Anak suka sangat binatang? Bila ada anak yang suka sangat binatang tu cuba perhati anak tu. Jangan-jangan anak kita jenis Naturalistic Learner!

Apa tu anak Naturalistic Learner?

Anak yang jenis Naturalistic Learner ni adalah anak yang akan sangat cepat tangkap ilmu yang dipelajari bila :

✔️ Melibatkan benda-benda di luar bilik darjah
✔️ Dikelilingi oleh alam semulajadi
✔️ Melibatkan binatang dan tumbuh tumbuhan
✔️ Belajar sesuatu yang ada unsur “hands-on activities”

Bila dah tahu anak kita tu Naturalistic Learner, sebaiknya buat benda ni untuk supaya anak belajar dengan lebih cepat dan hebat :

IKLAN

? Tunjukkan mimik muka gembira walaupun anak suka bertanya

? Jangan berat mulut untuk respon pertanyaan anak. Kalau sibuk, bagitahu anak yang kita akan layan dia sekejap lagi

IKLAN

Anak Suka Binatang Bagus! Mereka Sangat Cepat Tangkap Ilmu Yang Di Pelajari Sekelilingnya

? Selalu tanya pada anak fenomena alam. Contohnya bagaimana hujan turun. Apa beza pokok ni dan pokok tu. Ke mana air sungai ni mengalir dan banyak lagi!

IKLAN

? Selalu bawa anak pergi bercuti dan berkelah ke tempat yang dekat dengan alam seperti air terjun dan pantai

? Bawa la maknya sekali. Walaupun maknya mungkin bukan Naturalistic Learner tapi emosi seorang ibu yang bahagia akan mempengaruhi kebahagiaan emosi anak-anaknya juga.

Jom sebarkan ilmu ni pada pasangan dan mak ayah yang lain.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI