Rasanya ramai ibu-ibu yang mengalami situasi anak suka main sabun dalam bilik air ketika mandi. Kalau beli mandian yang jenis cecair atau gel dalam botol tu, tak sampai seminggu habis. Sama jugalah dengan syampu.
Kadang tu jika ibu atau ayah tak berbunyi dari luar, bukan main seronok anak main air dalam bilik air sambil picit botol. Sedar-sedar bila nak guna tinggal sikit je. Tak tahu apa yang seronoknya tapi mungkin sebab nampak buih banyak buat mereka lagi teruja. Jika dibiarkan, lebih sejam pun tak apa dalam bilik air.
Kali ini idea yang dikongsikan oleh seorang ibu dalam Group Kami Suri Rumah, Nora Razalli mungkin boleh membantu ibu yang selalu berdepan dengan masalah sabun mandian cepat habis kerana anak suka main ketika mandi.
Mudah je caranya. Hanya guna getah pengikat makanan. Sekurangnya bolehlah berjimat dan tak perlu asyik kena tambah stok beli sabun banyak kali setiap bulan. Ibu pun dah tak ada nak bising-bising lagi.
Ads
Sis ada terbaca 1 post mak geram anak lama dalam bilik air. Main sabun.
Nah! Cuba letak getah macam ni. Lagi penuh getah kat “leher” tu, lagi sikit sabun tu keluar bila anak-anak pump.
Ads
Dah setel masalah penggunaan sabun berlebihan.
Tapi kalau anak-anak still nak main sabun, dibukanya penutup sebab bila tekan keluarnya sikit, tu kena bagitaulah dan cakap elok-elok. Kalau tak memang tak ada penyelesaian. Bagi sabun ketul pulak kot.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkasih sayang sesama adik beradik seharusnya diterapkan dalam jiwa anak-anak bagi mewujudkan hubungan yang sihat. Ibarat air yang dicincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik.
Ibu bapa juga harus menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Maka sebab itulah ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan yang baik dengan adik beradik. Hubungan antara adik beradik adalah hubungan yang kekal dan tak tidak akan pernah berubah.
Prof Dr Muhaya Kongsi Tip Eratkan Kasih Sayang Adik Beradik
Perkongsian Datuk Prof Dr Muhaya mengenai cara didikan Islam dalam diri anak-anak supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik ini harus dijadikan panduan bersama.
Namun sebelum itu, ibu bapa perlu memberikan pendidikan akidah bagi anak didahulukan dengan mengenalkan Allah swt dan menanamkan kecintaan terhadapNya.
Apabila anak-anak telah jelas mengenai akidah, mudah untuk ibu bapa menyuruh anak solat dan sebagainya. Ia sekali gus menjadi cerminan sebagai ikatan kasih sayang dikalangan adik beradik.
Didik Anak Ada ‘Seninya’
Ikuti LAPAN cara bagaimana untuk mendidik anak supaya mempunyai kasih sayang antara adik beradik.
1.Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
2.Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3.Minta maaf
“Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi paksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh. “Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya.
HAKIKATNYA PADA USIA BAWAH ENAM ATAU TUJUH 7 TAHUN ANAK-ANAK AKAN MENYERAP APA YANG DILIHAT DAN DIDENGAR. JADI IA AKAN JADI HABIT DALAM DIRI ANAK.
4.Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan kakak? Bila kakak kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikkan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikkan iaitu jika ada orang berbuat kebaikkan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikkan, jangan marah kepadanya.
5.Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan.
PENTING SETIAP IBU BAPA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KELEMBUTAN SEMASA MEMBESARKAN ANAK.
Begitu juga jika keluar ke pasaraya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6.Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7.Sembahyang berjemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai habit iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8.Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak-anak mempunyai kasih sayang antara adik beradik, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang kepada anak. Justeru, anak yang disayangi akan belajar menyayangi anak yang dikongsi, belajar untuk berkongsi.
Tatkala anak beroleh keputusan cemerlang di sekolah, ibu bapa tentunya memainkan peranan penting. Pelakon Nadia Nisaa kongsi 4 tips mendidik anaknya, Omar.
Omar, 7 tahun di katakan ibunya mempunyai personaliti yang playful, mudah terganggu tumpuan dan sebagainya. Nadia turut berkongsi tentang bagaimana dia mendidik.
#1: Mesti kena ada strategi dan taktik bagi anak yang playful, mudah distracted & banyak alasan untuk tidak belajar.
#2: Tidak boleh putus asa atau give up.
#3: Mesti disiplin untuk ulang kaji dan siapkan kerja rumah.
#4: Harus didik, kerja keras dan usaha.
#5: Ibu bapa dan anak ialah satu team, mesti saling memahami.
Para follower mengucapkan tahniah buat Umar, Nadia & suami. Mereka juga menghargai tips yang dikongsikan bekas pengacara rancangan TV Impiana ini. Malah ada yang berkongsi tip aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak extrovert seperti Omar.
“Bersepahnya rumah, penatnya ibu nak kena kemas semua ini! Kenapa lepas main tak kemas semula ni?” Ini antara ayat paling biasa ibu-ibu akan luah setiap kali lihat rumah sepah dengan mainan.
Namun ada juga yang tidak kisah dengan keadaan itu asalkan anak gembira dan tidak menangis. Bahkan, ada ibu bapa yang mengambil peluang mengajar anak mengemas semula barang mainan ke dalam bakul selepas habis bermain.
Seperti perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli, sebenarnya ada cara nak ajar anak kemas mainan selepas bermain dan boleh dipraktikkan.
Untuk mengelakkan anak terganggu dengan lambakan mainan secara visual, seterusnya menyebabkan anak cepat bosan. Sebaiknya asing ikut kategori dan bukan main banyak mainan dalam satu masa. Kita penat kemas, anak cepat bosan main.
Salah satu perkara yang boleh trigger mak-mak ialah bab mainan anak.
Mainan anak yang terlalu banyak.
Mainan anak yang tak tersusun.
Mainan anak yang bersepah.
Bila bekas yang digunakan transparent, anak boleh nampak isi di dalam bekas. Anak tahu untuk menyimpan mainan yang mempunyai kategori sama dalam satu bekas.
Lagi penat bila anak tak reti simpan dan harapkan kita simpan seratus peratus. Padahal ikut kanak-kanak sukakan Routine, Regularity dan Order. Saya pernah baca, Maria Montessori ada menyatakan tempoh 18 bulan hingga 5 tahun merupakan fasa sensitivity to order.
Mainan berbentuk constructive yang paling best dan saya recommend ialah Jointix Tiles, Marble Run dan Lego. Saya pernah share dekat sini aktiviti Jointix Tiles Guna bekas besar yang ringan dan memudahkan untuk anak keluar dan simpan semula mainan.
Jadi masa ni anak belajar untuk mengenali keperluan ketertiban sesuatu benda perlu ada tempatnya sendiri. Macam yang kita tengok dekat shelves dalam kelas-kelas Montessori.
Untuk bekas mainan kecil seperti manipulative toys and counters saya suka letak dalam bekas macam ni. Saya beli 3 set dan muat letak barang² yang kecil. Boleh dapat dekat sini
Cara susun atur dan penyimpanan mainan ni kami anak beranak dah aplikasi secara bertahun-tahun. Jadi sebab tu boleh tengok bekas dan label dah ada yang tercabut dah hehe.
Mainan yang mudah bersepah dan mudah hilang saya suka letak plastik bertutup atau ziplock. Lepas je guna, anak boleh terus simpan. Saya label guna marker saja dan bila anak nak main mereka boleh keluarkan.Setiap bulan atau rajin beberapa minggu, kami akan buat toys rotation. Anak pilih mainan yang jenis open ended atau pun learning toys yang anak guna hari² untuk dipaparkan secara terbuka. Jadi anak senang untuk ambil. Saya letak atas wooden tray untuk memudahkan anak keluarkan.
Last, enjoy. Bab mainan anak sebaiknya kita ajar anak kemas supaya mereka bertanggungjawab atas barang mereka sendiri.
Tapi anak-anak ni bila tiada peraturan atau benda tu bukan kelaziman, mereka pun tak tahu. Jadi kitalah sebagai ibu bagi saya perlu fikir alternatif untuk memudahkan anak menyimpan. Bincang dengan mereka dan ajak buat peratutan bersama.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...