Pelakon dan pengacara popular Neelofa mendedahkan anak kepada sepupunya yang berusia enam bulan disahkan positif jangkitan Covid-19.
Neelofa menerusi Instagram Story berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Noor Sameera Mohd Nazlee.
“Kalau ada yang nak tolong doakan, selalu berdoa, doakan sekali anak kepada sepupu saya @missnoorcahaya. Allahuakbar, tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu apabila mendapat berita seperti ini,” tulisnya di Instagram Story sambil berkongsi paparan mesej dalam kumpulan WhatsApp keluarganya.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Ads
“Terima kasih semua untuk doa dan kasih sayang. Ya, benar apa yang kalian dengar mengenai baby Sameera positif Covid-19.
“Apa yang saya harapkan tolong sentiasa doakan saya,” tulisnya.
Dalam perkongsian ibu Sameera itu, dia menyatakan Sameera adalah bayi paling muda POSITIF COVID-19 di Brunei. Sebelum ini tiada gejala demam atau batuk dan seorang bayi yang sihat.
Namun malangnya Sameera mendapat jangkitan ini dari salah seorang ahli keluarga mertua yang baru pulang dari luar negara.
Ads
Tolonglah bagi sesiapa yang baru pulang dari luar negara sila kuarantin dulu diri anda dan buat ujian kesihatan. Kita tidak tahu yang kita ada gejala tersebut tetapi boleh menjadi pembawa dan menyebarkan pula pada orang lain.
Selepas selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Arabella Mia baru-baru ini, doktor pakar bedah, Dr Amalina Bakri telah berkongsi ilmu penjagaan lepas bersalin setelah ramai yang bimbang akan dirinya sudah keluar bersiar-siar selepas empat hari melahirkan anak.
Menerusi perkongsian Dr Amalina di instagramnya, dia menjelaskan caranya berpantang adalah seperti yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sebagai seorang doktor.
“Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan.
“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor,” tulisnya.
Menurut Dr Amalina, dia banyak mengamalkan pemakanan yang sihat serta melakukan aktiviti dan senaman ringan serta melakukan aktiviti seharian secara konsisten mengikut tahap kesihatan diri.
Pemakanan
Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran dan buah. Kurang garam, gula dan minyak Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan.
“Selain itu, minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis seperti air boba, milo.
Aktiviti seharian
Tingkatkan intensiti aktiviti secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 6 minggu.
Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut.
Anda digalakkan untuk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat banyak rehat. (Baca link di IG story tentang senaman). Pakai compression TED stockings untuk elak blood clots.
Jaga bahagian perineum
Basuh dengan air dari depan ke belakang dan lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan dan lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar dan seluar dalam cotton dan ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak constipation.
👉🏽Buat kegel exercise untuk menguatkan otot pelvis.
👉🏽Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
Kesihatan mental
Jaga kesihatan mental, jangan stress dan enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan daripada suami dan keluarga.
Di akhir perkongsiannya, Dr Amalina mengingatkan gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.
Disahkan Diabetes Type 1 ketika berusia 4 tahun lebih, adik Ireena Dhabitah yang kini berumur 6 tahun terpaksa bergantung dengan suntikan insulin sepanjang hayat.
Berkongsi cerita mengenai Dhabitah, ibunya Asmawati Mohd Salleh berkata setiap hari Dhabitah perlu lakukan 4 kali suntikan insulin untuk memastikan rutin hariannya tak terganggu.
“Bermula dengan waktu sarapan, satu suntikan diikuti dengan makan tengah hari yang memerlukan dua kali suntikan (insulin untuk makan dan insulin 12 jam), waktu makan malam dan akhir sekali sebelum tidur (insulin 12 jam).
“Setiap hari juga suntikan tak boleh buat di tempat sama dan perlu lakukan ikut arah jam bagi elakkan kulit kematu. Bila dah kematu dan cucuk juga di tempat sama, ubat tak jalan.
“Bagi yang rasa takut dengan jarum mungkin rasa tak mampu, tapi apakan daya inilah cara untuk memastikan bacaan gula Dhabitah stabil.
“Sebagai ibu saya nak yang terbaik buatnya. Alhamdulillah suami, kakak dan abangnya juga banyak membantu untuk memastikan Dhabitah sihat,” katanya.
Bukan sebab pemakanan
Asmawati menjelaskan semasa mula-mula Dhabitah disahkan Diabetes Type 1 kami macam tak percaya kerana bab pemakanan memang sangat dititikberatkan oleh suami untuk anak-anak.
“Namun apabila doktor menjelaskan yang Diabetes Type 1 ini bukan disebabkan pemakanan tetapi kerana imun badan menyerang pankreas kami reda dengan ujian yang Allah beri ini.
“Kami pun tak jangka kesakitan ini akan ditanggung oleh Dhabitah kerana sejak lahir hingga disahkan Diabetes Type 1, dia seorang anak yang aktif.
“Seminggu sebelum dia disahkan sakit, dalam sehari Dhabitah kerap kencing, asyik nak minum air dan sebelum masuk tidur pun kena letak air dalam botol kerana dia cepat haus. Kadang tu, waktu tidur bila air yang diisi dalam botol habis dia akan kejutkan saya untuk minum lagi.
“Lagi satu yang saya perasan tubuhnya makin susut dan mukanya cengkung walaupun masa itu dia masih aktif macam biasa hinggalah pada satu hari lihat dia asyik baring dan lemah.
“Apabila bawa ke klinik dan doktor ambil darah, bacaan gulanya 31 dan sangat tinggi. Doktor jelaskan kalau terlambat boleh jadi koma dan terus di hantar ke hospital,” kongsinya.
Kritikal Masuk ICU
Semasa rawatan di hospital, Dhabitah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan kritikal selama dua hari.
“Masa itulah kami suami isteri berasa sedih dan macam tak percaya apa yang berlaku. Alhamdulillah selepas 18 hari di hospital dan mendapat penjelasan doktor barulah kami boleh terima hakikat dan kini hidup Dhabitah kena bergantung sepenuhnya pada insulin.
“Dhabitah kena berdisiplin dan tak boleh skip cucuk. Memandangkan dia masih kecil dan belum faham, kami sekeluarga yang kena banyak main peranan supaya dia mampu membesar seperti kanak-kanak lain.
“Rezekinya juga bila dah masuk pra sekolah, guru-guru pun faham keadaannya dan banyak membantu. Walaupun setiap pagi saya kena cucuk dulu sebelum dia sarapan bersama kawan-kawan di sekolah semua itu tiada masalah,” ujarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kita bukan robot yang sentiasa bekerja dari pagi sampai ke malam tanpa rasa penat. Bukan saja fizikalnya yang tak henti bekerja, ada waktunya, emosinya berceraru dengan pelbagai situasi disekeliling.
Termarah dan tertengking anak semuanya di luar kawalan mereka. Menurut Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim, bantulah isteri agar rasa lebih baik.
Kasihan ibu yang tak sengaja termarah anak. Mereka bukan pemarah tapi belon emosi mereka yang mudah meletup.
Sebab tu la untuk bebas dari termarah anak ni kita kena bantu pasangan kita untuk detoks segala emosi terpendam mereka. – rasa marah – rasa geram – rasa sakit hati – rasa tawar hati – rasa susah hati – rasa stress – rasa sedih – rasa kecewa – rasa annoying – rasa putus asa
Ini semua kena detoks, tak boleh simpan boleh jadi barah nanti. Selagi ada emosi terpendam ni dalam diri, selagi itu la dia jadi perengus dan cepat marah. Itu la yang nampak anak lasak sikit dah boleh trigger rasa annoying. Adus.
Bantu pasangan kita please, walau mereka tak minta tapi mereka sangat perlukan bantuan kita.
1 – Acknowledge emosi mereka. Jangan nafi ada emosi tersebut. Nampak pasangan bengkeng semacam terus tanya “ada apa-apa masalah ke sayang?”
2 – Pastikan ada self-care. Kadang ibu ni terlalu komited jadi manager rumahtangga, sampai diri terabai. Ingatkan mereka bersenam, me-time, medicure, pedicure dan sekali sekala keluar makan angin.
3 – Self Reflection Bantu beri rasa tenang dan mindfulness dengan self-reflection ni. Buat diari ke, tulis journal ke, malah menulis yang baik-baik di media sosial pun satu kaedah self-reflection yang bagus. Jangan perli pula kalau nampak pasangan kuat mencoret di media sosial.
4 – Me Time Satu benda yang paling susah nak dapat bila ada anak ni adalah me-time ( masa untuk diri sendiri ). Kita boleh bantu, kita bantu ya. Take over anak-anak kejap, insyaAllah sangat bermakna pada pasangan kita.
5 – Jadi pendengar setia Bercakap adalah terapi buat wanita. Dapat luah semua dalam hati, dia jadi orang yang paling segar dan paling happy go lucky dalam dunia. Serius!
Tak susah pun nak bahagiakan pasangan kita. Tadah je telinga dengar luahan hati dia. Lagipun, menjaga emosi seorang ibu ibarat menjaga emosi semua ahli keluarganya. Bila ibu tenang, semua orang rasa senang.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.