Anak Suka Buka, Tutup Peti Sejuk? Mama & Papa Mesti Dah Tak Marah Lagi Lepas Tahu Sebabnya

Share

Anak suka buka, tutup peti sejuk? Mama dan papa mesti dah tak marah lagi lepas tahu sebabnya. Habit anak-anak yang suka ‘bermain’ dengan peti sejuk tentu membuatkan ramai ibu bapa berasa rimas.

Bayangkan dalam sehari, berapa kali anak anda asyik buka, tutup peti sejuk. Boleh dikatakan setiap jam kalau boleh mereka hendak dekat dengan peti sejuk sampai mama dan papa boleh hilang sabarlah!

Mama dan papa jangan marah-marah dulu. Cuba fahamkan dahulu apa punca si kecil suka sangat ‘explore’ peti sejuk. Selepas sudah sudah tahu apa puncanya, mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.

Kredit foto: Pexels

Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti sejuk. Ini antaranya:

1. RASA INGIN TAHU YANG SANGAT TINGGI

Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti sejuk jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.

2. MENARIK PERHATIANNYA

Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti sejuk serta mengeluarkan pelbagai barangan.

3. KAGUM DENGAN PENCAPAIAN DIRI SENDIRI

Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti sejuk sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti sejuk. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti sejuk sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!

4. CARI MAKANAN ATAU MINUMAN KEGEMARAN

Oh, mereka tahu dalam peti sejuk ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama. Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti sejuk.

6. SI KECIL MEMANG BIJAK 

Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!

Kredit foto: Pexels

5. MELATIH KEMAHIRAN TANGAN 

Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti sejuk adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti sejuk boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.

Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin.

Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya ketika ‘bermain’ dengan peti sejuk.

* Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti sejuk.

*Jauhkan plug peti sejuk daripada jangkauan si kecil.

*Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti sejuk.

*Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti sejuk.

Kredit foto (top image): Pexels

Published by
Has