Makan

Anak Suka Makan Kacang Botak, Nah Ini Resipi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer

Share

Kacang botak antara kudapan ringan yang membuatkan kita asyik memakannya. Sedar-sedar sudah habis satu balang. Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari kudapan yang sesuai untuk seisi keluarga, bolehlah cuba buat kacang botak.

Anak Suka Makan Kacang Botak

Kalau ada yang berhajat hendak buat kacang botak, ini ada resipi ringkas dan cepat boleh cuba. Dimasak dengan menggunakan air fryer, tepung salutan kacang menggunakan tepung bestari. Ranggup versi simple. Hendak makan pun puas hati tanpa fikir kolesterol naik tinggi.

RESIPI KACANG BOTAK

Bahan-bahan:

2 cawan kacang tanah
2 senduk tepung bestari  (asli + pedas)
1 sudu serbuk ketumbar
1 biji telur
5 ulas bawang putih di tumbuk lumat(optional)
5 sudu minyak
Sedikit air

Nah Ini Resipi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer

Cara membuat:

  1. Basuh kacang tanah dan toskan.

2. Sediakan telur yg telah di kocak bersama minyak.

3. Masukkan kacang tanah.

4. Masukkan tepung bistari dan sedikit air

5. Gaul rata supaya kacang di selaputi tepung.

6. Masukkan ke dalam air fryer. Mula on kan air fryer dengan suhu 180 darjah celcius selama 5 minit. Buka dan lerai-leraikan kacang supaya tidak bergumpal.

7. Tambah lagi 5 minit. Buka lagi dan goncang-goncang. Seterusnya masak lagi selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.

8. Seterusnya masak selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.res

9. Tunggu betul-betul sejuk baru kacang ranggup. Boleh di simpan dalam balang.

NOTA:  Hasil bergantung pada air fryer masing-masing. Kalau masih belum ranggup selepas sejuk, masukkan semula dalam air fryer dan bakar lagi selama 5 minit dengan suhu 150 darjah celcius. Ada air fryer yang hanya mengambil 20 minit untuk masak. 

Sumber: Eniza M.Salim

Baca artikel lain berkaitan: Kacang Sira Pedas Manis, Kudap Rangup Hari Raya. Mesti Habis Satu Balang!

Kacang Hijau Lagi Cepat Empuk Dengan Cara Ni, Pejam Mata Pun Boleh Buat!

Resepi Kuah Kacang Pekat, Sangat Simple Nak Sediakan

 

Published by
Has