Biasanya bila membuat pilihan apakah ibu ayah yang menentukan segala-galanya atau anak-anak diberikan kebebasan dalam memilih sesuatu? Untuk anak yang masih kecil memberikan banyak pilihan buat mereka mungkin akan membuatkan mereka lebih keliru dan juga boleh membebankan emosi mereka.

Walau apa pun cara yang ibu dan ayah pilih, pilihan yang dibuat oleh anak akan menentukan halatuju hidup mereka kemudiannya. Latihlah anak membuat pilihan dari kecil meskipun pilihan yang dibuat itu ada silapnya.

Anak Silap Buat Pilihan Itu Biasa, Mak Ayah Kena Jadi Pakar Rujuk Dari Kecil Nak Tentu Hala Tuju Anak Bila Besar!

ADAKAH ANAK PATUT DIBERI PILIHAN?

Membuat pilihan adalah sebahagian dari proses membesar (growing up).

Apabila kanak-kanak diberikan peluang untuk membuat pilihan, kita membantu anak untuk mengembangkan pemikiran, membentuk estim diri, dan membina keyakinan dirinya.
Ia bukan hanya sekadar proses “Pilihlah mana yang kamu suka ya Nak!”.

Ibubapa yang AUTORITARIAN tidak memberi peluang langsung untuk anak membuat pilihan.

Anak Silap Buat Pilihan Itu Biasa, Mak Ayah Kena Jadi Pakar Rujuk Dari Kecil Nak Tentu Hala Tuju Anak Bila Besar!

Apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dipakai, apa yang boleh dimakan, bila perlu lakukan itu ini, bagaimana perlu lakukan itu ini, SEMUANYA ditentukan dan ditetapkan oleh IBUBAPA YANG AUTORITARIAN.

IKLAN

Anak tiada pilihan.

Ibubapa yang PERMISIF memberi kebebasan penuh untuk anak membuat pilihan.
Apa yang hendak dilakukan, apa yang hendak dipakai, apa yang hendak dimakan, bila perlu lakukan itu ini, bagaimana perlu lakukan itu ini, SEMUANYA ditentukan dan ditetapkan oleh ANAK.

Ibubapa yang AUTORITATIF memberi peluang untuk anak membuat pilihan.
Bagaimanapun pilihan yang diberikan itu mengambil kira faktor usia, faktor kesihatan, faktor keselamatan , faktor kewangan, faktor nilai dan faktor keagamaan.
Faktor-faktor ini membentuk STRUKTUR dan DISIPLIN yang akan membantu anak memilih satu daripada berpuluh atau beratus pilihan yang ada.

Anak kecil 0-5 tahun tidak boleh diberikan terlalu banyak pilihan kerana ia hanya mengelirukan mereka dan membebani emosi dan mental mereka.

Pilihan untuk anak kecil sama ada ‘yang ini’ atau ‘yang itu’ sahaja.
Mereka perlu belajar untuk membuat keputusan yang mudah.
Semakin banyak pilihan kita berikan kepada anak kecil semakin kacau ‘jiwa’ mereka untuk memilih.

Anak Silap Buat Pilihan Itu Biasa, Mak Ayah Kena Jadi Pakar Rujuk Dari Kecil Nak Tentu Hala Tuju Anak Bila Besar!

IKLAN

Contohnya:
1. “Nak pakai baju warna biru ini atau warna merah itu?”
Tanpa pilihan yang sebegini mungkin si anak menyelongkar seluruh laci atau almari pakaiannya. Ataupun mungkin anak memilih pakaian yang tidak sesuai dengan cuaca, tempat ataupun majlis.

  1. “Nak beli mainan yang ini atau mainan yang itu?”
    Tanpa pilihan yang terbatas, bayangkan ragam ataupun mungkin amuk anak di pusat membeli belah.
  2. “Nak bacakan buku cerita yang ini atau buku cerita yang itu?”
    Ibubapa yang selalu bacakan buku untuk anak tentu faham betapa letihnya jika anak meminta ayah atau ibu bacakan semua buku yang menjadi kesukaannya sebelum tidur.

Tawarkan pilihan yang tidak terlalu sofistikated agar kita berupaya untuk tunaikan dan tidak menimbulkan tekanan.

Dua atau tiga pilihan sudah cukup untuk melatih anak kecil membuat pilihan berdasarkan keupayaan mental, minat, kesukaan dan kecenderungan mereka pada usia tersebut.
Itu merupakan autonomi yang secukupnya buat mereka.

Apabila anak semakin membesar dan matang, dia mungkin akan mula bertanya tentang pilihan yang diberikan dan ada di depan matanya.

“Kenapa ini boleh, kenapa itu tidak boleh” atau “Itu sajakah pilihan yang ada?”
“Cuti nanti abang nak buat aktiviti lasak, perlukah abang hadiri kursus motivasi?”
“Angah lebih suka ambil aliran sastera di sekolah, kenapa kena pilih aliran sains?”

Anak Silap Buat Pilihan Itu Biasa, Mak Ayah Kena Jadi Pakar Rujuk Dari Kecil Nak Tentu Hala Tuju Anak Bila Besar!

IKLAN

Pemikiran dan kematangan anak berkembang selari dengan usia. Remaja bukan lagi anak kecil yang boleh disuap. Apabila tiba peringkat ini ibubapa haruslah terbuka untuk berbual dan berbincang tentang pilihan yang ada.

Proses membuat pilihan DIPENGARUHI OLEH NILAI yang diterapkan oleh ibubapa, nilai yang diamalkan dalam masyarakat dan juga nilai yang dipandukan oleh agama.
Ia berkait rapat dengan sikap bertanggungjawab dan menanggung akibat dari pilihan yang dibuat.

Anak-anak yang berjaya mengekang diri dari memilih sesuatu amalan atau ‘trend’ yang memudaratkan dan bertentangan dengan nilai didapati mempunyai ibubapa yang mengambil pendekatan ‘TRADISIONAL’.*
– Ibubapa ini tidak takut untuk menetapkan batasan berdasarkan nilai dan adab.
– Ibubapa ini juga terbuka untuk mendengar pendapat anak muda dan memberi pengecualian kepada perkara yang tidak penting.
– Ibubapa ini memberi pilihan dengan batasan supaya anak selamat untuk meneroka keupayaan diri.*

Pilihan yang dibuat oleh anak akan menentukan halatuju hidup mereka kemudiannya.
Latihlah anak membuat pilihan dari kecil.
Mereka mungkin akan berbuat silap, itu pasti.

Adakah anda ibubapa yang AUTORITARIAN, PERMISIF atau AUTORITATIF?

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

*Sumber: Your Child’s Growing Mind: Brain Development and Learning From Birth to Adolescence (Jane M. Healy).

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI