“Anak Speech Delay Dan Hyperactive” 6 Tahun Besarkan Anak Sendirian, Lufya Mohon Sokongan Pada Ibu Tunggal!

Share

Jika kita bersama pasangan terasa cabarannya membesarkan anak bersama, inikan pula terpaksa membesarkan anak bersendirian. Memang tidak mudah. Hal inilah yang dilalui oleh selebriti, Lufya Omar.

Menerusi Instagramnya, Lufya berkongsi rasa dan meluahkan kepayahannya bergelar ibu tunggal. Namun akui Lufya, dia paling beruntung kerana dibantu oleh ibu dan empat adik perempuannya yang setia membantunya menguruskan anak tunggalnya, Laana Haura yang kini berusia enam tahun.

“Haura sudah ada 6 emak. Saya, mama dan 4 adik perempuan saya telah sama-sama berganding tangan menjaga Haura sepenuh hati kami sejak dari lahir lagi.

“Saya terhutang budi dan hormati mereka kerana sanggup korbankan masa, duit, berkongsi tekanan dan susah senang bersama. Kakak tak pernah cakap ni. Tapi harini akak bersyukur mama didik kita semua adik beradik bersatu hati dan ikhlas menjaga satu sama lain.

“Alhamdulillah she’s a happy kid and blessed with love 💖 #laanahaura,” tulisnya meluahkan penghargaan buat adik-beradiknya yang setia membantu.

Malah kata Lufya lagi, lebih mencabar bila mana anaknya, Haura pernah berdepan masalah speech delay serta hyperactive suatu ketika dahulu.

Namun kini dia bersyukur berkat pertolongan semua dan kegigihannya memulihkan anak kesayangannya itu, Haura kini jauh berubah dan menjadi anak yang ceria dan suka tersenyum.

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

 

“Kami usaha dari dia ada trauma masa kecik (selalu pukul muka), speech delay, dan hyperactive dan sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan strong.

“Perubahan yang sangat banyak. Lufya bawak pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap. Fya tak pernah share ini kepada umum,” kongsinya meluah rasa.

Malah Lufya juga turut memohon orang ramai untuk terus menyokong wanita bergelar ibu tunggal. Jangan sekali-kali melemahkan semangat mereka tetapi berilah semangat dan kata-kata yang positif untuk membesarkan anak.

“Tapi apa Fya nak share ni sebenarnya walaupun kita ini Ibu Tunggal kita pasti boleh mendidik anak dengan baik dan lebih mudah dengan sokongan keluarga.

“Bantulah ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalami masalah seperti saya. Jangan dipersalahkan dan menekan mereka.

“Wanita ini nampak zahirnya lemah tetapi jika diberikan dorongan yang positif mereka akan “bangkit” lebih baik dari yang dulu.

“Berikan kata-kata hikmah dan positif bagi mereka yang mengalami penceraian sama ada diceraikan atau memohon cerai. Pasti ada yang tidak benar berlaku dalam perhubungan dalam rumah tangga. Sokongan keluarga dan sahabat sangatlah penting.

“Jika tidak dibantu, itulah yang berlaku sampai ibu buang anak, kes bunuh anak dan kejadian yang mengerikan berlaku. Kita tak nak tengok masyarakat kita jadi begini kan?.

“Berikanlah sokongan kepada ibu-ibu ini untuk bangkit meneruskan kehidupan. Mendoakan lebih baik dari mencela kerana kita masing-masing tidak tahu ujian apa yang Allah siapkan untuk kita di masa hadapan. Wallahuaklam,” luahnya lagi.

 

Terdahulu, Lufya dan bekas suaminya, Dr Che Hafiz membuat keputusan untuk bercerai pada Julai 2020 lalu.

 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SRM