Anak suka hisap puting dan jari, risiko gigi jadi jongang. Ramai ibu bapa yang memberi bayi mereka menghisap puting kosong sebagai salah satu cara untuk memastikan si kecil kurang menangis dan meragam.
Betulkah ada orang cakap bayi yang kerap hisap puting akan mempunyai masalah gigi jongang? Jawapannya adalah ‘ya’ menurut Dr Ib Shah, seorang doktor gigi yang berkongsi info di twitter beliau.
Tabiat menghisap puting yang terlalu kerap menyebabkan gigi si kecil menjadi jongang kerana gusi mereka masih lembut dan membuatkan tulang dan gigi hadapan mereka terbentuk mengikut bentuk puting yang menyebabkan gigi depan terbuka.
Selain dari itu Dr Ib Shah turut memberitahu tabiat kanak-kanak yang suka menghisap jari juga boleh menyebabkan masalah jongang.
Begitu juga dengan tabiat sesetengah kanak-kanak yang suka letak lidah keluar kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan gigi.
Punca Utamanya Adalah Tempoh Masa
Menurut Dr Ib Shah lagi lagi lama hisap puting atau jari, lagi tinggi kebarangkalian untuk gigi menjadi open bite
Beliau nasihatkan ibu bapa untuk kurangkan tabiat anak atau hentikan terus ia.
Tegasnya lagi walaupun bayi menghisap puting jenis ortodontik masalah jongang masih ada walaupun peratusannya rendah lebih-lebih lagi jika ia terlalu kerap dihisap oleh si kecil.
Begitu juga dengan kes kanak-kanak menghisap jari. Risiko untuk jongang tetap ada tetapi agak berkurangan dan yang penting cuba untuk hentikan tabiat tersebut kerana tulang masih lagi membesar.
Dalam kes ini, tindakan ibu bapa perlu tegas untuk menghentikan tabiat hisap puting dan jari di kalangan si kecil.
Bagaimanapun menurut Dr Ib Shah lagi, ketika anak masih bayi dan berusia bawah 2 tahun tabiat hisap puting boleh dipertimbangkan lagi.
Tetapi ia perlu dihentikan bila sudah berumur 2 tahun ke atas kerana gigi depan perlu bertemu satu sama lain.
Sumber: Dr ib Shah
Baca artikel lain juga: Anak Hisap Jari Masa Kecil Normal, Umur 2-4 Tahun Dah Kena Berhenti. Bukan Gigi Je Tak Cantik, Boleh Sebabkan Masalah Lain!
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my