Setiap anak mempunyai minat dan kecenderungan tersendiri dalam menentukan hala tuju pembelajaran mereka. Ada yang gemar melukis, bermain alat muzik atau aktif bersukan. Namun, berbeza dengan anak kembar kepada angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr. Halina Mohd Yunos, iaitu Sheikh Adam, yang menunjukkan minat mendalam terhadap matematik dan algebra sejak usia lapan tahun.
Anak Sheikh Muszaphar Minat Algebra Sejak Usia Kecil
Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi video yang menunjukkan Adam begitu teruja mempelajari algebra, walaupun usianya masih di sekolah rendah. Dalam perkongsian tersebut, Dr. Sheikh mendedahkan bagaimana anak lelakinya itu sanggup menggeledah bilik kakaknya, Bella, semata-mata mahu mencari buku matematik dan algebra untuk dibaca sendiri.
“Ini Adam, penggemar algebra. Banyak kali dia menggeledah bilik Bella (kakak) mencari buku matematik, algebra, trigonometri, bulatan dan pemfaktoran. Dia melakukannya sendiri dan sentiasa ingin tahu mencari ilmu. Dia akan mencari bantuan saya jika perlu, Alhamdulillah,” tulis Dr. Sheikh.
Minat mendalam terhadap dunia angka ini bukan sesuatu yang biasa bagi kanak-kanak seusianya. Lebih mengagumkan, anak Sheikh Muszaphar minat algebra bukan sekadar untuk keseronokan, tetapi telah membuktikan kecemerlangan apabila memenangi pingat perak dalam Pertandingan Matematik Olympiad (OMC) peringkat antarabangsa pada awal Oktober lalu.
Ads
Didikan Ibu Bapa Jadi Asas Kecemerlangan
Selain bijak dalam akademik, Adam turut pernah menerima Anugerah Ikon Murid Cemerlang dan Tulisan Tercantik 2024, menunjukkan keseimbangan dalam kemahiran kognitif dan kreatifnya. Sebagai ibu bapa, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina dikenali dengan pendekatan pembelajaran aktif dan menyeronokkan di rumah.
Mereka memberi kebebasan kepada anak-anak untuk meneroka minat masing-masing, sambil terus memberikan bimbingan dan sokongan. Pendekatan ini jelas menunjukkan bahawa minat dan bakat anak boleh dipupuk sejak kecil apabila diberikan ruang dan galakan yang betul. Dalam kes Adam, minat terhadap algebra lahir daripada rasa ingin tahu dan dorongan semula jadi untuk memahami sesuatu dengan lebih mendalam.
Ads
Algebra: Asas Kepintaran Sains dan Teknologi
Walaupun sering dianggap sebagai subjek sukar, algebra sebenarnya memainkan peranan besar dalam kemajuan dunia moden. Ia menjadi asas kepada pelbagai bidang penting seperti sains, kejuruteraan, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem komputer. Menariknya, perkataan “algebra” sendiri berasal daripada karya ilmuwan Islam terkenal, Al-Khwarizmi, melalui bukunya Al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal-Muqabala yang ditulis pada abad ke-9.
Dari sinilah lahir pelbagai formula dan teori moden yang digunakan hingga ke hari ini. Minat seperti yang ditunjukkan oleh anak Sheikh Muszaphar minat algebra ini membuktikan bagaimana ilmu klasik terus menjadi asas kepada kemajuan sains dan teknologi moden.
Ads
Galakkan Anak Belajar Dengan Minat
Kisah Adam menjadi inspirasi buat ibu bapa agar terus menyokong minat anak-anak tanpa paksaan. Apabila anak diberi peluang untuk meneroka dunia ilmu mengikut kecenderungan mereka, mereka akan belajar dengan penuh semangat dan rasa seronok.
Siapa tahu, minat mendalam Adam terhadap algebra hari ini mungkin menjadi langkah pertama menuju masa depan yang cemerlang dan mungkin suatu hari nanti bakal menjadi pakar sains atau jurutera hebat negara. 🌟
Pa&Ma mengucapkan tahniah buat Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina kerana berjaya membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan semangat ilmu yang tinggi. Kisah anak Sheikh Muszaphar minat algebra ini wajar dijadikan inspirasi buat semua ibu bapa moden untuk terus memupuk kecintaan terhadap ilmu sejak kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih ibu, Azrinaz Mazhar Hakim tidak pernah lupa titip ucapan hari lahir buat Putera Abd. Wakeel. Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menitipkan ucapan istimewa buat anak lelakinya, Putera Abd. Wakeel yang menyambut ulang tahun ke-18.
Azrinaz, 44, turut memuat naik gambar bersama puteranya itu berserta ucapan dan doa.
“Selamat ulang tahun ke-18 kepada putera raja yang dikasihi. Semoga menjalani hari yang istimewa dan bahagia.
“Semoga dilimpahi dengan kasih sayang dan diberkati. Kehadiranmu sesuatu yang amat bermakna dalam hidup dan berasa bersyukur kerana memilikimu. Saya menyayangimu selamanya,” tulisnya di Instagram.
Perkongsian Azrinaz mencuri perhatian rakan artis dan juga warga maya. Ramai turut mengucapkan selamat ulang tahun buat anakanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu.
Untuk info Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005, sebagai isteri kedua. Bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.
Selain Putera Abd. Wakeel, Azrinaz turut memiliki seorang anak perempuan bersama Sultan Brunei iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Azrinaz mendirikan rumah tangga semula bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan, Azrinaz dan suaminya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 5 dan Atheera Medinah, 3.
Benar, kita tidak tahu bagaimana ujian yang bakal kita tempuhi di hadapan kelak. Menyedari keadaan itu, pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya.
Malah kata Hafiz lagi, dia juga meminta isterinya, Syafiqah Aina untuk tidak terlalu mempercayai dirinya dan meminta telefon bimbitnya sentiasa diperiksa isterinya.
Semua ini dilakukan bagi mengelakkan isu kecurangan dalam rumah tangga mereka.
“Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga’.
“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya.
“Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Hafiz lagi, dia sendiri sering berpesan kepada isterinya untuk tidak meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi buat dirinya.
“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.
“Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang- kurangnya ada perasaan takut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hafiz dan Aina yang mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Bapa buat ujian DNA, sangsi bila anak ‘terlalu cantik.’ Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Bapa Buat Ujian DNA, Sangsi Bila Anak ‘Terlalu Cantik’
Kecurigaan lelaki itu ternyata benar apabila ujian DNA berkenaan mengesahkan bahawa dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan tersebut.
Bagaimanapun punca kejadian itu bukan disebabkan oleh isterinya yang ‘bermain kayu tiga’ sebaliknya anak sebenar mereka tertukar dengan bayi lain.
Selepas DNA itu disahkan, wanita yang dikenali sebagai Hong itu membawa diri bersama anak perempuannya berpindah ke ibu kota, Hanoi.
Tindakan itu memaksa anak perempuannya yang dikenali sebagai Lan berpindah sekolah, yang mana insiden itu secara tidak sengaja mendedahkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku selama ini.
Di sekolah baharu Lan berkenalan dengan seorang kawan perempuan, yang didapati rekod kelahirannya sama dengannya dan dilahirkan di hospital yang sama.
Pada suatu ketika dalam satu majlis hari jadi ibu sebenar kepada Lan terkejut melihat Lan persis dirinya yang sekali lagi meminta ibu Lan membuat ujian DNA.
Sekali lagi, ujian itu mengesahkan bahawa mereka sebenarnya telah bertukar sejak lahir, mungkin disebabkan oleh kesilapan kakitangan hospital.
Kini, kedua-dua keluarga itu kerap menghabiskan masa bersama, tetapi laporan tidak mendedahkan sama ada mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut. – Agensi
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.