Khasiat bunga raya yang dijadikan teh sememangnya menjadi salah satu bentuk olahan yang popular. Teh yang diperbuat daripada kelopak kering bunga raya ini berwarna merah tua. Teh ini mempunyai ciri rasa masam manis yang juga boleh diminum panas atau sejuk.
Bunga raya kebiasaannya menjadi tanaman hiasan yang biasa dilihat di halaman rumah. Bunga yang berasal dari Afrika Utara dan Asia Tenggara ini bukan sahaja cantik dipandang malah boleh dijadikan teh.
Anak Selesema, Sakit Tekak & Batuk
Sebenarnya bunga raya telah digunakan sebagai tumbuhan herba yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Di negara-negara Afrika, ramuan bunga raya ini sering digunakan untuk menurunkan suhu badan semasa demam, merawat penyakit jantung, dan melegakan sakit tekak.
Berikut dikongsikan cara-cara membuat teh bunga raya. Membuat teh bunga raya sebenarnya sangat mudah. Bahan yang perlu anda sediakan ialah:
BAHAN-BAHAN:
4 cawan air
3 sudu bunga raya kembang (kering) atau 5 bunga raya kembang yang segar
7 sentimeter kayu manis
2 sudu madu makan
1 biji oren (ambil airnya)
Mama Boleh Beri Minum Teh Bunga Raya
CARA MEMBUAT:
1. Setelah semua bahan siap, kemudian rebus air hingga mendidih.
2. Masukkan bunga raya kembang dan kayu manis dan rebus hingga bunga raya kembang layu hingga air berubah warna.
3. Keluarkan dan tapis ke dalam gelas.
4. Masukkan madu dan jus lemon. Nikmati semasa panas.
Selain dapat menurunkan tekanan darah, manfaat lain dari teh bunga raya adalah sebagai ubat selesema semula jadi, meningkatkan tenaga dalam badan, menyembuhkan sakit tekak dan batuk, mengatasi keguguran rambut dan mengatasi kelebihan kolesterol dalam badan.
Semoga ramuan ini bermanfaat dan jangan lupa membuat teh bunga raya di rumah. Jaga kesihatan tubuh dengan menggunakan bahan semula jadi yang ada di sekitar anda.
Sekiranya dengan cara yang mudah dan murah anda dapat mendapatkan tubuh yang sihat, mengapa anda harus mencari cara yang sukar dan mahal untuk menjadi sihat. Jom jadikan amalan harian. Jagalah kesihatan kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai.
Sumber kredit: Ana Mahabu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI