Rezeki yang tak nampak tetapi situasi ini selalu berlaku dalam rumah! “Along…sudah tu. Jangan nyakat adik lagi. Kang ada yang menangis.” “Bek..bek..bek..bek..”, Along buat muka mengejek pada adiknya. “Uwekkk..” Angah balas dengan menjelirkan lidahnya.
Bingit rumah bila dua beradik ni saling melawan ejek. “Aduii…korang ni kan. Sudah sudah lah tu..Kalau nangis nanti, jangan cari mak. Mak dah pesan, bukan tak pesan.”
Tiba-tiba, “Waaaaa….”. Adik menangis. Aaaa…mak dah kata dah. Selesaikan sendiri. Mak tak nak campur. Pandai cari pasal, pandaila betulkan balik.”
Biasa tak jadi benda macam ni kat rumah? Ha..lagi bila pkp ni kan..semua dalam rumah. Musim raya pun ada je adengan usik mengusik, nyakat menyakat kan.
Sabru minal imann… Sabar itu sebahagian dari iman. Rezeki juga bila jadi begini. Rezeki yang nyata memang kita nampak. Namun rezeki yang tidak nyata memerlukan kita lebih peka dan bersyukur kepada sesuatu yang mungkin nampak remeh.
Contoh, anak-anak yang aktif, suka bermain dan bertanya, itu adalah rezeki yang tidak nampak. Kerana bila-bila masa sahaja itu boleh bertukar dan nauzubillah, kita akan azab jika ianya bertukar. Tidak dapat hendak dibayangkan jika anak yang aktif atau terlalu banyak akal itu jatuh sakit dan tidak bermaya untuk melakukan sesuatu, walaupun setapak berjalan.
Ads
Betul tak? Ala…cer pandang situasi tadi. Apa perkara yang boleh disyukuri?
Alhamdulillah anak-anak sihat.
Alhamdulillah anak-anak ada rumah untuk didiami.
Alhamdulillah anak-anak aktif dan cergas.
Alhamdulillah anak-anak sedang belajar bersosial lebih baik.
Alhamdulillah Allah sedang didik aku jadi mak yang lebih sabar.
Haa…nampak tak? Kalau nak senaraikan kesyukuran, banyak je perkara yang boleh disyukuri. Lagi satu rezeki yang tidak nampak adalah masalah yang kita hadapi setiap hari besar mahu pun kecil.
“Ehh…kenapa Ibu kata MASALAH pun REZEKI?” Ya rezeki tu, kerana tanpa masalah-masalah itu, kita tidak akan menjadi lebih baik dari semalam.
Contoh, jika anak-anak jatuh sakit dan kita tidak dapat tidur dan berehat langsung; tanpa kita sedar, kita diberi suatu kesabaran yang luar biasa dan kuasa yang sangat hebat sehinggakan, kita tetap boleh berfungsi dengan baik.
Ads
Malah, kita juga menjadi lebih rapat kepada Allah, kerana kepadaNya sahajalah tempat untuk kita menangis, meminta dan berdoa agar anak kita yang amat kita kasihi itu sihat kembali.
Fikir-fikirkanlah, dari mana datang segala kekuatan menyelesaikan masalah itu. Itu juga rezeki. Dan dariNyalah ia datang.
Jaga hati kita, jangan izinkan terbit dengki yang menjadi punca caci dan maki dan menghukum orang lain itu bertapak di hati itu. Bila hati kita bersih, kita nampak rezeki-rezeki Allah itu.
Ads
Anak-anak makan bersepah.
Alhamdulillah ada makanan untuk mereka makan hari ini.
Anak-anak panas dalam rumah kecil.
Alhamdulillah masih ada rumah untuk berteduh.
Anak-anak menconteng dinding.
Alhamdulillah sel-sel otak anak-anak berhubung dengan baik.
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah..
Bila hati kita nampak rezeki-rezeki itu semua, kita menjadi lebih berlapang dada mendidik anak-anak kita. Cubalah buat perkara ini bagi yang belum biasa, nanti sayang akan merasakan kelainan yang sangat nikmat.
Bila anak tengah belajar, macam-macam idea dia. Sekejap nak ke tandas, nak minum air lah. Tak cukup dengan tu, ada saja alasan untuk mengelak dari belajar. Memang tak dinafikan agak susah untuk anak-anak kekal fokus, maklumlah ada saja yang mengganggu perhatian mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh Zarina Anjoulie atau lebih mesra dikenali sebagai Anju di Instagram, untuk membuatkan anaknya Martin Ezra Mikael kekal fokus ketika belajar, dia siap bermain gendang!
“Salam, ni lah budak-budak asal nak study je mengantuk la, tiba-tiba lapar la nak makan, nak ter’berry’ lah, pemadam terjatuh la, tiba-tiba telinga sakit lah.
Takpa Mama ada ubat tak kasi ngantuk, aku hentak je gendang tu sebelah dia kasi semangat, biar hilang ngantuk tu, takda lagi alasan ya, esok Mama beli trompet.”
Main Padan Warna Batang Aiskrim, Bantu Anak Fokus!
Untuk bantu anak-anak lebih fokus, bolehlah ajak mereka untuk buat aktiviti ini bersama. Aktiviti memadankan warna pada batang aiskrim. Caranya, tebuk lubang pada kotak secara menegak, melintang atau serong. Bukan saja-saja tetapi potongan berbeza ini untuk membantu anak mengawal tangan ketika mereka masukkan batang aiskrim.
Kemudian bolehlah beri batang aiskrim berwarna pada anak dan minta mereka masukkan ke dalam lubang. Biar mereka buat sendiri dan hanya bantu apabila perlu.
Boleh dimain seisi keluarga untuk melatih anak tentang kemahiran menunggu giliran dan erti sabar.
Ramai ibu bapa merungut susah nak ajar anak duduk dalam car seat. Letak je terus menangis. Itu belum lagi yang meronta dan meraung supaya diangkat.
Dalam keadaan ini, kebanyakan ibu bapa akan terus mengalah kerana tak sanggup dengar anak menjerit. Cara ini memang boleh buat anak diam tetapi kita tak tahu apa akan berlaku dalam kenderaan yang dinaiki jika tiba-tiba berlaku kemalangan.
Perlu tahu sejak awal lagi biasakan anak duduk dalam car seat, sebenarnya lagi mudah. Ibu bapa kena keraskan hati. Jika setakat merengek sikit-sikit biarkan je. Lama-lama anak akan faham dan dengan sendirinya bersedia duduk dalam car seatnya sendiri apabila naik kereta.
Bagi ibu kepada tiga orang anak, Masturah Abu Bakar, dia ada berkongsi tipnya sendiri ajarketiga-tiga anak duduk dalam car seat walaupun diawalnya melalui pengalaman sukar seperti ibu bapa lain.
Ada yang tanya, macam mana train anak dalam carseat? Nampak duduk elok je. Itu masa nampak elok la, masa menjerit tak nampak lagi. Haha
So tips nak pastikan anak duduk dalam carseat:
1) Pekakkan telinga
Lepas habis suara dia menangis, bila dah tekak tu perit sebab menjerit, nanti dia berhenti la tu. Lagi bagus bila dia terus tidur.
2) Keraskan hati
Jangan pulak bila dah tengok anak menjerit semacam, kita yang buka ambik dia dari carseat. Anak-anak atas setahun dah pandai manipulasi. Sekali kita dah buka, diorang akan buat strategi yang sama untuk kerah kita buka lagi. So keraskan hati ya.
3) Rasuah makanan sebab dengan makanan je dia orang duduk diam mengunyah
4) Kalau jalan jauh kena berhenti tiap 2 jam. Macam kita la orang dewasa lenguh-lenguh juga kan.
5) Kalau anak yang dah besar boleh bagi tengok video kemalangan dan kanak-kanak tercampak dari kereta. Mesti dia orang seram
ARTIKEL BERKAITAN: [Semua Ingat Cedera Teruk! Kereta Terbalik Car Seat Selamatkan Nyawa Bayi 4 Bulan]
6) Anak yang masih kecil boleh bawa bercakap, atau menyanyi atau buat je lah apa-apa nak suruh dia diam.
Tip ini yang dipraktikkan sejak dari anak pertama dan semuanya jadi mudah bila anak faham. Walaupun diawalnya susah percayalah lama-kelamaan anak akan mahu dengan sendirinya.
Hanya beberapa tahun dapat hidup bersama, perancangan Allah lebih dari segalanya. Ajal, maut, rezeki, jodoh semuanya Dia yang tahu. Hati isteri mana yang tak sedih, bila dapat berita suami yang begitu baik pergi menghadap ilahi dalam keadaan diri belum bersedia dan anak-anak masih kecil.
Lagi menyedihkan pemergian suami selepas hampir seminggu arwah menyambut hari lahirnya yang ke-32 dan pada tarikh kematiannya itu pada hari kelahiran ibunya sendiri benar-benar meninggalkan kesedihan buat seluruh ahli keluarga. Ini kerana hari yang sepatutnya diraikan bertukar menjadi tragedi hiba.
Bukan itu saja, hasrat arwah untuk membawa anak dan isteri makan diluar selepas pulang kerja juga tak kesampaian selepas terlibat dalam kemalangan.
Menerusi apa yang dikongsikan di Facebook isteri arwah iaitu Najwa Mohd Daud, pemergian arwah suami, Mohamad Razin bin Azhar ibarat sesuatu yang sukar tetapi demi dua anak yang masih kecil hidup perlu diteruskan walaupun dalam hati Allah yang tahu.
Sebak baca luahan ibu anak dua berusia setahun dan empat tahun ini.
Selalu Sebut Pasal Mati
Bangun-bangun tidur suami aku dah takda. Betul-betul dah tak balik lagi dekat aku ngan anak-anak. Allah tak kuat rasanya. Tak tahu nak cakap macam mana. Bila ingat balik banyak tanda-tanda arwah nak pi. Suka sebut pasal mati! Tak sangka betul betul terjadi. Dia pernah cakap macam mana kalau papa mati. Macam mana dengan Aayla. Boleh ke Aayla hidup tanpa papa? Betapa sayangnya dia dekat anak dia. Anak dia tu baru 3 tahun lebih boleh dan fikir macam mana nanti Aayla kawin boleh ke dia lepas anak dia?
Aku terus kata kat dia anak B kecik lagi kut. Takkan dan dah fikir sampai macam tu. Lagipun kalau Aayla dan besar takkan kita tak kasi kawin. Siapa nak jaga dia nanti tua. Gelak dia hihi. Masa Razin accident ada seorang adik ni hantar gambar, dia kata kak cuba tengok motor abang baby kaka. Aku tengok tengok terus meraung macam orang gila. Dengan anak anak sekali nangis. Aku yakin tu suami aku. Aku kenal tali pinggang dia. Aku kenal baju keja dia. Suami aku tu.. Allah.
Apa yang lagi menyedihkan, sebelum suami meninggal dunia, dia sempat berbual mengenai anak kecilnya. Arwah selalu bimbang jika dirinya meninggal dunia bagaimana nasib anak-anak perempuannya itu.
Suami Dalam Keadaan Sujud, Luluh Hati Tengok Keadaannya
Aku call suruh adik aku datang rumah cepat. Nak pi tempat kejadian. Nampak ambulan kejar ambulan. Tapi aku yakin bukan laki aku dalam tu. Buat voice kat adik yang antar gambar kat aku tu. Tanya dia Liza yang ambulan bawak tu sapa? Dia balas yang ambulan bawak tu orang lain. Abang depa dah tutup dengan plastik hitam. Allah meraung aku pi tempat kejadian aku lari nak pi kat suami. Tapi ada yang halang. Duduk aku ngan Aayla kat situ tengok suami dah takda. Yaa dalam keadaan SUJUD..Dia pecah kepala blah belakang mungkin terlampau sakit sampai dia sujud..Subahanallah.
Masa pi bilik mayat nak cam mayat suami. Ya betul tu suami aku. Muka dia bengkak kepala dia teruk. Tulang peha dia terkeluar dan lutut dia pecah. Doktor kata dia cedera parah dikepala..Allah. Berat nya ujian kami anak beranak dan keluarga. B rehat la B, B selalu cakap B penat B letih. B selalu sakit kepala. Tidur la B dirumah baru B. Sayang kat sini akan selalu doakan B. Sampai sekarang sayang masih tak percaya yang B dah takada. 2 hb birthday mak B. Tarikh ni juga B pergi tingglkan kami semua. 28.08 baru je B masuk 32 tahun. B meninggal diusia B muda..Allah Allah Allah..
Ketika dikhabarkan berita sedih ini, hanya tangisan seperti tidak percaya kerana perginya arwah suami dalam keadaan diri belum bersedia dan anak-anak masih memerlukan kasih sayang seorang ayah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.