Setiap kali anak-anak bermain dan melompat sana sini, kita akan rasa rimas dan terus bagi arahan diam. Sedangkan tingkah laku itulah sebenarnya baik untuk anak kerana anak yang aktif ini sebenarnya mempunyai otak yang bijak!
Ketahuilah anak yang sihat biasanya mereka akan aktif dan ceria. Ketahui lima tanda yang menunjukkan si kecil anda sememangnya anak yang sihat.
Anda mungkin pening kepala melihat dia sentiasa bergerak aktif dan tidak henti-henti bermain. Jangan risau! Itu tandanya dia sihat. Sebaliknya anda perlu bimbang jika dia kelihatan lesu dan tidak berminat untuk bermain.
Si kecil biasanya suka bercakap mengenai apa sahaja yang terlintas di kotak fikirannya. Dia akan memandang anda dan mahu anda turut memandangnya sewaktu dia bercerita. Ketahuilah itu adalah salah satu cara anda mengetahui bahawa dia sihat atau tidak. Jika pandangan lesu atau dia tidak mahu bercakap dengan anda, dia mungkin sedang sakit.
Setiap kanak-kanak memiliki jenis rambut yang berbeza. Namun, kesihatan rambut dinilai dari segi keadaannya yang bermaya, kuat dan bersinar. Jika rambutnya mudah putus atau kusam, mungkin itu petanda dia kekurangan zat seperi B kompleks dan zink.
Jika anak lesu atau lebih selesa tidur berbanding bermain dan pada masa yang sama dia juga tidak lalu makan, maka segera periksa suhu badannya. Ada kemungkinan dia mengalami demam atau pun masalah kesihatan yang lainnya.
Pada usia satu hingga enam tahun, anak anda mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan cenderung menerokai persekitarannya. Dia mungkin terdedah kepada kekotoran yang menjadi agen pembawa kuman. Jika daya tahan badannya kuat, dia tidak mudah diserang penyakit walau pun bergaul dengan rakan-rakannya yang tidak sihat.