Anak Suka Buat Bising, Sepah & Mengada Bukan Cabar Kesabaran Ibu Ayah. Itu Tanda Dahaga Perhatian

Share

Anak mula buat bising, sepah, mengada-ngada dan berusaha keras untuk membuat adiknya menangis, ibu ayah kena semak balik cara berikan perhatian kepada anak, cukupkah sebenarnya?

Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini diharapkan boleh membuka mata kita semua sebagai ibu bapa supaya menjadi lebih baik.

Jangan menyalahkan anak semata-mata kerana kenakalannya, selalu ‘buat hal/ buat perangai’ sebaliknya periksa kembali cukupkah perhatian yang mereka dapat daripada ibu bapa. Adakah layanan sambil lewa yang diberi memadai sedangkan gajet dan telefon sentiasa di tangan.

Berikut ialah perkongsian beliau;

Tanda anak dahagakan perhatian

Kalau anda perasan anak anda, biasanya ada anak yang jenis try hard utk dapatkan perhatian anda.

Namun, biasanya usaha anak ini sentiasa di salah erti.

Anak yang terlalu berusaha untuk dapatkan perhatian ibu dan ayah ini sering dilihat sebagai anak yang sering melakukan masalah dan kekacauan.

Anak yang dahagakan perhatian biasanya akan melakukan perkara perkara seperti dibawah:

  1. Memotong percakapan anda.
  2. Sering menganggu perbualan telefon.
  3. Sering membuat bising.
  4. Suka buat sepah.
  5. Manja mengada-gada contohnya walaupun anak itu sudah umur 5 tahun, namun masih minta untuk dipakaikan baju.
  6. Berusaha membuat adik menangis/Melakukan sesuatu kepada adik (pukul/conteng muka adik).
  7. Menangis tanpa sebab yang jelas.
  8. Sengaja buat kesalahan yang memang diketahui akan membuatkan ibu dan ayah marah
  9. Mereka reka cerita (Contohnya memberitahu mereka demam walaupun mereka tidak demam pun).
  10. Suka buat sesuatu untuk impress ibu dan ayah. Contoh mereka cuba untuk panjat pagar atau berusaha masak sesuatu di dapur.

Semua tanda-tanda diatas itu biasanya ditafsirkan dengan cara yang berbeza oleh ibu dan ayah.

Apa yang akan difokuskan adalah kesalahan yang dilakukan berbanding mesej sebenar disebalik itu.

Jadi, apakah sebenarnya punca anak terlalu dahagakan perhatian sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja?

Sebenarnya, anak yang berusaha sungguh-sungguh untuk meraih perhatian ibu dan ayah ini berpunca dari perasaan anak anak itu sendiri yang merasakan bahawa kurangnya perhatian yang diterima dari ibu dan ayah.

LAYANAN SAMBIL LEWA

Pemahaman anak itu kadang berbeza. Walaupun kita rasa kita dah beri perhatian, namun ada kalanya ia dilakukan secara lewa.

Contohnya melayan anak sambil bermain telefon atau membuat kerja.

Apabila anak merasakan ibu dan ayah tidak berminat, mereka akan melakukan sesuatu untuk meraih perhatian itu. Walau kadang kadang apa yang diterima adalah kemarahan. Namun kemarahan itu menandakan ibu dan ayah mereka memberi perhatian. Mereka berjaya membuatkan ibu dan ayah berpaling pada mereka dan terpaksa menyelesaikan apa yang mereka sudah buat.

3 TIP ELAK ANAK TERLALU DAHAGA PERHATIAN & KASIH SAYANG

Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk membantu anak anak kita agar tidak terlalu dahaga kasih sayang.

1. Sentiasa berusaha untuk respon kepada apa yang anak cuba sampaikan/mahu.

Contohnya anak ajak anda bermain.

Kalau anda sibuk, jangan katakan ” Jangan kacau ibu boleh?”

Tetapi sebaliknya katakan.

“Tunggu sekejap ya, ibu siapkan ni sekejap nanti kita main sama sama tau, tak sabar ibu nak main sama sama”

Tunjukkan pada anak effort dan keterujaan anda untuk bersama dengan anak anak walaupun anda sebenarnya sibuk.

2. Berikan pujian kepada perkara baik anda lakukan.

Biasanya kalau anak buat baik kita tak notice. Pandang pun sebelah mata.

Tapi bila anak mula buat sesuatu yang kirang baik kita akan mula pusatkan perhatian kita pada anak dan marah mereka.

Jadi why not, mulai sekarang anda peka dan beri perhatian pada anak anda saat mereka melakukan perkara yang baik.

Kesannya, mereka tidaklah akan cuba sedaya upaya melakukan sesuatu yang tidak baik semata mata mahukan anda beri perhatian kepada mereka.

3. Sentiasa ada special time bersama anak.

Special time itu tak perlu lama pun. 10 minit pun cukup. Duduk bersama anak, berbual bual dan mendengar apa yang mereka mahu katakan. Peluk dan cium anak anak. Gosok belakang mereka.

Special time ini boleh dilakukan secara beramai ramai dan juga ada masanya ia perlu dilakukan seorang demi seorang.

Contoh anda ada anak 3 orang, jadi kak long akan ada special time dengan anda, begitu juga dengan kak ngah dan adik.

Semua usaha ini perlu untuk mengelakkan anak anda menjadi sorang yang terlalu dahagakan kasih sayang sehinggakan mereka try hard untuk berbuat sesuatu yang tidak baik semata mata untuk menarik perhatian ibu dan ayah.

Sumber: Puan Farhan


Published by
Azma ML