur tidak pun terganggu, maka tak perlu untuk kita risaukan. Biarkan sahaja mereka bermain.

4) Jika mereka tidak selesa ketika menyusu dan tidur disebabkan hidung yang tersumbat, anda boleh menggunakan cecair normal saline untuk dititikkan ke dalam hidung kanak-kanak tersebut.

Ini akan mencairkan hingus itu dan membuatkan saluran pernafasan menjadi normal semula. Apabila saluran pernafasan menjadi normal, kanak-kanak itu akan selesa untuk tidur dan menyusu.

Pemberian normal saline boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat.

5) Anda juga boleh menggunakan alat untuk menyedut hingus daripada bayi.

6) Kalau anak anda, selesema sahaja anda tidak perlu risau ataupun tidak perlu bawak berjumpa dengan doktor. Boleh praktikkan cara di atas dahulu.

7) Tetapi jika ada demam untuk bayi yang kurang daripada 4 bulan, perlu untuk bawa berjumpa dengan doktor supaya kita dapat periksa sama ada penyebab demam itu adalah benda yang serius ataupun tidak.

Jika lebih drpd 4 bulan dan bayi demam tetapi masih aktif dan makan seperti biasa, boleh cuba bagi ubat demam dahulu untuk 2-3 hari. jika demam melebihi 4 hari, perlu berjumpa dengan doktor.

Sumber: rootofscience

 

Published by
Wan Amy