Bercakap dengan anak adalah salah satu momen yang paling menyeronokkan buat ibu bapa. Malah, percakapan yang didengarnya setiap hari akan menjadi ‘bahan rujukan’ buat si kecil. Ketika ini juga, anak suka melakukan meniru percakapan.
Namun, ia perkara biasa yang dilakukan oleh kanak-kanak pada usia ini. Bagaimanapun, ia akan menjadi perkara yang amat dibimbangkan apabila anak-anak ini akan meniru apa sahaja yang didengarinya.
Salah satu peniruan yang dilakukan ialah mengulangi kata-kata anda tanpa jemu. Malah, anak ini juga akan meniru kata-kata yang didengari tanpa mengira kata-kata itu positif atau negatif. Seterusnya anak anda mulai mengumpul dan meluahkan maklumat dalam cara kemahiran komunikasi.
Biasanya anak yang baru boleh bercakap akan bersikap begini. Situasi ini berlaku disebabkan kemampuan berbicara yang baru dikuasai membuatkan anak kecil ini ingin sentiasa mencuba untuk bercakap.
Malah akan berasa seronok apabila melihat percakapannya mendapat tindak balas daripada ibu bapanya.
Ikuti beberapa panduan mudah untuk anda memastikan anak ini bercakap dengan cara yang betul dan bersopan:
Bebas bercakap
Memang menyeronokkan apabila anak mula bercakap. Namun jika anak anda kelihatan meniru apa yang anda ucapkan, biarkan dia berbuat demikian. Jika melarang perbuatan peniruan ini, kemungkinan akan membuatkan anak ini hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarinya.
Ads
Memang benar, anda tidak merasa selesa apabila si kecil meniru percakapan anda tetapi biarkan sahaja. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.
Perbendaharaan kata baru
Anda sebagai ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan anak. Apa sahaja yang anda ucapkan anak akan melakukan peniruan bahasa. Oleh itu, ungkaplah perkataan baru yang boleh anak anda mengembangkan perbendaharaan katanya.
Berbuallah dengan anak-anak dan biarkan dia belajar bahasa baru. Malah pada usia ini juga boleh didedahkan dengan penggunaan bahasa asing seperti Arab, Inggeris dan Mandarin.
Anak anda masih sukar untuk menyebut perkataan yang baru didengarinya. Sebutan menjadi pelat untuk sesetengah perbendaharaan kata. Oleh itu, untuk memastikan sebutannya jelas dan betul, anda perlu berkomunikasi dengannya secara perlahan tetapi jelas.
Buka mulut ketika mengucapkan perkataan dan disebut dengan betul. Biarkan anak anda melihat pergerakaan mulut anda. Kemudian, ajarinya untuk bersama-sama menyebutnya dengan sempurna. Dengan ini, proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
Bahasa negatif
Awas jika anak-anak menyebut perkataan yang negatif. Kadang kala, si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik kepada anda atau saudara mara. Situasi ini amat mengejutkan anda, sedangkan anda tidak mengungkapkan kata-kata tidak baik kepadanya.
Ia mungkin disebabkan pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil mula meniru. Pengaruh daripada televisyen, rakan sebaya, sepupu, teman sebaya dan pengasuh akan mempengaruhi percakapan anak.
Ads
Pengucapan positif
Amat penting untuk mendidik anak supaya bercakap menggunakan bahasa yang positif. Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik (ungkapan yang kasar) dan tidak tepat, janganlah terus memarahinya.
Anda harus menjelaskan kepadanya bahawa pengucapan itu tidak baik. Perlu juga menjelaskan maksud perkataan itu dan gantikan perkataan itu dengan perkataan yang sopan.
Kanak-kanak suka apabila dirinya dihargai. Begitu juga jika si kecil meniru perkataan yang baik, berikan tindak balas positif misalnya memberikan pujian kepadanya. “Bagusnya anak mama. Sudah pandai mengucapkan terima kasih kepada mama.”
Kata-kata dorongan kepada anak ini adalah untuk terus mendidiknya bersikap begitu seterusnya. Selain itu, anda juga digalakkan memberikan senyuman dan pelukan sebagai penghargaan kepada sikapnya itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa, pada hari raya mahupun hari biasa, ada kanak-kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin, berlari-lari dalam rumah, buka peti sejuk tuan rumah. Tanpa sedar anak ini melampau batas dan keterlaluan kerana tiada yang menegur.
Mak Ayah Wajib Tegur 5 Perangai Anak Ini;
Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!
YANG KETERLALUAN NI MEMANG KENA DITEGUR. TAK BOLEH DAH GUNA ALASAN ” ALAHHH..BIASA LA BUDAK BUDAK “. SEBAB TANPA TEGURAN, PERANGAI TAK ELOK NI AKAN MELEKAT DAN MENJADI ‘WIRING OTAK’ YANG KEKAL DAN SUSAH DIUBAH.
Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil:
1. SUKA MASUK BILIK ORANG
Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’ nya tanpa ganggu privasi orang lain.
Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.
2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP
Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.
Kenapa?
Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian ( entitle for attention ) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak ( unable to tolerate frustation ). Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.
Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control’. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.
3. SUKA MAIN KASAR
Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.
Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.
4. BUAT BUAT TAK DENGAR
Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.
Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya. Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.
5. ANAK TERLALU PEMENDAM
Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.
Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?
Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
TU LA KENAPA KALAU ANAK MENANGIS, JANGAN LA DUK TENGKING MEREKA. MENANGIS ADALAH CARA ANAK KITA MENGEKSPRESI EMOSI SEDIH MEREKA.
Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!
Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.
Sumber: Dr Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak yang tanya soalan pasal rumah tangga, dan ada yang meluahkan perasaan sebab tak tahu nak luah kat siapa. Nak luah kat pasangan nanti lain pula jadinya.
Memang manusia perlu meluahkan apa yang terbuku dalam hati, kalau disimpan lama-lama nanti membuku dan membeku, klimaksnya nanti boleh diserang depresi, anxiety, dan seangkatan dengannya.
Sepatutnya, pasangan hidup kita itulah kaunselor peribadi kita. Antara maksud perkahwinan adalah sakinah. Sakinah tu rasa tenang sebab ada tempat meluah isi hati. Malang sekali kalau ada suami, ada isteri tapi tak ada Sakinah.
Nabi SAW selalu sharing apa yang Baginda hadapi dengan Saidatina Khadijah r.ha, lalu Saidatina Khadijah r.ha lah yang memberi semangat pada suaminya yang mulia. Begitu juga sebaliknya, Nabi SAW adalah kaunselor hebat pada isterinya.
Kalau suami atau isteri kita bukan kaunselor peribadi kita, tak perlu susah hati, kita kan ada Allah tempat kita meluahkan isi hati!
Luah pada DIA, DIA boleh selesaikan ujian kita, bukan itu je, hati pun makin tenang dan bahagia!
Manfaat Yang Diterima Jika Suami Isteri Solat Jemaah Bersama
Harmoninya sebuah rumah tangga jika pasangan mempunyai rasa kasih sayang dan persefahaman yang baik. Ikatan yang dibina dari sebuah akad bukan perkara mudah untuk dijaga, tapi ia boleh didik dengan secara satu persatu.
Cara didikan hati yang paling baik sekali ialah dengan sang suami dan isteri ikhtiar untuk menjadikan solat jemaah sebagai rutin harian. Kalau tidak sempat untuk berjemaah lima solat waktu sekalipun, cuba ambil pada solat Maghrib atau Isyak. Mungkin secara zahirnya anda tidak nampak manfaat yang diterima, tapi percayalah ia tersemat didalam hati dan jiwa anda dan pasangan.
Suami isteri yang solat berjemaah secara perlahan-lahan akan menikmat suasana rumah tangga yang harmoni dan…
Kemesraan
Jalinan yang dibina melalui solat bersama ialah kemesraan selepas solat. Secara tidak langsung anda dan suami saling bersalaman dan memohon ampun antara satu sama lain. Hati juga sentiasa sejuk dan jauh dari segala anasir bisikan syaitan.
Jalan ke syurga buat suami dan isteri
Bila anda berjemaah, sekaligus anda bersama-sama membina jambatan ke syurga. Yakin kepada Allah memberi pahala buat anda berdua. Dari hadis Rasulullah SAW mengatakan bahawa sembahyang berjemaah akan mendapat 27 darjat dari sembahyang bersendirian.
Saling menghormati
Kekalkan rasa saling hormat-menghormati yakni si isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Ini sebab si suami menjadi imam (ketua) ketika dalam solat dan berdoa juga diaminkan oleh si isteri. Bersama dalam menuntut keberkatan membuat ibadah, barulah menjadi.
Doa yang tidak disengajakan. Percayakah anda kata-kata anda sebagai ibu ayah ada suatu power yang tidak dapat digambarkan?
Percayakah anda dengan kata-kata sahaja mampu mengubah sebuah kehidupan? Perkongsian dari OT Nurul Sheriena ini boleh mengambarkan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan doa yang tak disengajakan itu.
Kata-kata ini ibarat doa. Doa yang diiringi dengan rasa. Bayangkan jika ini yang terkeluar dari mulut anda
‘Malas betul Kau ini! Buat apa pun tak jadi!’ Dengan nada marah Si Ayah mengherdik anak
‘Tolong lah Mak. Buat apa pun tak mahu!’ Marah pula si Ibu.
Anak?
Ada anak jenis sudah tebal telinga tidak endah sudah bebelan ibu ayah.
Ada anak tertunduk ikutkan sahaja kehendak ibu ayah.
Bagaimana pula sistem kepercayaan anak?
Kata-kata itu sudah dipahat berkali-kali di dalam otak anak. Dijadikan sebagai memori pertama yang muncul saat mengingati ibu ayah.
Yang Percaya kata-kata ibu ayah Ya aku Pemalas Ya aku tidak tahu apa apa
Apa pula terjadi kepada masa depan anak-anak yang punyai sistem kepercayaan begini?
Kerana itu kita harus jaga tutur Kkata
Tukarkan Perkataan Negatif kepada Positif. Tutur Kata itu bakal menjadi Doa anda buat anak dan masa depan mereka.
‘Adik Rajin Tolong Mama. Tolong ambilkan please’
‘Abang anak yang baik tolong sama-sama kita kemaskan rumah’
Bukankah itu lebih Powerful.
Itulah Doa yang tidak disengajakan oleh ibu ayah disulami perasaan kasih, sayang dan cinta ❤️ Thank You Mom and Papa for the doa and blessing
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.