Bila anak selesema, mulalah mereka buat perangai, menangis dan merengek tidak selesa. Semuanya kerana rasa tidak selesa, hidung tersumbat ditambah dengan hingus yang keluar tanpa henti. Bila anak asyik menangis tidak selesa, terutamanya waktu malam, mak ayah pun terkesan sama.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, masalah selesema anak jangan dibiarkan terlalu lama kerana akan memberi kesan kepada organ lain. Salah satunya adalah telinga. Nak elakkan anak selesema? Doktor kongsikan tipnya.
Siang tadi semasa saya periksa seorang pesakit ini, dalam diam Tan Sri Profesor Amin datang dari belakang. Dia duk perhati saya bersihkan telinga seorang bayi ini.
Pesakit ini berumur satu tahun dua bulan. Sudah hampir sebulan telinganya berair. Bermula dengan serangan sakit tekak dan demam. Kemudian selesema dan hidung berair yang susah nak berhenti. Pada masa sama telinga pun mulai keluar cecair.
Ads
Hari ini ibu bapanya membawa beliau ke klinik kami di PPUM. Selepas saya periksa, saya keluarkan dan sedut semua nanah yang ada dalam telinganya, rupa-rupanya gegendang telinga beliau sudah bocor!
Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana pesakit terutama pada usia kanak-kanak. Jangkitan ke telinga lebih mudah berlaku kepada anak-anak berbanding kita-kita yang dah ‘tua’ ini.
Ads
Saya berikan ubat titis antibiotik untuk diletak pada telinganya. InshaaAllah akan sembuh nanti.
Ads
Prof Amin sempat pesan kepada ibu pesakit ini, kalau boleh waktu pagi itu mandikanlah dengan air suam-suam. Supaya gejala selesema ini mudah terkawal. Suam bukan panas ya. Ini petua orang tua yang tak salah kalau nak amalkan.
Penghawa dingin juga perlu berpada-pada untuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya anak kita jadi selesema tak berhenti ini bukan sahaja sebab sejuknya aircond itu, tetapi juga sebab habuk dan hama yang terkumpul pada aircond tu melekat masuk pada hidung anak kita.
Semoga keluarga kita diberi kesihatan berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sememangnya kes jangkitan Covid-19 dikalangan kanak-kanak dikatakan jarang dijumpai, namun hari ini sudah ramai kanak-kanak yang telah terkesan dengan virus yang merbahaya ini. Malah di luar negara ada yang sudah terkorban kerana Covid-19
Sebelum ini pelakon dan pengacara popular Neelofa pernah memuat naik perkongsian tentang anak sepupunya yang berusia enam bulan disahkan positif Covid-19. Dalam IG story yang dimuat naik itu, Neelofa memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan si comel Noor Sameera Mohd Nazlee yang tinggal di Brunei.
Sameera anak kepada sepupu Neelofa, Noor Cahaya dijangkiti virus tersebut daripada kontak rapat yang merupakan ahli keluarga yang baru pulang dari luar negara.
Tapi syukur kepada Yang Maha Esa, dalam perkembangan terbaru di akaun Instagram milik Noor Cahaya, anak perempuannya itu difahamkan telah pulih daripada jangkitan tersebut. Menurutnya si comel Noor Sameera telah bebas daripada virus dan kini sudah boleh pulang ke rumah selepas 18 hari menjalani sesi rawatan di salah sebuah pusat perubatan di Brunei.
Noor Cahaya dalam perkongsiannya itu juga mengucapkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan menitipkan doa buat Sameera.
Anak kecil dan bayi (terutamanya) memang tak dapat dipisahkan dengan penggunaan tungku/tuam. Bayi baru lahir perlu ditungku untuk hangatkan badan bayi selepas mandi, kurangkan kembung perut atau angin dalam badan dan juga elakkan angin pasang (bagi anak lelaki).
Berdasarkan perkongsian Puan Yatie Eimra dia ada berkongsikan cara untuk membuat tungku ekspres dengan bahan yang ada di rumah sahaja dan berkesan untuk merawat kembung perut bayi dan juga ibu dalam pantang.
Ikuti perkongsiannya:
Anak saya ada masalah sawan nangis akibat terlalu kerap kembung perut sejak dari lahir. Bekalan minyak telon dan tungku bayi memang wajib ada. Masuk 7 bulan baru kurang sakit perutnya. Selama tu jugaklah tungku bayi tak tinggal..
Baru-baru ni masa anak kena cirit birit akibat tonsillitis (hampir 2 minggu), saya buatkan tungku bayi ekspres ni untuk kurangkan kembung perut dan hangatkan badan anak. Almaklum lah, cirit birit ni kalau badan sejuk, lagi menjadi-jadi sakit perutnya. Tungku ni mudah disediakan dan time-time terdesak, memang guna tungku ni je.
Macam-macam bahan orang buat tungku bayi ni. Tapi yang selalu saya buat 2 je bahan utama. Herba-herba lain boleh digunakan sebagai tambahan supaya tungku lebih efektif.
2 Bahan Utama:
Semua bahan-bahan yang dinyatakan kat atas ni boleh serap dam simpan haba apabila dipanaskan. Bahan-bahan ni berfungsi kekalkan suhu panas tungku bayi agar tahan lebih lama. Jadi memudahkan kerja ib-ibu dan tak perlu kerap sangat panaskan balik tungku.
Boleh gunakan pasir pantai, debu tanah (tanah ditapis dengan penapis besi untuk buang batu dan bendasing dan dapatkan debu-debu yang halus je), garam ataupun beras. Gunakanlah bahan yang ibu-ibu mudah dapat ye. Masa berpantang dulu saya tinggal dirumah mak, jadi debu tanah (tanah yang halus) memang mudah dapat. Tapi sekarang saya gunakan garam je.
Yang ni memang paling banyak variasi. Ada yang gunakan lada hitam, habatussauda, halba, biji sawi, jintan, biji ketumbar dan macam-macam lagi. Selalunya saya hanya gunakan lada hitam sebab tu je bahan yang sentiasa ada kat dapur. Tapi kali ni saya tambahkan rempah campur (untuk masak kari tu) sebab dah ada campuran halba, biji sawi dan jintan dalam tu.
Ni Cara Saya Buat Tungku Bayi Ekspres
1/2 cawan garam (lebihkan pun boleh) 2 sudu makan lada hitam 1 sudu makan rempah campur (optional)
*Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih atau daun mengkudu sebelum curahkan campuran yang dihangatkan tadi.
*Boleh juga panaskan bunjut tungku dengan seterika jika suka, tapi suhunya tak betul-betul sekata dan panasnya juga tak tahan lama.
*Untuk garam dan beras, tak disarankan simpan dalam kain sebab garam dan beras ni serap kelembapan. Garam akan jadi lembap dan beras akan berkulat. Sebaik-baiknya campuran garam/beras disimpan dalam bekas bila tak digunakan dalam tempoh yang lama.
*Saya tak ikat mati sebab lebih suka buka dan panaskan balik campuran garam tadi dalam pan bila nak guna. *Boleh tengok gambar cara saya ikat tungku bayi ni gunakan baju bayi terpakai.
Lain-lain tip:
*Sebelum tungku bayi/anak pastikan lapik dengan kain (atau alas dengan baju) supaya tak terlalu panas.
*Pastikan tungku dah suam (test pada bahagian atas tangan sendiri dahulu) sebelum tungku secara terus atas kulit anak.
*Untuk elakkan masalah angin pasang bagi bayi lelaki, setiap kali lepas mandi tuam bahagian alat kelamin anak untuk elakkan bahagian tersebut sejuk (pastikan tungku suam/berlapik kain). Dap atau tekap sekejap-kejap je tungku bayi di bahagian ari-ari dan sekitar kawasan alat kelamin (dari bahagian bawah kemaluan & tolak menghala ke atas dengan perlahan). Buat 2-3 minit. Kemudian tuamlah perut dan tapak kaki selama 3-5 minit.
*Bagi masalah anak kecil yang cirit-birit tanpa henti, boleh juga tuam bahagian perut dan bahagian punggung untuk hangatkan badan anak. Diikuti kawasan peha dan tapak kaki.
*Saya dulu bersalin secara ceaser sebab fetal distress. Saya gunakan tungku yang sama (gandakan sukatannya) & tambahlah daun sirih/mengkudu jika ada untuk tungku bahagian perut (elakkan tungku kawasan luka ceaser). Tungku ni ringan dan sesuai digunakan untuk ibu-ibu yang bersalin secara ceaser untuk bantu cepatkan proses kecutkan rahim dan kurangkan angin dalam badan.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Laksa memang digemari ramai. Namun ibu selepas bersalin perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan kegemaran ramai ini.
Amalan berpantang makan laksa sampai setahun lepas bersalin ni biasanya dilakukan oleh ibu-ibu di sebelah utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Mengapa? Salah satu sebabnya ialah laksa dikatakan sebagai makanan yang ‘sejuk’ dan berangin.
1. Proses penghasilan laksa
Hal ini dikatakan berpunca daripada proses penghasilan laksa itu. Biarpun bahan utama laksa ialah beras, namun ia dimasak terlebih dahulu dan kemudian dibentuk menjadi bentuk laksa.
Setelah itu, ia dikeringkan. Untuk dimakan bersama kuah laksa, ia perlu dimasak sekali lagi. Di sini timbulnya unsur sejuk atau angin itu.
Apabila dimasak dua kali. Kandungan angin adalah tinggi lalu menyebabkan sakit urat dan sakit badan.
Malah bila dimasak dua kali, ia seolah-olah seperti nasi yang dipanaskan berkali-kali semasa anda berpantang. Jika makan nasi sejuk, anda boleh bentan. Samalah halnya dengan makan laksa dalam tempoh setahun selepas melahirkan ini.
2. Kuah bersifat tajam
Untuk mendapatkan kuah laksa yang sedap, ikan perlu direbus, kemudian dikisar bersama tulangnya. Di sinilah unsur tajam itu dibangkitkan.
Bisa tulang ikan menyebabkan kuah laksa menjadi ‘tajam’. Kandungan dalam tulang ikan boleh mengakibatkan sakit sendi, sakit tumit dan sakit urat untuk jangka masa panjang.
3. Kuah ada unsur angin
Ramai yang membuat anggapan bahawa daun kesum dan bunga kantan yang digunakan sebagai bahan di dalam kuah
adalah sayur berbisa. Penggunaannya boleh menyebabkan angin di dalam badan.
4. Timun bersifat sejuk
Untuk menambah kesedapan laksa, timun digunakan sebagai ulamnya.
Seperti yang anda sedia maklum, ibu berpantang tidak boleh makan timun kerana ia adalah sejenis sayur yang sejuk. Ia boleh mengundang angin di dalam badan.
Memang pantang larang orang tua-tua tiada kajian saintifik. Namun tiada salahnya jika ia diikuti selagi tidak datangkan mudarat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!