Kekeluargaan

“Anak Sempat Ajar Kalimah Syahadah” Arwah Suami Pergi Dalam Keadaan Tenang Di Sisi Ina Naim & Anak-Anak!

Share

Bekas ahli kumpulan In-Team, allahyarham Suhaimi Saad yang menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 7.42 malam tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pergi dalam keadaan tenang di samping isteri dan empat anaknya.

Kongsi isterinya, Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim, allahyarham menghembuskan nafas dalam keadaan sangat mudah dan tenang malah seorang daripada anaknya sempat mengajarkannya mengucap dua kalimah syahadah.

“Pemergiannya sangat mudah dan tenang di sisi saya dan anak-anak. Pesanan dia minta maaf kepada semua orang sebagaimana yang dia tulis dalam TikTok.

“Arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Dia ditidurkan atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir.

“Sebelum ini arwah mula mengalami batuk teruk pada Ogos lalu sebelum kesihatannya bertambah merosot pada Oktober lalu. Berat badan pun turun sampai 20 kilogram,” kongsi Ina ketika ditemubual semalam.

Berkongsi kisah arwah suaminya, akui Ina, suaminya pernah memberitahu untuk hidup sehingga usianya 43 tahun.

“Arwah meninggal pada usia 43 tahun. Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun. Tarikh lahir dia 12 Oktober dan masa itu dia sudah sakit,” katanya lagi berkongsi.

Terdahulu, allahyarham Suhaimi Saad mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim pada 12 Ogos 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM