Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Anak Suka Duduk Posisi W, Ajar Memanjat Dan Merangkak. Bagus Untuk Biasakannya...

Anak Suka Duduk Posisi W, Ajar Memanjat Dan Merangkak. Bagus Untuk Biasakannya Duduk Bersila

Kebanyakan anak mula duduk dengan ‘W’ sitting. Tak boleh nak kata sebabnya posisi itu dianggap normal dan yang biasa bayi dapat dengan mudah untuk berubah ke posisi duduk daripada posisi merangkak.

Daannn…ia adalah posisi paling stabil untuk bayi merasa selesa dan selamat. Rata-rata ibu bapa tahu keburukan ‘W’ sitting..

Anak Suka Duduk Posisi W, Ajar Memanjat Dan Merangkak. Bagus Untuk Biasakannya Duduk Bersila

2 keburukan ‘W’ sitting:

  1. tidak bagus untuk perkembangan fizikal terutamanya untuk bahagian lutut dan pinggang.
  2. menyumbang kepada kurangnya otak kanak dan kiri anak berhubung

Ada ramai ibu bapa merungut dengan mengatakan ‘saya dah berkali-kali ajar anak saya duduk bersila, tapi anak saya masih sangat suka duduk ‘W ‘. Bila bersila, tak selesa’

Ini adalah sebabnya:

IKLAN
  1. Core muscles tidak cukup kuat terutamanya di bahagian hip

Posisi W sit adalah posisi yang luas dan selamat. Jika dibandingkan dengan duduk bersila, anak perlu mempunyai kekuatan core muscle yang baik untuk mengawal postur badan dalam keadaan base yang lebih kecil.

Anak Suka Duduk Posisi W, Ajar Memanjat Dan Merangkak. Bagus Untuk Biasakannya Duduk Bersila

  1. Muscle and joint tightness

Jika semakin lama dibiarkan anak selesa dengan W sit, anak mungkin mendapat tightness di otot-otot dan sendi-sendi yang berkaitan. Later, lebih susah untuk dibantu anak tersebut untuk duduk bersila…and in fact, posture semasa berdiri juga terkesan dengan tightness ini…sehingga ada yang jalan mengaut. It is not wrong…cuma ia menyumbang kepada sakit sendi later bila banyak berdiri dan berjalan..seperti mana tak stabilnya rumah jika tiangnya senget..gitu ler anak tu bila membesar dengan tightness

IKLAN
  1. Poor muscle tone

Muscle tone merujuk kepada keadaan otot semasa rest. Biasanya anak yang low muscle tone, kita boleh rasa ototnya lebih soft daripada anak lain.

Kesannya? Otot tidak kuat dan tak tahan duduk dalam posisi yang mencabar seperti bersila dalam masa yang panjang

  1. Poor trunk rotation

Trunk rotation anak akan pelajari apabila merangkak. Namun begitu jika pergerakan merangkak tidak betul, atau tidak langsung merangkak, anak akan menghadapi kesukaran untuk get into sitting (bersila) position dan untuk bangun dari bersila..kerana ia melibatkan trunk rotation especially di bahagian hip

IKLAN

So what to do? Salah satunya, latih anak memanjat dan merangkak.

Jika anak masih lagi sukar merangkak, boleh mulakan dengan tangga. Latih anak naikkan kaki dan tangan berselang seli. InsyaAllah membantu.

Kuatkan core muscle anak..bila kuat, anak akan lebih stabil dan lebih selesa duduk bersila..

Sumber: Aabidah Abd Ghani (Terapis Cara Kerja)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI