
Anak sering tak sihat bila mula masuk tadika, taska, begini cara atasi. Ibu bapa sering mendapati anak mereka mudah jatuh sakit apabila mula masuk tadika atau taska. Fenomena ini sebenarnya agak biasa berlaku dan menjadi kebimbangan bagi ramai ibu bapa.
Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika, Taska, Begini Cara Atasi
Terdapat beberapa sebab mengapa ini berlaku, tetapi dengan pemahaman dan langkah pencegahan yang betul, kita boleh membantu anak kekal sihat di persekitaran baru mereka.
Berikut perkongsian Dr Mazliana Mazlan
Bila anak sudah mula masuk taska, tadika, bermulalah juga siri anak kerap tak sihat. Lagi perit, berjangkit pula dengan adik beradik lain di rumah. Maka berhari-harilah kita terpaksa EL sebab anak tak sihat.
Boleh cuba tip yang saya kongsi ini. Moga dapat membantu menguatkan imun anak kita semua, In Shaa Allah.
Kesimpulannya, adalah normal bagi kanak-kanak untuk mengalami beberapa episod sakit apabila mula memasuki persekitaran baru seperti tadika atau taska. Bagaimanapun, dengan usaha yang berterusan daripada ibu bapa dan penjaga, risiko penyakit ini boleh dikurangkan.
Yang penting, kita perlu memahami bahawa jangkitan ringan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses membina sistem imun kanak-kanak. Dengan penjagaan yang betul, kita boleh membantu anak menghadapi tempoh ini dengan lebih mudah dan membesar dengan sihat.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan
Baca artikel lain juga: Aafiyah Tamat Tadika, Siti Nurhaliza Kongsi Kegembiraan
Yuran Tadika, Taska Naik Hingga 25 Peratus Tahun Depan, Sudah Bersediakah Ibu Bapa
Kes Bayi Maut di Taska, MINDEF Bantu Cepatkan Permohonan Pegawai Tentera Dan Guru\
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Perbezaan Marah & Marah-Marah, Jangan Sampai Anak Hilang Yakin Diri & Berubah Jadi Degil!

Dalam mendidik anak-anak pelbagai cara ibu bapa gunakan. Itu semua adalah untuk kebaikan anak-anak dan juga bekalan apabila mereka dewasa kelak. Ada yang memilih untuk menjadi garang supaya anak-anak boleh berdikari dan ada juga yang sebaliknya.
Apapun kaedah atau cara yang digunakan, setiap daripadanya pasti ada kebaikan dan kelemahannya. Dalam satu persoalan yang dikongsikan oleh seorang ibu kepada Ibu Rose, menyatakan apakah salah dirinya mendidik anak sulung dengan pendekatan garang.
Niatnya cuma satu untuk mendidik anak sulungnya menjadi cepat matang, berdikari dan boleh dijadikan contoh buat adik-adik yang lain. Ikuti perkongsian beliau:
SALAH KE SAYA DIDIK ANAK SULUNG BEGINI?
“Alia kenapa ni? Mama panggil buat tak tau je. Telinga letak kat mana!”
“Kenapa biar adik nangis macam ni. Alia kan kakak. Mengalahlah kat adik.”
“Jangan buat muka kat mama macam tu. Mama tak ajar jadi anak kurang ajar macam tu!”
Ibu ditanya oleh seorang ibu yang berhajat untuk mendidik anak sulungnya menjadi matang cepat dan independent serta boleh menjadi contoh kepada adik-adik. Katanya, dia sering marah-marah anaknya itu dan menggunakan pendekatan garang senantiasa dengan anak.
Dia juga sering benci kepada anaknya kerana anak itu sering tidak mahu mengikut cakapnya.
Ibu bersyukur kerana ibu muda ini berani bertanya dan meminta pertolongan. Ramai orang bila tahu melakukan kesalahan terus tenggelam di dalamnya. Namun, ibu muda ini berjaya mengatasi rasa malu bertanya.
Baca: Anak Gesel Gigi Waktu Tidur, Mak Ayah Jangan Biarkan! Mungkin Petanda Alami Stress!
Untuk pelajaran kita bersama, Ibu kongsikan jawapan Ibu kepadanya:
Sayang, dari mana sayang mendapat kefahaman bahawa dengan garang sayang boleh membina kematangan anak dengan cepat dan anak menjadi independent?
Ketahuilah bila sayang marah-marah dan kasar dengan dia, anak itu akan menjadi degil dan mungkin akan menjadi hilang keyakinan diri, oleh itu menjadi dependent dan bukan independent.
Bila seseorang itu sering dimarah, dari segi otak, tenaganya banyak berpusat di bahagian otak paling bawah dimana BUKAN merupakan bahagian ‘otak berfikir’. Bahagian bawah atau otak reptilian nama gelarannya, (Ibu sudah pernah menulis mengenai perkara ini) menjaga keselamatan.
Bila dimarah selalu, anak merasakan keselamatannya terancam. Respons yang diberi ialah ‘lari’ atau ‘lawan’. Lari di sini bermaksud dalam diri anak itu ialah dia menjadi penakut, tiada keyakinan diri, asyik memencil diri, tidak pandai berkawan, ragu terhadap kebolehannya dsb. Lawan di sini, membawa kepada perangai DEGIL, tantrum, campak itu dan ini, sepak itu dan ini dsbnya.
Anak yang menjadi independent adalah anak yang mempunyai hormat diri yang tinggi. Untuk mempunyai hormat diri yang tinggi, anak perlu mempunyai kekukuhan kasih-sayang dari ibu dan bapanya.
Kekukuhan kasih-sayang di sini bukan bermaksud anak itu tidak boleh dimarah langsung. Boleh marah dengan cara yang berhemah dan tidak menunjukkan benci atau berasa benci kepadanya. Tunjukkan marah dan benci akan perbuatan yang salah itu. Ada perbezaan di situ.
Kita mesti ingat, ada perbezaan marah dan marah-marah. Marah sekali sekala untuk mendisiplin dan membentuk perangai anak, itu tidak mengapa. Garang bertempat dan garang kasih, itu maksudnya loving and firm. Itu okay.
Jika ibu itu benci pada anaknya, jangan hairan suatu hari nanti bila ibu itu sudah tua atau anak sudah remaja, dia pula akan benci pada ibunya. If you continue this way of parenting you are moving towards a destruction in your relationship with your child.
Ambillah langkah membetulkan corak parenting anda dan berusahalah. Mungkin akan payah, namun jika dibuat dengan ikhlas, ganjaran baik akan puan raih InsyaAllah.
Semoga perkongsian Ibu kali ini membantu anda dalam parenting.
Bila selalu dimarah, bahagian otak mana yang berfungsi? Jom cuba jawab 😉
Salam Kasih,
Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)
Sumber: Ibu Rose
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Anak-anak Mama dah start merangkak laju?
Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!
Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).
Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Berjaya Susukan Bayi Secara Eksklusif, Konsultan Laktasi Nasihatkan Jangan Perkenalkan Puting Botol Terlalu Awal

Kalau niat anda nak bagi bayi susu ibu secara eksklusif, jangan perkenalkan puting botol susu terlalu awal. Ia hanya akan menggagalkan penyusuan eksklusif susu ibu.
Selain dari itu bab penyusuan ini sebaiknya ibu-ibu rujuk kepada mereka yang benar-benar pakar dan berkelayakan memberi nasihat kerana bimbang tersilap bagi ilmu maka ibu yang pertama kali mempunyai anak gagal untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu secara eksklusif.
Menurut Pakar Pediatrik/Pengasas Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak ADDA dan juga Konsultan Penyusuan yang berpengalaman, Dr Hairin Anisa Tajuddin berkongsikan ilmu yang mesti difahami oleh semua ibu mengenai penyusuan susu ibu.
Klu nak share ilmu breastfeeding, tolong tengok background orang tu drpd University of Life ke or mmg ada knowledge & experience & sijil yg diiktiraf & selalu kendalikan masalah2 penyusuan susu ibu setiap hari….
Orang yg suka share kerana ingin cari publisity & business hidden agenda….selalunya akan beri ilmu sesat. Nasihat saya berhati2lah ye.
Mengapa bottle teat tak dibenarkan diberikan kpd bayi baru lahir ?
Ia bukan disebabkan oleh hanya kerana takut baby tak nak direct feed or direct latch shj
Terlalu banyak impact lain yg menjadikan failure to exclusive breastfeeding.
Apakah segala impactnya, so kena belajar physiology penghasilan susu ibu, psychology newborn & mechanism of suckling.
Newborn dilahirkan utk dikasihi & diberikan khasiat susu ibu secara optimum dgn penghisapan secara direct.
1) Neuroendocrine ; oxytocin release
Perlu difahami bhw baby menghisap direct dgn body yg saling bersentuhan dada ke dada or perut ke perut meransang kelenjar pituitary otak kedua2 ibu & bayi utk merembeskan hormon Oxytocin yg merupakan hormon cinta….yg memberikan pelbagai kebaikan.
Oxytocin akan meningkat secara beritma setiap kali bayi dipeluk & ini akan menstabilkan emosi ibu & bayi, menstabilkan tekanan darah & degupan jantung bayi & ibu, mengecutkan rahim ibu dgn cepat mengurangkan risiko post partum hemorhage, selain drpd memancutkan susu ibu dgn laju (MILK EJECTION REFLEX)
Bayangkan klu dlm masa 3 hari kelahiran, bayi dah diajarkan bottle feeding wlpn susu ibu. Pelukan dada ke dada tak boleh berlaku secara maksima…then buat selang seli pulak tu….mungkin bayi boleh belajar suckling ke 2 jenis teat (breast ibu & bottle teat) tapi selamatkah pemberian bottle ini??
Dapatkah ia meransang rembesan oxytocin secara berterusan?? Fikirkanlah sendiri ye…
2) Kenali Colostrum pada awal kelahiran dlm 5 hari pertama.
Kena faham bhw susu awal2 kelahiran ini ialah susu kolostrum yg pekat & memang sukar utk diperah…bukan semua ibu mampu nak keluarkan susu yg banyak pada awal2 kelahiran utk berikan kpd bayi melalui bottle. Jika ada susu yg banyak pun, penghisapan bayi shj yg mampu mengeluarkan susu semaksima yg mungkin utk mengelakkan penyumbatan susu yg pekat & likat ini. Bayi menghisap dgn efektif menggunakan 2 mekanisme positive & negative pressure. Sedangkan pengepaman gunakan negative pressure suctioning the breast.
Justeru bila ibu sibuk nak mengepam awal2 kelahiran sbb nak ajar baby pakai botol, akibatnya ada banyak masalah boleh berlaku one after another
- i) breast ibu akan tersumbat akibat pengeluaran susu colostrum (pekat mcm glue) yg TIDAK EFEKTIF —> susu jd oversupply sbb ibu kerap mengepam (tujuan nak keluarkan susu sbb nak bg pakai botol)
—> Oversupply akan leads to Lactose abundant boleh sbbkan baby COLIC…
Oversupply boleh sebabkan gland membengkak & mastitis.
Jika baby hisap direct selang seli dgn botol, baby akan kenyang separuh masanya dgn botol & hisapan direct berkurangan.
Keadaan akan jd lebih teruk bila baby kurang menghisap…sumbatan yg perlahan2 terbentuk tanpa disedari….lama2 akan blocked ducts yg sangat teruk kemudian hari sehingga mastitis & bernanah….
- ii) Ada ibu yg mula mengepam dgn mesin pump pada awal2 kelahiran, sbb alasan nak ajar baby feed pakai bottle or nak tahu berapa jumlah susu, akan feel frustrated sbb pump tidak mampu mengeluarkan susu yg pekat bernama kolostrum ini…lantas berasa kecewa & merasa susunya sedikit shj. Jika ibu2 yg cuba perah guna tangan tapi dgn teknik yg tak betul juga akan rasa perit di breast or kulit melecet (saya selalu jumpa kes ni)
3) Physiology of Milk Production from mammogenesis until galactopoiesis 3
Breast boleh mengalami bengkak yg sangat teruk sbb physiology of milk production within 1-2 week ialah GALACTOPOEISIS 2, di mana walaupn tanpa hisapan bayi pun susu akan dihasilkan dgn banyak sbb sudden drop in estrogen level (postnatal physiology). Ditambah lagi dgn ibu pam dgn kerap…
Lagilaa breast sangat over ransangan!!
What do you think what will happened??
4) Postanatal mother need to rest & both mom & baby need to established direct breastfeeding.
Dont you think that mom will feel exhausted??
Dah laa waktu pantang kena berehat banyak, ada pulak makhluk yg ajar suruh pump utk ajar baby pakai botol. Padahal waktu inilah masanya baby nak established feeding & kena belajar pegangan baby masa DF dgn betul. Pegang baby masa bg botol & DF sangat berbeza!! Faham tak??
Abis…bila masanya mak dapat rehat? Pump lagi, susukan lagi, selang seli BF & Bottle pulak…..tripple work to do!! This is nonsense!!
5) Maximum protection for baby’s HEALTH.
Mammary glands ada probiotic & prebiotic utk ptotect baby from infection (kuman jahat). Hanya direct Breastfeeding shj dpt ensure baby get mammary glands punya effect ini.
Klu dah bg pakai botol…risiko infection sangat tinggi…kena sterilekan selalu (tambah kerja lg), malah bayi berisiko mendapat jangkitan kulat dlm mulut – Oral Candidiasis…
Yang ada makhluk Allah yg nak mengajar ajaran sesat & melanggar STEP 9 BFHI yg dah tentunya banyak reference from researches tu kenapa??
Berdasarkan kreativiti pemikirannya sendiri tanpa melihat kpd impak negative akibat ajarannya yg tidak bersandarkan rujukan evidence based.
Nasihat kpd semua ibu2 yg nak berjaya menyusukan sepenuhnya…please jangan ikut2an sebarangan…later your life will be upside down.
Astaghfirullah…
Bila ingin menuntut ilmu pastikan ada research yg menyokong….bukan semborono drpd google & FB & experience sendiri.
Wassalam
Sumber: Hairin Anisa Tajuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Maafkan Semua.” Suami Minta Hentikan Kecaman Tak Mahu Emosi Isteri Terganggu

“Kami maafkan dan halalkan semua kecaman warganet. Kami tidak meminta perkara yang menakutkan ini berlaku, lebih-lebih lagi kepada isteri yang sarat mengandung.
Demikian luahan lelaki yang dikenali sebagai Nahiz, 32, suami kepada seorang wanita mengandung yang dikecam warganet selepas disahkan positif Covid-19.
Pasangan itu yang tinggal di Ampang, Kuala Lumpur ke Kuala Krai kerana isteri mahu pulang bersalin di rumah ibu bapanya.

Nahiz mengakui dia amat terkejut sejurus mengetahui isterinya disahkan positif Covid-19.
“Ketika itu perasaan saya bercampur baur kerana perkara yang sebelum ini menjadi kebimbangan (Covid-19) tiba-tiba berlaku kepada orang tersayang.
“Sekiranya saya tahu dia positif Covid-19 sebelum pulang ke kampung. Pasti saya tidak akan membenarkan dia bersalin di Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Hantar isteri balik kampung ikut SOP
Menurutnya, dia terpaksa menghantar isterinya bersalin anak kedua di Kuala Krai atas faktor kekangan tugas sebagai juruteknik yang memaksanya terus berkhidmat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nahiz berkata, isterinya dijangka bersalin antara seminggu hingga dua minggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Saya bimbang keselamatan isteri bersama anak sulung berusia 4 tahun di rumah kerana waktu pekerjaan saya tidak menentu.
Dia berkata, lebih mengejutkan kecaman yang dilontarkan kepada mereka terutama isteri melampaui batas.
Menurutnya, isterinya terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook miliknya dan berdepan kemurungan akibat kecaman tersebut.
“Bagaimanapun saya lega apabila ‘emosi’ isteri berada dalam keadaan tenang dan kami sentiasa berhubung melalui telefon.
“Saya doakan isteri dan anak di dalam kandungan diberikan kekuatan untuk melalui semua ini dan cepat sembuh. Tiada orang yang meminta mereka ditimpa musibah, kami reda dengan ujian ini,” katanya.
Nahiz berkata, dia berterima kasih pada keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada isteri untuk melawan penyakit tersebut,” katanya yang turut sebak mengenangkan ujian menimpa isterinya itu.

Anak sulung dan ahli keluarga terdekat negatif Covid
Sementara itu, anak sulung kepada wanita ini didapati negatif virus itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kanak-kanak berusia 4 tahun itu termasuk 20 kontak rapat yang juga negatif Covid-19.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan mangsa mendapat virus berkenaan daripada suami kerana mangsa adalah suri rumah.
“Setakat ini alhamdulillah hanya wanita itu didapati positif Covid-19 manakala 20 kontak termasuk anak mangsa negatif.
“10 lagi kontak dengan pesakit berkenaan akan menjalani ujian saringan,” katanya.
Dr Zaini berkata, ujian saringan juga akan dilakukan terhadap bayi dalam kandungan selepas wanita itu bersalin dan tidak memerlukan pembedahan.
“Kami akan memberikan perkhidmatan terbaik di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika wanita itu melahirkan bayinya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN [Wanita Hamil Pulang Ke Kelantan Untuk Bersalin Tapi Disahkan Positif Covid-19, KKM Cari Kontak Rapat]
Pemantauan di rumah 2 jam sekali
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, polis akan menjalankan pengawasan dan pemeriksaan terhadap kesemua rumah kontak rapat berkenaan sepanjang Aidilfitri.
“Kesemua kontak didapati negatif tetapi perlu berada di rumah dan tidak boleh menerima tetamu ketika sambutan hari raya. Pemantauan akan dijalankan mungkin setiap dua jam sekali,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI