Kartun selalu menjadi tontonan si kecil. Penting bagi ibu bapa untuk memilih rancangan kartun yang baik untuk mereka kerana apa yang didedahkan kerana ia akan diserap anak.
Rancangan kartun memberikan manfaat, tapi ada ciri penting yang perlu mama papa titik beratkan. Tiga perkara yang perlu diperhatikan ialah bahasa, tingkah laku dan aksi yang ada di dalamnya.
Kaunselor, Puan Farhan berkongsi mengenai perkara ini. Mungkin ramai yang tidak perasan atau terlepas pandang ciri-ciri bahasa kasar & biadap, aksi ganas & tidak sopan dalam kartun yang ditonton anak.
Saya rasa dalam dunia ini hampir semua kanak kanak akan menonton kartun. Tak kira lah mereka tonton di television atau handphone sekalipun.
Namun, dalam tak sedar kadang kadang pengaruh kartun itu sangat kuat kepada anak anak dari segi percakapan dan perbuatan.
TERSELIT DIALOG KURANG SOPAN/ BIADAP
Contoh mudah dialog yang tidak elok dalam kartun yang saya pernah dengar
“Tak guna kau”
“Eh kau ni kacau jela”
Ayat ayat seumpama ini ada diselitkan dalam kartun tempatan. Sama ada anda perasan atau tidak. Kemudian, anak kita akan ulang ulang dialog itu dalam kehidupan seharian.
PERLU BERITAHU ANAK APA YANG TIDAK BETUL
Jadi, apa yang kita perlu lakukan adalah sentiasa perhatikan anak kita semasa menonton.
Kalau keluar dialog seumpama itu, kita gunakan saat itu untuk bersoal jawab
“Bagus tak dia cakap macam tu?”
Pesan siap siap
“Ibu rasa tak bagus lah dia cakap macam tu, kakak jangan cakap macam tu tau”
Kalau tak tegur jangan terkejut kalau tiba tiba anak cakap dengan kita
“Ibu ni sibuk jelah”
AKSI GANAS
Sama juga lah kalau anak yang tengok kartun aksi seperti Ultraman, mereka mudah meniru aksi sepak menyepak. Kadang kadang orang sekeliling pun disepak gara gara taksub sangat menghayati kartun itu.
Jadi, kita tidak boleh lari dari menegur anak kita untuk elakkan dia melakukan perkara itu.
Kalau boleh tegur dan pesan siap siap semasa dia menonton kartun kegemarannya itu.
Katakan pada anak anda
“Ultraman sepak makhluk jahat nak musnahkan dunia, tapi dia tak sepak orang lain. Macam polis buat pada orang jahat. Jadi, adik tak boleh tiru ultraman sepak sepak macam tu ya”
Lebih kurang macam ni lah anda perlu tegur anak anda.
Kalau boleh elakkan terus kartun yang kurang baik seperti Sin Chan contohnya yang mempunyai aksi dan bahasa berunsur lucah.
Pilih dan tapis lah apa yang anak kita tonton.
PILIH KARTUN YANG MEMPUNYAI MESEJ YANG BAIK
Pastikan kartun yang anak kita tonton itu mempunyai mesej yang baik dan bermanfaat untuk anak anak seperti Omar dan Hana.
Contohnya melalui kartun Omar Hana mereka akan belajar berkongsi, meminta maaf dan menolong ibu. Semua perbuatan ini anak akan belajar dan guna dalam kehidupan seharian.
Elakkan memilih kartun yang mempunyai elemen seperti berikut
BUKAN SEKADAR KARTUN, ANAK AKAN MENIRU
Kalau ikutkan kartun kanak kanak ni kita tak perlu lah beratkan kepala fikir, lah kartun je pun kan.
Namun, apa yang anak kita tonton itu bukan sekadar kartun, namun ia juga menjadi medium untuk anak kita belajar dan menerima mesej tertentu.
Anak anak kita akan letakkan dirinya di tempat watak kartun yang dilihatnya. Sebab itu mereka mudah meniru setiap apa yang mereka dengar dan lihat.
Baik kartun yang anak kita lihat baik lah mesej yang diterima. Yang menakutkan adalah mesej itu anak kita serap dan digunakan dalam kehidupan seharian.
Kalau anda rasa benda ini penting, jom bertindak dan pesan kepada orang sekeliling tentang perkara ini.
Sumber: Puan Farhan