Kita sedia maklum semua kanak-kanak akan melalui satu fasa suka bertanya. Pelbagai pertanyaan boleh muncul sehingga boleh membuatkan kita sebagai ibu bapa hilang punca nak mencari jawapan.

Namun ada teknik untuk mengambil peluang dari sikap anak yang suka bertanya ini meneroka ilmu dengan lebih luas.

Anak Suka Bertanya Bukan Saja-Saja. Ada Sebabnya. Tolonglah Jawab Walaupun Soalan Sama

Semasa anak masih belum boleh bercakap

Teknik memupuk minat anak belajar semasa fasa ini ialah kita bertanya dan kita jawab sendiri soalan tu. Macam kita selalu cakap dengan peti ais tu kan.

Contohnya

“Tu apa ya?”

“Oo..ayam”

“Ayam makan apa tu”

“Ayam  makan cacing”

IKLAN

Dari aktiviti santai ini sebenarnya anak akan banyak belajar kosa kata dan aktiviti yang berlalu di sekelilingnya.

Anak Suka Bertanya Bukan Saja-Saja. Ada Sebabnya. Tolonglah Jawab Walaupun Soalan Sama

Semasa anak sudah boleh bercakap

Pada masa ini anak mula suka bertanya apa sahaja yang dia nampak. Kita cuba layan pertanyaan anak sebaik mungkin. Jangan remehkan soalan anak dan menjawab dengan tidak acuh kerana kita sedang merugikan potensi anak yang sedang berkembang.

Cuba untuk ringkaskan jawapan kepada soalan anak dengan cara yang mudah difahami. Apabila kita sering memberi pelbagai input kepada anak, anak akan lebih mudah memahami pelbagai perkara yang berlaku di sekitar mereka.

Anak Suka Bertanya Bukan Saja-Saja. Ada Sebabnya. Tolonglah Jawab Walaupun Soalan Sama

IKLAN

Semasa anak sudah boleh berfikir

Hari demi hari, soalan anak akan semakin mencabar. Kita dapat merasakan anak sudah semakin mahir berfikir berdasarkan pengetahuan yang dia sudah ada. Jadi pada ketika ini kita boleh menukar teknik respon kepada soalan anak.

Setiap soalan anak yang sesuai untuk difikirkan jawapan, kita tanya kembali kepada anak.

Contoh

“Ibu, kenapa laut warna hitam waktu malam?”

“Adik rasa kenapa laut warna hitam waktu malam?”

IKLAN

“Sebab takda matahari kot”

Biasanya bila kita kembalikan soalan itu kepada anak, mereka sudah ada jawapan dalam kotak fikiran. Mereka bertanya sebab nak mengesahkan apa yang mereka tahu. Namun untuk melahirkan anak yang berfikiran kritis, kita perlu latih anak untuk mengeluarkan buah fikiran mereka.

Teknik ini sangat bagus kerana secara tidak langsung anak akan lebih seronok meneroka ilmu. Kita juga dapat menggunakan peluang itu untuk menambah pengetahuan anak dengan ilmu lain dan memuji kemampuan anak menjawab soalan.

Selain itu ia juga dapat mengurangkan kelelahan ibubapa menjawab soalan demi soalan anak-anak yang berturut-turut hingga boleh membawa keputusan idea unutk memberi jawapan.

Walau peringkat mana pun anak kita, sentiasalah berusaha memberi respon yang terbaik kepada soalan anak. Kerana dengan respon yang baik akan menambahkan keseronokan anak mencari ilmu pengetahuan seterusnya membantu mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih baik.

Sumber: sakinahamid.com

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI