Anak Suka Makan Nasi Ayam Hainan, Boleh Buat Versi Ni. Sedap Sangat, Ayam Juicy!

Share

Masakan paling mudah tapi enjoy bila dimakan adalah nasi ayam. Memang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Selera orang berbeza-beza tetapi nasi ayam Hainan antara yang menjadi pilihan kerana ia lebih manis dan berjus.

Ada banyak versi resipi nasi ayam Hainan, tetapi salah satu yang boleh cuba adalah seperti yang dikongsikan oleh Mizzmoon Moon yang meraih perhatian warganet yang teringin mencuba buat sendiri menu sedap ini.

NASI AYAM HAINAN🍀
SAMBAL CILI🔥
SAMBAL HALIA,BWG PUTIH,DAUN BAWANG
SUP BEBOLA AYAM🍢
BOK CHOY SOS TIRAM🥗

Sumber foto: Facebook Mizzmoon Moon

BAHAN REBUSAN AYAM:

🍗8 ULAS BAWANG PUTIH
🍗3 INCI HALIA
🍗DAUN BAWANG
🍗GARAM DAN PERASA SECUKUPNYA
🍗AIR MELEBIHI PARAS AYAM

**Tutup periuk,rebus guna api sederhana selama 1 jam atau mengikut kuantiti ayam
**Ayam dah masak,keluarkan terus masukkan ke dlm air sejuk berais,rendam sekejap,supaya ayam kekal juicy
**Kemudian lumur ayam dgn sedikit sos tiram,sy guna sos seafood Adabi,lebih sedap dan warna akan jadi cantik
**Bakar suhu 210 celsius selama 10 minit

Sumber foto: Facebook Mizzmoon Moon

BAHAN2 UTK NASI AYAM:

🍚3 pot beras basmathi (1 pot beras bersamaan 1 1/2 pot air)
🍚2 inci halia
🍚3 ulas bawang putih
🍚Sedikit daun bawang
🍚1 kiub pati ayam (optional)
🍚Air rebusan ayam secukupnya
🍚Minyak lemak ayam dan sedikit planta
🍚Garam secukupnya

**Goreng tanpa minyak lemak dan kulit ayam,utk dapatkan minyak lemak ayam
**Kisar halus halia,bwg putih,tumis guna minyak lemak ayam dan sesudu planta,masukkan sekali daun bawang dan kiub ayam
**Kemudian masukkan beras,air rebusan ayam dan garam,masak macam kita masak nasi biasa tu

Baca Juga:

Resipi Rice Ball Sesuai Untuk Anak Reject Nasi. Sedap Sangat, Paling Penting Kenyang!

Makan Kenyang Tanpa Nasi, Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni. Terlajak Sedap!

Resipi One Pot Nasi Ayam Superdaddy, Mudah Nak Buat. Rasa Confirm Terangkat!

BAHAN SAMBAL HALIA:

🍀2 inci halia
🍀3 ulas bwg putih
🍀Daun bawang
🍀Minyak masak

**Sy guna chopper utk cincang semua bahan
**Panaskan minyak masak,tuang ke dlm mangkuk bahan2 cincang tadi,gaul sebati,kalau nk letak perasa pon boleh

Sumber foto: Facebook Mizzmoon Moon

BAHAN SAMBAL CILI:

🌶️10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
🌶️3 ulas bawang putih
🌶️1 inci halia
🌶️ Sedikit jus limau kasturi
🌶️ Sedikit air
🌶️ Garam,gula,perasa secukupnya

**Kisar halus semua bahan
**Masak sekejap hingga mendidih

Kalau teringin nak makan nasi ayam Hainan, bolehlah cuba resipi ini. Biarpun persediaan bahan agak banyak, tapi cara memasaknya sangat mudah dan hasilnya juga sedap betul. Selamat mencuba!

Jangan panik! Jom, belajar cara handle situasi cemas. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Published by
Emy H