Anak Sikit-Sikit Nak Mengamuk, Dia Dalam Fasa Nak Beritahu Sesuatu Pada Ibu

Share

Jujurnya, anak yang sikit-sikit nak mengamuk dan menangis ni boleh buat orang tak selesa. Tambah pula kalau datang dengan pakej menjerit bagai nak tercabut anak tekak, memukul, menendang, berguling atau hentak kepala.

Jika PUNCA merengek itu sesuatu yang ‘sahih’ seperti merengek akibat letih tak cukup tidur atau nak tidur, demam atau tak sihat ➡️ maka puncanya jelas dan JALAN PENYELESAIANNYA juga jelas.

Tapi bila anak memang jenis suka merengek untuk semua benda: kecil atau besar…aduh! Bila ibu bapa tak turutkan kehendak, ugut atau ‘rasuah’ dengan sesuatu, selagi itulah drama tak habis.

Bila di turutkan, sah-sah drama pasti berulang. Makin lama ibu bapa makin stres dan buntu. Ibu bapa pula yang naik takut dengan anak. Susahnya jadi ibu ayah ini kan? Nak kendalikan anak pun ada cara dan seni.

Saya bukan pakar bidang perkembangan kanak-kanak. Hanya punyai sijil kursus pendek menggendalikan kelakuan toddler yang saya ambil untuk bantu saya bimbing ibu bapa yang sedang sleep training anak toddler mereka.

Kursus itu jugalah yang telah berikan saya sedikit ilmu seni bercakap dengan toddler walau di luar waktu tidur. Maka, saya kongsikan sedikit skripnya. Rujuklah kepada yang pakar untuk belajar psikologi anak kecil.

Namun 3 perkara yang saya lekat kemas di kepala ialah:
❤️ sayang anak tanpa syarat dan batas TIDAK bermaksud perlu sampai kita menyokong kelakuan yang tak bagus atau mudaratnya.
❤️ sayang anak tanpa syarat dan batas bukan bererti perlu selalu cakap YES kepadanya.
❤️sayang anak tanpa syarat dan batas bukan bermakna anak tak boleh di benarkan untuk rasa sedih.

Kredit: PUAN USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy