Fasa perkembangan anak-anak amat penting dan perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang berlaku di sekelilingnya akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa depan. Kanak-kanak adalah golongan yang berada dalam proses tumbesaran yang unik.
Perlu juga diketahui, perkembangan setiap kanak-kanak adalah aspek yang lebih mencabar kerana setiap daripada mereka mengalami perkembangan berbeza dari segi kemahiran dan kebijaksanaan.
Oleh itu, untuk kanak-kanak terus membesar dan mempunyai perkembangan yang bagus, mereka perlu disokong dengan keperluan pemakanan sihat dan kaya nutrisi dari pelbagai sumber.
Bagi ibu bapa, penting untuk menyediakan pemakanan sihat dan seimbang untuk anak-anak kerana lagi awal dibiasakan, tiada masalah dalam pemilihan makanan. Ia juga dapat membantu mencapai kebolehan anak dalam pelbagai aspek.
Sokong cita-cita anak membesar dengan berjaya
Bukan itu saja, sebagai ibu bapa pastinya telah menaruh harapan yang tinggi untuk setiap anak. Melihat mereka berjaya dengan cemerlang adalah impian sejak anak itu dilahirkan. Jadi apabila anak mula masuk alam persekolahan, soalan yang selalu ditanya “Apa yang kamu ingin jadi apabila besar?”
Doktor, juruterbang, jurutera, guru, saintis dan sebagainya adalah jawapan yang akan keluar dari mulut anak-anak. Jika jawapan ini diberikan dengan penuh yakin, bermakna ia akan menjadi pembakar semangatnya dalam mengharungi kehidupan. Misalnya, jika anak bercita-cita untuk menjadi doktor, sudah tentu dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya itu.
Namun bagaimana untuk ibu bapa nak merealisasikan impian ini supaya benar-benar jadi kenyataan. Ini antara salah satunya.
Bagi memastikan si kecil anda terus mendapatkan nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan optimum mereka, DUTCH LADY MaxGro terbaru dapat membantu memenuhi keperluan si kecil anda.
DUTCH LADY MaxGro juga mengandungi 9EAAˇ & DHA untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak dengan menyeluruh. DUTCH LADY merupakan jenama tenusu yang dipercayai oleh ibu-ibu di Malaysia dengan kualiti dan nilai pemakanan yang baik untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak.
Jangan teragak-agak untuk memberikan pengalaman bermakna buat anak-anak kita disamping membekalkan nutrisi yang optimum agar anak kita membesar menjadi anak yang lebih cergas dan bijak serta mampu mencapai cita-citanya.
Pengenalan Aplikasi Untuk Memantau Perkembangan Kanak-Kanak
DUTCH LADY juga memperkenalkan MaxGro Growth Tracker untuk membantu ibu bapa memantau perkembangan anak-anak membesar dengan sihat. Aplikasi ini membantu anda membuat penilaian dengan lebih mudah dan cepat serta membolehkan anda untuk lebih memahami langkah-langkah yang dapat diambil untuk menyokong pertumbuhan optimum anak-anak.
#Tinggi Dalam Nutrien: Tinggi kandungan Protein, Kalsium, Zat Besi, Magnesium, Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
*80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
ˇ9EAA: 9 Asid Amino Perlu