Anak Sepahkan Rumah, Peminat Respect Cara Lana Nordin Bertegas Dengan Anaknya

Share

Bertegas tak semestinya kita marah. Sebaliknya ia untuk mendisplinkan anak-anak sejak kecil. Bila anak dah mula bersekolah baru nak ajar dah kira terlambat.

Menerusi entri Lana Nordin di instagram, caranya bertegas dengan menyuruh Gia Quinn McKienzi mengemas permainan mendapat pujian peminat.

Nampak macam garang tapi inilah didikan yang penting untuk anaknya. Malah ramai yang memberi komen dengan menyatakan walaupun Lana berkahwin dengan orang Barat namun tetap menitikberatkan budaya orang Asia.

Malah, apa yang membuatkan netizen kagum, anak Lana juga tanpa banyak cakap mengikut arahan dan seolah-olah faham apa yang perlu buat walaupun berusia dua tahun.

Biasakan anak buat kerja rumah tak rugi, tapi ia salah satu pembelajaran tak formal yang anak akan dapat. Cara ini buatkan anak lebih berdisiplin dan faham apa yang patut dilakukan bila besar.

Mungkin ada ibu bapa tak kisah pun kerana menganggap anak akan belajar sendiri nanti. Persoalannya sampai bila? Sebagai mak ayah kitalah ibu bapa yang kena corakkan keperibadian anak.

Sumber: instagram Lana Nordin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy