Mengajar anak memegang pensel juga satu faedah. Dengan hanya sebatang pensel dan sehelai kertas, dia boleh menerokai pelbagai perkara baru sambil menajamkan skil. Anak seronok menconteng dan dalam masa yang sama otaknya di stimulasi.
Menurut Puan Mahfuzah Zainol, Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia berkongsikan tentang faedah mendedahkan pensel kepada si kecil dari seawal usia setahun. Jangan hadkan kepada pensel dan kertas sahaja, pelbagaikan medium dan peralatan agar aktiviti tidak membosankan. Krayon, pensel, kapur, batu, lidi adalah antara peralatan yang boleh digunakan untuk menconteng, melukis dan menulis.
Apabila anak berumur 1 setahun lebih ke 2 tahun lebih sudah boleh pegang pensel, dia akan buat apa?
Menconteng!!! Begitulah jawapan yang saya akan dapat. Hehe.
Namun realitinya dalam masyarakat kita, jika pegang pensel saja, mesti nak tulis huruf dan nombor. Mari kita ubah, menulis tidak semestinya berkaitan akademik.
Memegang pensel boleh
#1 Menjana kemahiran visual persepsi
#2 Koordinasi motor
#3 Merangsang kreativiti (as it stimulates left and right brain to function).
Memang sungguh, kemahiran memegang pensel sangat penting, sama penting seperti kemahiran bermain juga.
Jangan abaikan jika mereka masih tidak boleh memegang pensel dengan tahap umur mereka.
Bermain dengan pensel dan practice menconteng dari sekarang.
Terdapat 5 fasa kemahiran menulis yang boleh dipraktikkan mengikut peringkat umur.
Umur 1-2 tahun
Gunalah apa sahaja bahan yang boleh digunakan untuk menconteng. Krayon, pensel, kapur, batu, lidi dan sebagainya.
Umur 2-3 tahun
Fasa ini boleh guna dot-to-dot atau garisan putus-putus.
Umur 3-4 tahun
Ketika ini peranan ibu bapa untuk mengajar membuat gerakan bentuk untuk menulis dan melukis. Belajar melukis.
Umur 4-5 tahun
Boleh mula menyalin bentuk-bentuk yang dilihat, pada masa yang sama practising visual perceptual skills. Sangat baik.
Umur 6 tahun ke atas
Peringkat ini sudah boleh ajar menulis nama sendiri. Boleh ‘pick’ nama pendek dahulu ya. Nama penuh boleh belajar kemudian.
Ada teknik nak mengajar menulis melalui memori jika seseorang kanak-kanak tersebut ada low performance in memory.
Gunakan teknik forward and backward chaining.
Rasanya saya pernah share pasal teknik ini untuk menulis nama. ?
Kesemua fasa kemahiran menulis ini saya telah praktikkan bersama klien dan anak sendiri juga. Sangat berkesan.
Dan harus diingat, menulis tidak seharusnya ada kertas. Boleh buat atas permukaan selain kertas juga!!
Sumber: Puan Mahfuzah Zainol
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)