Anak mula buat bising, sepah, mengada-ngada dan berusaha keras untuk membuat adiknya menangis, ibu ayah kena semak balik cara berikan perhatian kepada anak, cukupkah sebenarnya?
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini diharapkan boleh membuka mata kita semua sebagai ibu bapa supaya menjadi lebih baik.
Jangan menyalahkan anak semata-mata kerana kenakalannya, selalu ‘buat hal/ buat perangai’ sebaliknya periksa kembali cukupkah perhatian yang mereka dapat daripada ibu bapa. Adakah layanan sambil lewa yang diberi memadai sedangkan gajet dan telefon sentiasa di tangan.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Tanda anak dahagakan perhatian
Kalau anda perasan anak anda, biasanya ada anak yang jenis try hard utk dapatkan perhatian anda.
Namun, biasanya usaha anak ini sentiasa di salah erti.
Anak yang terlalu berusaha untuk dapatkan perhatian ibu dan ayah ini sering dilihat sebagai anak yang sering melakukan masalah dan kekacauan.
Anak yang dahagakan perhatian biasanya akan melakukan perkara perkara seperti dibawah:
Memotong percakapan anda.
Sering menganggu perbualan telefon.
Sering membuat bising.
Suka buat sepah.
Manja mengada-gada contohnya walaupun anak itu sudah umur 5 tahun, namun masih minta untuk dipakaikan baju.
Berusaha membuat adik menangis/Melakukan sesuatu kepada adik (pukul/conteng muka adik).
Menangis tanpa sebab yang jelas.
Sengaja buat kesalahan yang memang diketahui akan membuatkan ibu dan ayah marah
Mereka reka cerita (Contohnya memberitahu mereka demam walaupun mereka tidak demam pun).
Suka buat sesuatu untuk impress ibu dan ayah. Contoh mereka cuba untuk panjat pagar atau berusaha masak sesuatu di dapur.
Semua tanda-tanda diatas itu biasanya ditafsirkan dengan cara yang berbeza oleh ibu dan ayah.
Apa yang akan difokuskan adalah kesalahan yang dilakukan berbanding mesej sebenar disebalik itu.
Jadi, apakah sebenarnya punca anak terlalu dahagakan perhatian sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja?
Sebenarnya, anak yang berusaha sungguh-sungguh untuk meraih perhatian ibu dan ayah ini berpunca dari perasaan anak anak itu sendiri yang merasakan bahawa kurangnya perhatian yang diterima dari ibu dan ayah.
Ads
LAYANAN SAMBIL LEWA
Pemahaman anak itu kadang berbeza. Walaupun kita rasa kita dah beri perhatian, namun ada kalanya ia dilakukan secara lewa.
Contohnya melayan anak sambil bermain telefon atau membuat kerja.
Apabila anak merasakan ibu dan ayah tidak berminat, mereka akan melakukan sesuatu untuk meraih perhatian itu. Walau kadang kadang apa yang diterima adalah kemarahan. Namun kemarahan itu menandakan ibu dan ayah mereka memberi perhatian. Mereka berjaya membuatkan ibu dan ayah berpaling pada mereka dan terpaksa menyelesaikan apa yang mereka sudah buat.
3 TIP ELAK ANAK TERLALU DAHAGA PERHATIAN & KASIH SAYANG
Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk membantu anak anak kita agar tidak terlalu dahaga kasih sayang.
1. Sentiasa berusaha untuk respon kepada apa yang anak cuba sampaikan/mahu.
Ads
Contohnya anak ajak anda bermain.
Kalau anda sibuk, jangan katakan ” Jangan kacau ibu boleh?”
Tetapi sebaliknya katakan.
“Tunggu sekejap ya, ibu siapkan ni sekejap nanti kita main sama sama tau, tak sabar ibu nak main sama sama”
Tunjukkan pada anak effort dan keterujaan anda untuk bersama dengan anak anak walaupun anda sebenarnya sibuk.
2. Berikan pujian kepada perkara baik anda lakukan.
Ads
Biasanya kalau anak buat baik kita tak notice. Pandang pun sebelah mata.
Tapi bila anak mula buat sesuatu yang kirang baik kita akan mula pusatkan perhatian kita pada anak dan marah mereka.
Jadi why not, mulai sekarang anda peka dan beri perhatian pada anak anda saat mereka melakukan perkara yang baik.
Kesannya, mereka tidaklah akan cuba sedaya upaya melakukan sesuatu yang tidak baik semata mata mahukan anda beri perhatian kepada mereka.
3. Sentiasa ada special time bersama anak.
Special time itu tak perlu lama pun. 10 minit pun cukup. Duduk bersama anak, berbual bual dan mendengar apa yang mereka mahu katakan. Peluk dan cium anak anak. Gosok belakang mereka.
Special time ini boleh dilakukan secara beramai ramai dan juga ada masanya ia perlu dilakukan seorang demi seorang.
Contoh anda ada anak 3 orang, jadi kak long akan ada special time dengan anda, begitu juga dengan kak ngah dan adik.
Semua usaha ini perlu untuk mengelakkan anak anda menjadi sorang yang terlalu dahagakan kasih sayang sehinggakan mereka try hard untuk berbuat sesuatu yang tidak baik semata mata untuk menarik perhatian ibu dan ayah.
Bila ada anak perempuan, orang senang cakap “ala anak kecil lagi pakai macam mana pun tak apa. Nanti dah besar ajarlah… ”
Sebenarnya nak ajar anak kita tahu sesuatu perkara adalah dari kecil bukan dah besar baru nak ajar. Siap belikan anak baju seksi-seksi konon-konon nak nampak elegance ala-ala orang berduit gitu.
Pakai baju tak ada lengan short pant bagai. Anak perempuan bila dah sedap di ajar pakai pakaian sebegitu bila dah besar nanti dah jadi kebiasaan. Jadi jangan pandang remeh benda-benda macam ni ya.
Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan. Jujur masa dia kecil-kecil dulu tak rasa sangat cabarannya tapi bila dah besar makin terasa cabarannya
Mak sentiasa pesan, ada anak perempuan jangan ambil mudah..Jangan buat tak endah, tanggungjawabnya berat, tugasnya amat besar.
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki. Bila ada anak perempuan, anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi-seksi. Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan. Tidak terdedah sana sini, tidak ketat menonjol. Ajarkan mereka erti malu dan ajar pakai yang sopan-sopan. Bersederhanalah menikmati zaman kanak-kanak.
Bila ada anak perempuan tak boleh dibiar tidur sana sini. Harus diajar tidur setempat di dalam bilik kerana bahayanya ada dimana-mana. Jangan percaya kepada sesiapa.
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka sentuhan selamat, ajarkan mereka sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan. Sentiasa temani mereka. Biar kita susah hari ini dari menangis dikemudian hari.
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka tentang harga diri, ajar mereka untuk sayang diri sendiri kerana diri mereka sangat berharga.
Bila ada anak perempuan terangkan kepada mereka tentang haid, dan kehamilan bila mereka sudah baligh. Usah malu untuk memberi ilmu bimbang mereka cari di tempat salah.
Bila ada anak perempuan, pilihlah rakan untuk mereka. Kenali juga siapa kawan mereka. Rakan yang baik menjadi penguat dan rakan yang nakal menjadi pemusnah.Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka, apa yang dikongsi, apa yang ditulis kena ambil tahu.
Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan, sentiasa ingatkan mereka. Jagalah diri baik baik. Jagalah maruah diri. Jagalah maruah keluarga.
Biarlah orang kata kita kolot..Biarlah orang kata kita syadid.
Bila ada anak perempuan, berdoalah, mohon dijaga kehormatan diri mereka, mohon dijaga keselamatan mereka, moga-moga Allah jaga dan lindung..
Ingatlah ketika ibu bapa hidup, anak-anak perlukan doa ibu bapa. Apabila ibu bapa meninggal,mereka tunggu doa & amalan dari anak-anak. Sebagai syafaat mereka di kubur.
“Along, adik duduk diam-diam!!” penat sungguh mama tengok anak-anak berlari ke sana-sini. Mama yang lemah lembut pun boleh bertukar menjadi harimau. Sabar dulu mama!
Usah marah bila anak lasak, sabar!
Patut bersyukur sebab anak lasak itu la tanda bahawa tumbesaran minda, sensori dan emosi anak sihat dan sedang pesat di naiktaraf.
Makin lasak, makin bijak la anak.
Jika anak tak lasak, hah! masa tu kita patut marah.
1 – Bila anak anak tak aktif, tak melompat, tak berguling, asyik duduk je mengadap gadget itu bahaya. 5 sensori penting seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa boleh tumpul dan terbantut perkembangannya.
2 – Anak cuma ada masa 6 tahun sahaja dari 0 – 6 tahun untuk membentuk 90 peratus dari keseluruhan otak mereka. Tak aktif masa ni maka makin kecil dan makin lemah prestasi otak mereka berbanding anak anak yang lasak dan gasak selama 6 tahun pertama ni.
3 – Otak emosi ( amygdala ) adalah otak pertama yang anak anak ada. Mereka belum boleh berfikir secara rasional lagi, sebab itu mereka tidak boleh di marah dan di hukum bila buat salah. Sebaliknya kita yang dah matang fikiran ni yang kena banyak bersabar dan tunggu sehingga otak fikir ( cortex ) mereka mula aktif pada umur 7 tahun ke atas baru boleh marah dan hukum.
4 – Lasak dan gasak tu fitrah kanak kanak. Mereka tak belajar dari dengar nasihat dan arahan, mereka belajar dengan teroka dan alami sendiri rangsangan dari tubuh mereka. Tubuh adalah alat belajar utama mereka.
5 – Kita patut marah pada diri sendiri jika kita letak mindset bahawa anak yang “baik” akan selalu dengar kata dan senang duduk diam. Sebaliknya itu tanda ada gejala 3F ( Fight, Flight, Freeze ) yang sedang berlaku dalam otak mereka.
Kelasakan dan keganasan anak anak tu bukan malapetaka tapi itu adalah mukjizat besar dalam kehidupan mereka.
Ini kerana kelasakan dan keganasan itu la yang akan bantu anak kita menguatkan otot, mendewasakan tubuh dan mematangkan fikiran mereka menjadi anak yang lebih sihat fizikal dan mental.
Masalahnya ialah kita mampu ke tidak nak melayan kelasakan anak anak ni. Tenaga mereka ni, bukan kaleng kaleng, banyak ya amat tenaga, tak geti penat, gunung pun boleh terbalik kalau dapat kat diorang.
Nak tak nak, kita kena la bersenam, mula jaga pemakanan dan tambah stamina dari sekarang. Bila kita tak cepat letih, maka tak ada la kita cepat nak marah marah nanti.
Sabar perlukan kekuatan!
Wallahu A’lam,
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Menjadi seorang ibu bukan mudah. Dari pagi hingga malam, fikiran penuh dengan tanggungjawab menjaga anak, mengurus rumah dan pelbagai perkara lain. Tapi percayalah, mencintai diri sendiri bukan satu kemewahan ia satu keperluan untuk ibu kekal kuat dan bahagia.
Mengapa Ibu Perlu Utamakan Cinta Diri?
Kalau ibu tidak sayang diri sendiri terlebih dahulu, bagaimana mahu memberikan kasih sayang terbaik kepada anak dan keluarga? Cinta diri bukan sekadar manjakan diri dengan spa atau membeli-belah, tetapi lebih kepada menerima diri seadanya, menghargai usaha yang telah dilakukan dan memberi ruang untuk berehat tanpa rasa bersalah.
Cabaran Ibu Dalam Mencintai Diri Sendiri
Kadang-kadang, ibu rasa bersalah untuk meluangkan masa bagi diri sendiri kerana takut dikatakan mengabaikan anak. Ada juga yang terbeban dengan komen dan tekanan dari orang sekeliling. Namun, apabila ibu sudah letih dan stres, ia boleh memberi kesan kepada anak dan keluarga juga. Jadi, cinta diri adalah cara untuk mengembalikan tenaga dan emosi.
Cara Mudah Ibu Mengamalkan Cinta Diri
Terima Kekurangan Diri Tiada ibu yang sempurna. Maafkan diri apabila melakukan kesilapan atau kekurangan.
Sediakan Masa Untuk Berehat Jangan rasa bersalah untuk mengambil masa berehat walaupun seketika.
Jaga Kesihatan Mental dan Fizikal Luangkan masa untuk aktiviti yang memberikan ketenangan seperti berjalan-jalan, membaca atau berzikir.
Berani Meminta Pertolongan Jangan malu untuk meminta bantuan daripada keluarga atau rakan-rakan.
Cinta Diri Bukan Ego, Tetapi Kekuatan
Mencintai diri bukan bermakna pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keluarga. Ia adalah proses membina kekuatan dari dalam supaya ibu boleh menjadi versi terbaik untuk keluarga tercinta. Apabila ibu sayang diri, ibu juga mengajar anak dan keluarga tentang pentingnya menghargai diri sendiri.
Ibu, ingatlah, mencintai diri sendiri bukan satu dosa atau keegoan. Ia satu cara untuk terus memberi yang terbaik, bukan sahaja kepada orang lain, tetapi juga pada diri sendiri. Mulakan langkah kecil hari ini untuk belajar cinta diri kerana ibu yang bahagia adalah hati keluarga yang bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas guru yang sebelum ini tular kerana semangat juangnya melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45 atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, disahkan...