Pelawak dan pengacara terkenal Shuib Sepahtu sama juga seperti ibu bapa lain yang mendidik anak-anaknya berpuasa sejak usia kecil lagi.
Mengejutkan anak-anak kecil bangun bersahur bukan tugas yang mudah. Maklum sahaj tengah enak dibuai mimpi tiba-tiba kena kejut bangun makan mesti ramai kanak-kanak yang akan meragam.
Bagaimanapun sebagai ibu ayah, Shuib dan Sarah Raissuddin tidak mahu membiarkan anak-anak mereka terlepas peluang merebut pahala sunnahnya bersahur yang sangat digalakkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
Baru-baru ini Shuib memuat naik video gelagat dua anaknya Uwais Al-Qarni, 7 dan Dzahira Talita Zahra, 5, bangun bersahur dengan mata yang masih tertutup.
Anak siapa klu sahur mcm ni…Sahur mata tutup
Dalam video tersebut menunjukkan Uwais yang masih mengantuk tetap meneruskan sahurnya demi semangat untuk berpuasa. Dia yang disuap makan oleh atuknya Raissuddin Hamzah tetap mengunyah makanan walaupun dengan mata masih terpejam.
Manakala Talita yang manja dengan panggilan Dekta yang disuap oleh Shuib pula nampak betul-betul mengantuk dan terpaksa makan sahaja.
Nampaknya Shuib dan Sarah betul-betul bersabar melayan kerenah anak-anak mereka waktu bersahur.
Perkongsian tersebut mendapat respon daripada ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman diri sendiri semasa masih kecil serta setelah menjadi ibu bapa.
Kalau perkongsian video terdahulu menunjukkan atuk yang menyuap cucunya makan waktu bersahur, hari ini Shuib berkongsi lagi video gelagat anaknya yang masih lagi disuap oleh atuknya sambil mata terpejam.
Tetapi kali ini dua orang atuk sekaligus datang bagi semangat dan sokongan untuk si cucu bersahur dan berpuasa. Alhamdulillah, si kecil mendapat rangsangan positif daripada keluarga tersayang untuk belajar menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.
Harini dua atok tlg sahurkan cucu2nya…tak boleh bukak mata lagi ??? .
Nabi SAW bersabda, “Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” (HR Ahmad)
Wah, bila dua orang atuk bergabung nak pastikan cucu-cucunya bersahur memang seronoklah.
Ramai netizen memuji kesabaran atuk Raissuddin yang tetap menunggu Uwais mengunyah perlahan makanan dalam mulutnya untuk disuap lagi.
Yang lagi lucu bila atuk berdehem suruh si cucu sambung mengunyah bila dia tertidur semula.
Bestnya dua-dua atuk ada
Tahniah Shuib dan Sarah yang berjaya mendidik anak-anak belajar berpuasa sejak kecil lagi. Semoga mereka dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah nanti.
Sumber: Instagram shuibsepahtu