Penjagaan gigi diperingkat awal amat penting kerana gigi susu memberi ruang sebelum pertumbuhan gigi kekal. Memberus gigi dengan betul amat penting supaya kesihatan gigi anak anda sentiasa bersih dan rapi. Gigi yang rosak mempunyai banyak sebab antaranya makanan yang manis dan cara memberus gigi yang salah.
“Doktor, anak saya suka makan buah je tapi gigi dia dah start rosak, especially yang celah gigi depan, nape ye?”
Kan Dr Izaza ada bagitau, “Gigi rosak ada banyak sebab, antaranya cara berus gigi yang salah dan kedua sebab makanan manis”
Makanan manis ni tak semestinya gula-gula dan coklat tau, tapi makan buah pun boleh rosakkan gigi sebab buah kan manis
Ads
Anak yang suka makan buah memang bagus, sebab buah ni sumber vitamin dan mineral semulajadi yang sihat dan selamat
Cuma gigi jadi tak sihat bila makan buah-buahan yang manis dan sedap tapi, gigi anak tak diberus dengan betul
Sebab tulah Dr Izaza sangat tekankan cara berus gigi yang betul dan kena rajin FLOSS gigi dengan betul di samping berus gigi
“Kenapa kena floss Doktor, berus gigi je tak cukup ke?”
Ads
Bila makan buah, serat buah especially serat buah yang bertali macam buah mangga, buah nanas dan buah nangka, serat buah senang sangat akan melekat di celah gigi
Kalau tak floss gigi lepas makan buah, serat tu akan melekat pada celah gigi dan celah gigi akan rosak disebabkan ada sisa serat buah
Ads
Ingat, makanan yang manis bukan sahaja makanan yang bergula ya. Makanan yang semulajadi manis pun antara salah satu punca gigi rosak
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang masalah gigi, boleh terus follow Dr. Izaza di laman facebook
Orang kata kalau bersalin secara pembedahan caesarean susah nak jaga. Banyak sangat pantang larang yang kena ikut. Maklumlah perut sudah kena belah berlapis-lapis jadi proses penyembuhan mengambil masa yang lama berbanding bersalin normal yang tidak mengambil masa lama untuk sembuh.
ORANG TUA-TUA JUGA SERING BERPESAN SUPAYA IBU YANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN LEBIH EKSTRA PENJAGAAN DIRI SEMASA BERPANTANG. DIKATAKAN LUKA PEMBEDAHAN MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK SEMBUH WALAUPUN LUKA LUARAN KELIHATAN SUDAH SEMBUH.
Bermacam-macam tip dan petua yang dikongsi tentang penjagaan ibu bersalin caesarean. Tak salah untuk mencuba salah satu daripadanya. Mana tahu ia paling serasi dengan anda.
Pastikan tempat jahitan cepat kering terutama selepas mandi. Boleh guna pengering rambut untuk cepatkan ia kering.
Jaga pemakanan semasa berpantang. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Amal makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, cuka kurma atau delima, badam, kurma. Luka cepat sembuh dan bahagian dalaman juga cantik.
Amalkan makan banyak sayur sawi dan minum jus oren sunkist untuk luka cepat sembuh. Semasa pantang banyak makan sup ikan haruan. Elakkan mengangkat objek berat dalam jangka masa yang lama.
Menurut doktor, amalan minum air gamat dan pati ikan haruan yang dipercayai oleh orang tua-tua boleh mempercepatkan luka hanya boleh diminum oleh ibu selepas tempoh sebulan dan ke atas lepas bersalin itu pun dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan sebarang risiko adhesion colic.
Adhesion colic ialah keadaan di mana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman.
Kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan dijangka melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, bolehlah gunakan tip ini. Semoga luka bersalin anda cepat sembuh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keadaan hari ini sedikit menyukarkan ibu bapa untuk memberi kebebasan anak bermain di luar rumah. Apa yang ibu bapa rasa selamat ketika ini adalah memastikan anak berada dalam rumah sambil menonton televisyen, bermain permainan video atau memberi telefon sambil mengunyah makanan ringan.
Mungkin setiap ibu bapa ada alasan snediri kerana tak membenarkan anak bermain di luar rumah namun jika ada peluang, berilah kebebasan pada anak-anak kita ini untuk berlari, bermain dan bermesra dengan alam.
Jika ikut pendapat pakar, anak yang aktif akan lebih bertenaga dan sihat kerana ketika bermain mereka mengeluarkan peluh.
Mungkin bagi ibu bapa yang tak sempat nak bawa anak keluar bermain di luar setiap hari atas beberapa faktor, sekurang-kurangnya waktu hujung minggu berilah kebebasan untuk anak sepuas-puasnya. Tak dapat lama 30 minit pun dah ok.
Berikut perkongsian dari Teacher Shiela yang menjelaskan mengenai manfaat aktiviti outdoor untuk anak-anak.
4-6 JAM OUTDOOR SEHARI
Tadi dok catch up dengan kawan lama daripada Perancis. Paling kurang kenal dah 15 tahun gitu gamaknya. Masa dia di Malaysia, kita lah yang jadi tour guide bawa dia climbing bagai.
Sembang punya sembang, dia share gambar anak-anak dia. Majoriti gambar outdoor. Free play.
Tanya dia, “Bam, ko bagi anak-anak main outdoor sehari berapa lama?”
“4-6 jam.”
Omak aihhh. Epic ni.. Tanya lagi- “Mesti anak ko jarang sakit kan?”
“Time tumbuh gigi aje.”
Gitulah tuan puan. Benefit bermain dengan alam. Allah SWT ciptakan tanah, pasir dan batu bermacam warna dan tekstur, langit dan awan bermacam tona dan bentuk, semuanya bersebab. Semuanya therapeutic.
– Tekstur pelbagai yang dipijak tu ibarat reflexology
– Hijau-hijauan tu terapi mata
– Matahari sumber vitamin
– Berkaki ayam atas tanah dan rumput boleh meneutralkan free radicals
– Sky gazing atau star gazing menenangkan minda, mengurangkan stress (Side story: tahukah anda, 20% daripada kanak-kanak kini mempunyai masalah kesihatan mental, antara penangan gajet, kurang bonding dan ‘lapar’ alam dan bermain? Maksudnya kalau anak kau ajak 20 orang kawannya datang birthday party, 4 orang tu mesti ada something wrong somewhere sikit. Gitulah)
– Termasuklah- sebagai mainan buat kanak-kanak. Baik winter, baik summer, anak-anak mat salleh sorang ni memang hari-hari main di luar. There’s no bad weather, just bad attire.
Semestinya kita di Malaysia ni tak semudah itu nak bagi anak-anak main luar setiap masa. Faham sangat. Cuaca time panas memang tak ada simpati. Hujan pula berselang seli dengan petir. Nyamuk lagi. Asap construction dan kereta lagi. Kes pedo lagi. Kes culik lagi. Tahi kucing anjing merata lagi. Macam-macam. Paling sadis, kita balik kerja pun kadang sampai rumah dah Maghrib.
Tapi, we take what we can get la bak kata omputih. Make it a point untuk bawa anak-anak ke taman, ke compound rumah (porch tu pun dah kira outdoor tau, jangan tak tahu. Buka paip air- settle!), ke sungai, ke pantai, ke padang, ke hutan, dll semampu kita. Cuba lah dengan seminggu sekali dulu. Lepas tu kerapkan jadi 2x seminggu. Atau tambahkan masa. Lama-lama kita akan rasa serba tak kena kalau anak-anak kita tak dibiarkan berlari, melompat, berguling, berangan dikelilingi nature.
Lagi satu, percayalah yang sebenarnya more than anyone, it is us who are in need of nature most. Betui. Dengan kerja menghadap komputer, dengan stress jalan jammed, dengan makanan tak seimbang pakai mentekedarah, dengan waktu tidur tak betul, dengan otak serabut moratorium nak habis, memang kusut. Keluarlah 30 minit petang-petang ke malam ke pergi brisk walk bawa budak-budak.
Daripada IMAM AL-GHAZALI:
Bermain dapat menjadikan kanak-kanak:
1- kuat otot
2- gembira
3- bersantai daripada lelah belajar
4- memenuhi fitrah dan tabiat mereka.
Kadang kala kita lupa, tugas kanak-kanak bukan untuk membesar, tapi untuk MENJADI kanak-kanak.
Kita dulu sap sap soi je main 4 ke 6 jam di luar setiap hari, itu pun dah besar ni macam-macam masalah mental, kadang kala dek kerana circumstances di dunia ni. Faktor urban poverty lah, mak mertua lah, co-worker backstab lah, bisnes melekat di badan lah, Rasanya lagi 20 tahun, apa pula anak-anak kita kena hadap?
Sumber: Teacher Shiela Student M. Ed Psychology Bachelor Early Childhood Education 9 years in education and counting
**Pa&Ma Journey Bersama JovianNina bermula 26 Ogos ini jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu, penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan. Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul.
Tahukah ibu semua, kalau botol susu tidak dicuci betul ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!
Jadi, ibu dan ayah jangan malas mencuci botol susu anak. Jangan disebabkan hendak cepat, anda hanya cuci botol susu dengan air paip sahaja. Pastikan ia betul-betul dicuci bersih menggunakan peralatan yang bersesuaian.Kemudian jangan malas untuk mensterilkan kesemua peralatan sebelum digunakan.
Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda memberikan anak susu menggunakan botol. Pada akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan.
Cara betul membasuh botol susu anak
1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang penahan, cakera yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu ditanggalkan. Lakukan proses ini secepat mungkin selepas penyusuan, sebelum susu boleh mengering.
2. Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol serta jalur skrunya. Hati-hati ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.
3. Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Cara ini membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu.
4. Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Anda juga boleh gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.
5. Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah dan pecah. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses penbersihan dan pensterilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.