Tidak dinafikan mainan memainkan peranan untuk membantu anak berkembangan. Otak anak makin berfikir apabila anak meneroka satu-satu jenis mainan selain tahap fokusnya yang semakin baik. Itulah fungsi satu-satu jenis mainan.

Pun begitu, mainan mahal atau murah tidaklah menjadi soal malah tidak perlu dibeli sentiasa. Mak ayah berkreatiflah apa daya untuk memastikan anak gembira dan mempraktikan mainan yang ada dihadapannya seperti yang dikongsikan oleh Pn Lin Talib ini.

Anak ‘Slow’ Sebab Tak Bantu Dengan Mainan? Bukan Wajib Kena Sentiasa Beli, Berkreatiflah!


ANAK KITA TAK CUKUP MAINAN SEBAB TU LAMBAT BERKEMBANG!

Kadang-kadang kita tengok anak kita lambat perkembangannya, mungkinkah dia tak cukup mainan? Maka kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita pun memecut ke kedai mainan dan belilah segala jenis mainan yang ada.

Tak cukup dengan tu, beli online lagi. Katanya elok untuk perkembangan anak! CD, Ebook, Audiobook, eh semualah! Boleh jadi pusat mainan kanak-kanak dah rumah kita ni! Belum cerita lagi sudut mainan anak yang warna warni tu!

Tapi, kenapa anak kita masih…. Slow? Ibu bapa sekalian, mungkin anak anda banyak mainan yang sangat bagus. Tapi, mungkin dia tak cukup ‘main’.

Eh camne tu? Sebenarnya, anak ni suka bermain menggunakan imaginasinya. Tak perlu ada mainan pun dia main. Cumanya, lagi seronok ‘permainan imaginasinya’ tu disertai dengan geng! Terutamanya dengan orang yang dia paling sayang dan percaya.. ibu bapa.

Ads

Jadi, ambillah peluang duduk di rumah ini.. bermain dengan anak. Bermain bersama imaginasi anak. Tugas kita sebagai ibu bapa, adalah menstrukturkan permainan imaginasi mereka. Menjadikan permainan imaginasi mereka lebih bermakna untuk perkembangan sensorimotor serta kognitif mereka.

Anak ‘Slow’ Sebab Tak Bantu Dengan Mainan? Bukan Wajib Kena Sentiasa Beli, Berkreatiflah!

Permainan yang anda sertai sekali dengan anak akan membantu juga dari sudut perkembangan sosial serta skil komunikasi dua hala mereka. Contohnya permainan ‘kapal besen’ macam dalam video ini.

1. Jika anak berdiri di dalam kapal besen ini, anak akan belajar tentang menimbangi badannya dalam keadaan besen bergerak dan ini membantu dalam sistem vestibular dan balancing nya.

Ads

2. Selain itu, dia belajar untuk ‘percaya’ dalam sudut ‘teamwork’ di mana dia tidak akan bergerak selagi besen tidak berhenti dan dia percaya bahawa pergerakan besen ini tidak akan membahayakan dia.

3. Anak menjadi lebih kreatif bila kita pun join dengan permainan kapal besen ini membuatkan mereka lebih gembira dan membesar dalam keadaan sihat dan yakin diri!

Anak ‘Slow’ Sebab Tak Bantu Dengan Mainan? Bukan Wajib Kena Sentiasa Beli, Berkreatiflah!

Jadi, ibu bapa sekalian. Usah bimbang jika anak anda tidak cukup mainan.. tetapi bimbanglah jika anak anda tidak cukup bermain dengan anda.

Ads

Anak-anak yang berkembang dengan baik adalah anak-anak yang mempunyai hubungan ampuh dengan ibu bapa dalam apa jua situasi dan perkara.

Ingat, anak perlu berkembang dengan baik, bukan berkembang dengan cepat ya!

Lin Talib

Artikel berkaitan: Tak Kisah Mainan Murah Atau Mahal, Jangan Biar Anak Main Sendiri, Bantu Otaknya Berkembang

Tak Perlu Pun Beli Mainan Yang Banyak Atau Mahal, Ibu Bapa Yang Perlu Bermain Dengan Anak

Anak ‘Slow’ Sebab Tak Bantu Dengan Mainan? Bukan Wajib Kena Sentiasa Beli, Berkreatiflah!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D’Parents  (https://t.me/pamaparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI