Kacang botak antara kudapan ringan yang membuatkan kita asyik memakannya. Sedar-sedar sudah habis satu balang. Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari kudapan yang sesuai untuk seisi keluarga, bolehlah cuba buat kacang botak.
Anak Suka Makan Kacang Botak
Kalau ada yang berhajat hendak buat kacang botak, ini ada resipi ringkas dan cepat boleh cuba. Dimasak dengan menggunakan air fryer, tepung salutan kacang menggunakan tepung bestari. Ranggup versi simple. Hendak makan pun puas hati tanpa fikir kolesterol naik tinggi.
RESIPI KACANG BOTAK
Bahan-bahan:
2 cawan kacang tanah
2 senduk tepung bestari (asli + pedas)
1 sudu serbuk ketumbar
1 biji telur
5 ulas bawang putih di tumbuk lumat(optional)
5 sudu minyak
Sedikit air
Nah Ini Resipi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer
Cara membuat:
Basuh kacang tanah dan toskan.
2. Sediakan telur yg telah di kocak bersama minyak.
Ads
3. Masukkan kacang tanah.
4. Masukkan tepung bistari dan sedikit air
5. Gaul rata supaya kacang di selaputi tepung.
6. Masukkan ke dalam air fryer. Mula on kan air fryer dengan suhu 180 darjah celcius selama 5 minit. Buka dan lerai-leraikan kacang supaya tidak bergumpal.
Ads
7. Tambah lagi 5 minit. Buka lagi dan goncang-goncang. Seterusnya masak lagi selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.
8. Seterusnya masak selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.res
9. Tunggu betul-betul sejuk baru kacang ranggup. Boleh di simpan dalam balang.
Ads
NOTA: Hasil bergantung pada air fryer masing-masing. Kalau masih belum ranggup selepas sejuk, masukkan semula dalam air fryer dan bakar lagi selama 5 minit dengan suhu 150 darjah celcius. Ada air fryer yang hanya mengambil 20 minit untuk masak.
Minum petang untuk anak tak sah rasanya tanpa gorengan yang segar dan rangup. Apa kata kali ini, kita hidangkan tauhu berlauk pula untuk anak-anak. Buatkan saiz comel seperti yang dikongsikan oleh Pn Rusidawati Ab Rahman.
Saiz yang comel dengan menggunakan acuan kuih lompang ini pasti buat saiz jadi sekata malah lagi senang anak makan. Jom cuba.
Sedap rupanya benda alah ni. Patut la duk viral je. First time buat. Not bad. Nanti boleh repeat buat lagi. Minta maaf ye semua ramai yang minta resepi, so sis tepek kat sini je laa ye.
Bahan-bahan:
2 ketul isi ayam
3 keping tauhu petak
4 ketul tauhu telur (tofu)
3 biji telur
Sebiji bwg bombay
Carrot
Daun sup
Serbuk cukup rasa
Blend isi ayam, tauhu petak, tauhu telur dan telur. Blend sampai hancur ye.
Lepas tu masukkan dalam bekas gaulkan dengan serbuk cukup rasa, carrot, bawang bombay dan daun sup.
Masukkan dalam acuan lompang, kukus sekejap je dalam masa 5 minit macam tu laaa lebih kurang.
Dah kuarkan dari acuan, celup kan tauhu yang kukus tadi dalam telur dan goreng sampai kekuningan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti canai antara sajian sarapan kegemaran ramai termasuk anak-anak. Lebih enak kalau dihidang bersama kuah kari serta sambal yang power! Kalau mama nak buat sendiri roti canai untuk keluarga, boleh ikuti resipi ini.
Resipi ini sesuai untuk anak berumur 3 tahun ke atas kerana terdapat garam, gula di dalam bahan adunan. Bagi anak yang mempunyai alahan terhadap telur, roti ini sesuai kerana tiada telur dalam bahan adunanya.
ROTI CANAI (tanpa telur)
Bahan-bahan;
*1 sb gula
*1 sb susu pekat
*1 sb planta ( cairkan dalam kuali )
*1 sudu kecil kfc garam
*1 cawan air sejuk dari peti
4 cawan gandum
Cara penyediaan;
Sebatikan smua bahan bertanda untuk bagi gula larut, pastu masukkan gandum sedikit-sedikit sambil tu uli. Uli sampai sampai doh jadi licin. Lepastu bulatkan ikut besar mana kita nak.
Agak-agak la, saya buat dapat 10 biji. Nak besar lagi boleh buat 8 biji je. Lepas tu sapu minyak, sebenarnya minyak tu sikit je, tapi bila dah tengelam roti tu nampak macam banyak.
Dalam 3-4 jam dah boleh goreng. Masa tebar dengan goreng minyak tak perlu guna banyak sangat dah. Cara tebar boleh google. Saya pun blajar dari google tapi tak. Saya pun tak berapa pandai jugak… Tapi suka mencuba… So selamat mencuba la semua yea…😊
Sumber: Rohani Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek pisang merupakan antara resipi yang paling asas dan sangat mudah untuk dibuat. Resipi ini juga boleh dipelbagaikan dengan menambah bahan lain untuk gabungan rasa yang lebih mantap. Salah satunya dengan mencampurkan coklat ke dalam adunan kek.
Resipi ini dikongsikan oleh Nina Diana. Menurutnya, pemilik resipi asal untuk Kek Pisang Coklat Lembap yang dibuat ini adalah influencer Instagram, Khairul Aming. Tambah Nina lagi, kek ini menjadi kegemaran anak-anaknya sedangkan kek pisang yang biasa mereka kurang gemar.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.